The Bucket List (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Bucket List
PengarahRob Reiner
PenulisJustin Zackham
Cerita olehMorgan Freeman
Dihasilkan olehCraig Zadan
Neil Meron
Alan Greisman
Rob Reiner
DibintangiJack Nicholson
Morgan Freeman
Bill Hader
Ray Wise
Garret Dillahunt
Justin Berfield
Brian Carlos
Jon Schroeder
Kate Westbrook
Kara Reynolds
Kevin James
Bryan Cranston
SinematografiJohn Schwartzman
Disunting olehRobert Leighton
Muzik olehMarc Shaiman
Syarikat
penerbitan
Castle Rock Entertainment (Tanpa kredit)
Diedarkan olehWarner Bros. Pictures
Tarikh tayangan
  • 15 Disember 2007 (2007-12-15) (Hollywood perdana)
  • 11 Januari 2008 (2008-01-11) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
97 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$45 juta
Pecah panggung$175.4 juta

Filem The Bucket List (bahasa Melayu harafiah Senarai Baldi) merupakan sebuah filem berbahasa Inggeris yang mula ditayangkan pada tahun 2007. Filem The Bucket List ini telah dihasilkan di bawah arahan pengarah Rob Reiner.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan dua (2) orang lelaki separuh umur, Carter Chambers, seorang mekanik dan Edward Cole, seorang jutawan bertemu buat pertama kalinya di sebuah hospital. Mereka telah di diagnosis menghidap penyakit kanser paru-paru tahap empat. Kerana sikap ego Cole yang tinggi, dia mengarahkan pihak hospital untuk menyediakan sebuah bilik khas bagi menjaga privasinya secara bersendirian. Carter yang meminati ilmu sejarah dan pernah bercita-cita untuk menjadi seorang profesor semasa belia mula berkawan dengan Cole. Manakala, kehidupan Cole agak merumitkan. Dia merupakan duda dan pernah bercerai sebanyak empat kali dalam perkahwinannya dan kini meneruskan hidupnya secara bersendiri. Mereka dikenalkan dengan Thomas Matthew semasa menikmati hirupan kopi luwak yang merupakan kopi termahal di dunia. Carter dan Cole menyiapkan senarai beberapa perkara yang harus dilakukan untuk membahagiakan hati masing-masing sebelum mereka meninggal dunia kelak. Cole bersetuju untuk membiayai semua kos demi melaksanakan perkara-perkara tersebut. Antara aktivitinya seperti bermain jet ski, memandu kereta vintaj, Shelby Mustang dan Dodge Challenger si litar California Speedway, makan malam di Chevre d'or, melawat Taj Mahal, menunggang motosikal sepanjang Tembok Besar China, melawat zoo safari di Tanzania dan mendaki Gunung Everest, Himalaya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]