Tiada Arah Jodoh Kita (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tiada Arah Jodoh Kita
Umum
PengarangEzza Mysara
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta
Penerbitan
PenerbitPenulisan 2U
Tarikh penerbitan
Disember 2016
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman692
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670992464

Tiada Arah Jodoh Kita ialah sebuah novel oleh penulis novel Malaysia, Ezza Mysara, dikeluarkan pada Disember 2016 oleh Penulisan 2U SR Publication. Ia telah dijadikan sebagai sebuah siri drama adaptasi dengan tajuk sama yang disiarkan di TV3 pada 2018.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Bila ‘orang tersayang’ belajar oversea lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari oversea lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya? “Pia... kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir.

“Lulz.. Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” Afia Awliya. “Dia sakit. Hidup dia tak lama...” Fayyad Syakir. "Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?" Afia

Tapi mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pulak dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati. Megat Aathif. “Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” Megat Aathif.

“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pulak duit nak beli tiket ke Syurga kan?” Balas Afia sarkastik. Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka. “Janji dengan saya Liya.. walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan. Berhenti.” Megat Wakeel

“I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang Pia.” Fayyad Syakir. “Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi... saya nak jaga hati awak!” Megat Aathif. Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi. Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Tiada Arah Jodoh Kita dikeluarkan pada 2016 oleh Penulisan 2U. Pada tahun 2018, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 13 Februari 2018 di TV3, dibintangi oleh Aprena Manrose, Shukri Yahaya, Erwin Dawson dan Hafeez Mikail.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tiada Arah Jodoh Kita by Ezza Mysara". Goodreads. Dicapai pada 28 Februari 2020.
  2. ^ Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3) My Infotaip (11 Februari 2018). Dicapai pada 28 Februari 2018.
  3. ^ Budiey (14 Februari 2018). Fakta yang korang tak tahu tentang drama Tiada Arah Jodoh Kita Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Februari 2018.