Times Square

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 40°45′26.16″U 73°59′9.02″B / 40.7572667°U 73.9858389°B / 40.7572667; -73.9858389

Jalan Putih Besar
{{{box_caption}}}
{{{box_caption}}}

Times Square adalah satu persimpangan jalan komersil utama di majlis perbandaran di Manhattan, Kota New York. Ia terletak dipersimpangan jalan Broadway dan Seventh Avenue dan mengunjur dari barat Jalan ke-42 sehingga ke barat ke-47. Kawasan Times Square yang diperluaskan, yang dikenali sebagai Daerah Theatre, mengandungi blok-blok di antara Lebuh Keenam sehingga Lebuh Kelapan bermula dari timur ke barat, dan barat Jalan ke-40 dan barat ke-53 bermula dari selatan ke utara, membina bahagian barat di kawasan komersil Midtown Manhattan.

Dahulunya dikenali dengan nama Longacre Square, Times Square telah dinamakan semula pada bulan April 1904 selepas The New York Times memindahkan ibu pejabatnya ke Bangunan Times yang baru dibina, yang mana kini dikenali sebagai One Times Square dan menjadi tapak bagi acara tahunan jatuhan bola pada Malam Tahun Baru. Times Square, atau nama gelarannya "Persimpangan Dunia" dan "Jalan Putih Besar," mencapai status sebagai mercu tanda ikon dunia dan menjadi simbol Kota New York dan Amerika Syarikat.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota
Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]