Akhbar
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Akhbar atau surat khabar (bahasa Indonesia: koran) merupakan penerbitan berkala sama ada harian, mingguan, atau bulanan; yang memuatkan berita semasa. Akhbar di Indonesia dikenali sebagai koran.
Akhbar biasanya dicetak pada kertas kos rendah yang disebut kertas akhbar, dan berisi berita-berita terkini dalam pelbagai topik. Topiknya boleh terbentuk dari acara-acara politik, jenayah, sukan, rencana atau cuaca. Akhbar juga turut mengandungi kartun, teka-teki silang-kata dan hiburan lain.
Secara umumnya, akhbar mendapat pendapatan dari pengiklanan dan langganan pembaca. Tetapi kini terdapat akhbar percuma yang menghasilkan pendapatan mereka semata-mata dari pengiklanan dan diedarkan secara percuma kepada pembaca.
Akhbar bercetak pertama diterbitkan pada 1605, dan masih bertahan hingga kini walaupun mendapat saingan dari teknologi seperti radio, televisyen dan internet.
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
- Newspaper Index, indeks akhbar di semua negara
- NewspaperARCHIVE.com, pangkalan data akhbar bersejarah