The New Zealand Herald
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Jenis | Akhbar harian |
|---|---|
| Format | Kompak (setiap minggu) Terbitan lebar sehelai (Sabtu) |
| Pemilik | APN News & Media |
| Penyunting | Tim Murphy |
| Diasaskan | 1863 |
| Kecenderungan politik | Pertengahan |
| Ibu pejabat | Auckland, New Zealand |
| Edaran | 162,181 (Disember 2012)[1] 583,000 pembaca (Disember 2008)[2] |
| ISSN | 1170-0777 |
| Laman web | nzherald.co.nz |
The New Zealand Herald adalah sebuah akhbar harian di Auckland, New Zealand, yang dimiliki oleh APN News & Media. Ia merupakan kitaran akhbar yang terbesar di negara tersebut, memuncak lebih dari 200,000 salinan pada 2006, walaupun jumlahnya telah menurun kepada 162,181 pada Disember 2012.[1] Disebalik namanya, kawasan utama edarannya adalah di Wilayah Auckland. Ianya juga dihantar ke bahagian lain di utara New Zealand, termasuk Pulau Utara yang merangkumi Wilayah Northland, Waikato dan King Country.[3]
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 "ABC statistics". Abc.org.nz. http://newspaper.abc.org.nz/audit.html?org=npa&publicationid=%25&mode=embargo&npa_admin=1&publicationtype=19&memberid=%25&type=21. Capaian 9 Februari 2013.
- ↑ "Nielsen Media Research National Readership Survey Results (Q1 2008 – Q4 2008), Average Issue Readership All People 15+". http://www.nielsenmedia.co.nz/MRI_pages.asp?MRIID=35. Capaian 9 Februari 2013.
- ↑ "NAB - New Zealand Herald", Newspaper Advertising Bureau. Dicapai pada 23 Mei 2012.
Pautan luar [sunting]
- Tapak sesawang rasmi
- The New Zealand Herald (laman web rasmi untuk pengguna telefon bimbit)
- Sold on APN (untuk pengiklanan)