Timur adalah Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

"Timur adalah Merah" (Bahasa Cina: 东方红/東方紅, pinyin: Dōngfāng Hóng) adalah lagu kebangsaan de facto Republik Rakyat China semasa Revolusi Budaya pada tahun 60an. Pada masa ini, Tien Han, pengarang lagu kebangsaan rasmi China, "Barisan Para Sukarelawan," sedang dipenjara dan oleh itu lagu tersebut tidak lagi digunakan. Lagu Timur adalah Merah juga merupakan sebuah muzikal yang menaikkan sosialisme dan Komunisme, terutama sekali fikiran Maoisme. Irama lagu ini berdasarkan lagu klasik, Yellow River Cantata, yang mengambil pengaruh dari lagu rakyat Cina Utara.

Disebabkan kaitan lagu ini dengan Revolusi Budaya, ia sudah jarang digunakan sejak pelantikan Deng Xiaoping pada akhir tahun 70an. Kini di China, lagu ini merupakan peringatan bahawa pada suatu ketika, pengidolan Mao Zedong yang melampau telah wujud. Kini, lagu Timur adalah Merah digantikan dengan lagu Barisan Para Sukarelawan yang tidak ada kaitan dengan Parti Komunis ataupun Mao.

Dongfang Hong juga merupakan nama rangkaian program luar angkasa China. Satelit pertama China, Dong Fang Hong I memiliki sebuah alat pemancar yang menyiarkan lagu ini ke udara.

Lirik[sunting | sunting sumber]

东方红,太阳升
中国出了个毛泽东。
他为人民谋幸福,
呼尔海约,他是人民大救星!

毛主席,爱人民,
他是我们的带路人,
为了建设新中国,
呼尔海约,领导我们向前进!

共产党,像太阳,
照到哪里哪里亮。
哪里有了共产党,
呼尔海约,哪里人民得解放!

Hanyu Pinyin[sunting | sunting sumber]

Dōngfāng hóng, tàiyáng shēng,
Zhōngguó chū liǎo ge Máo Zédōng,
Tā wèi rénmín móu xìngfú,
Hū ěr hǎi yue, tā shì rénmín dà jiù xīng!

Máo zhǔxí ài rénmín,
Tā shì wǒmén dǐ dài lù rén
Wèi liǎo jiànshè xīn Zhōngguó,
Hū ěr hǎi yue, lǐngdǎo wǒmén xiàng qiánjìn!

Gòngchǎndǎng xiàng tàiyáng,
Zhào dào nǎlǐ nǎlǐ liàng,
Nǎlǐ yǒu liao Gòngchǎndǎng,
Hū ěr hǎi yue, nǎlǐ rénmín dé jiěfàng!

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Timur adalah Merah, matahari telah terbit
China telah melahirkan Mao Zedong
Beliau menghasil kekayaan untuk rakyatnya,
Hu er hai yue, beliau adalah sang penyelamat!

Pengerusi Mao mencintai rakyatnya,
Beliau adalah ketua yang membimbing
Ke arah sebuah negara China yang baru
Hu er hai yue, terus ke arah kemajuan!

Parti Komunis adalah seperti matahari
Menerangkan segala yang disinar
Di mana ada Parti Komunis,
Hu er hai yue, rakyat akan merdeka!

Nota: Kekata "Hu er hai yue" tidak mempunyai makna. Ia merupakan sebuah sorakan yang sama seperti "hurray!".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]