The Maid (filem 2009)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Maid
PengarahSebastián Silva
PenulisPedro Peirano
Sebastián Silva
Dihasilkan olehGregorio González
DibintangiCatalina Saavedra
Claudia Celedón
Alejandro Goic
Diedarkan olehElephant Eye Films
Tarikh tayangan
  • 13 Ogos 2009 (2009-08-13)
Masa tayangan
95 minit
NegaraChile
BahasaSepanyol

The Maid (Sepanyol: La Nana) merupakan filem komedi-drama 2009 yang diarahkan Sebastián Silva dan ditulis oleh Silva dan Pedro Peirano. Filem ini telah memenangi dua anugerah di Festival Filem Sundance 2009.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Raquel (Catalina Saavedra) telah berkhidmat sebagai pembantu rumah untuk keluarga Valdes lebih 23 tahun.[1] Dia melayan majikannya, Pilar (Claudia Celedón) dan Edmundo (Alejandro Goic) dengan penuh hormat dan setia. Dia mempunyai hubungan yang baik dengan anak lelakinya, Lucas (Agustín Silva) tetapi tidak dengan anak perempuannya yang keras kepala, Camila (García-Huidobro). Apabila Raquel mula sakit kepala disebabkan terdedah dengan klorin berlebihan yang digunakan untuk mengemas rumah, Pilar memutuskan untuk mencari pembantu rumah lain bagi membantu Raquel melakukan tugas hariannya. Raquel yang tidak menggemari cadangan itu telah melakukan pelbagai helah untuk mengusirkan kesemua pembantu rumah baharu, termasuklah Lucy (Mariana Loyola).[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Maid (2009)". IndieWIRE.com. Dicapai pada 2009-10-23.
  2. ^ Chang, Justin (2009-01-24). "The Maid (2009)". Variety.com. Dicapai pada 2009-10-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]