Tinariwen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tinariwen
Tinariwen membuat persembahan di Nuremberg, 2010
Latar belakang
Berasal dariTamanrasset, Algeria
Tessalit, Mali
GenreTishoumaren, muzik dunia, blues, muzik rakyat, rock
Tahun aktif1979–kini
Syarikat rakaman
Independiente, EMMA Productions, Tribal Union, Wayward Records, Outside Music, World Village Records, Anti, Epitaph
Laman sesawang
www.tinariwen.com

Tinariwen (bahasa Tamasyik: ⵜⵏⵔⵓⵏ atau ⵜⵉⵏⴰⵔⵉⵡⵉⵏ bentuk jamak kata ⵜⵏⵔ ténéré "gurun"[1]) ialah kugiran pemuzik Tuareg berasal dari rantau Sahara utara negara Mali.

Kugiran ini dicalonkan dalam Anugerah Grammy sebanyak tiga kali, album Tassili mereka memenangi kategori Album Muzik Dunia Terbaik pada tahun 2012.[2]

Ringkasan sejarah[sunting | sunting sumber]

Kugiran ini ditubuhkan semasa mereka dalam kem pelarian di Tamanrasset kawasan Adrar des Ifoghas selatan Algeria[3][4][5][6][7] dan berlatih bermain muzik semasa mengikuti latihan ketenteraan di Libya. Mereka kembali ke Mali tahun 1989 di mana sebahagian mereka melibatkan diri sebagai askar pemberontak melawan tentera-tentera Mali dan Niger sehingga tahun 1991 di mana perjanjian perdamaian yang dimeterai memudahkan mereka melibatkan diri penuh dalam dunia muzik.[8][9]

Mereka mula mendapat perhatian luar Afrika pada tahun 1998 semasa mereka ke suatu festival muzik di Bamako di mana mereka bertemu sebuah kumpulan muzik Perancis bernama Lo'Jo dan pengerusi mereka Philippe Brix.[10]

Gaya muzik[sunting | sunting sumber]

Muzik karangan mereka menerapkan gaya yang asli dalam kalangan masyarakat Tuareg dan kaum-kaum Amazigh yang serumpun[11][12] terutamanya cara memainkan alat bertali asli Tuareg dipanggil assouf.[13] Selain itu juga, ia turut mendapat pengaruh muzik tradisi Afrika Barat[14] malah kugiran-kugiran muzik rock Amerika Syarikat dan British yang disebarkan melalui pita kaset cetak rompak termasuk Dire Straits,[15] Santana,[16] Led Zeppelin,[17] Bob Dylan[18] dan Jimi Hendrix.[19]

Karya-karya mereka merupakan pecontoh genre yang unik disebutkan sebagai "desert blues"[20] atau Tishoumaren (Tifinagh: ⵜⵛⵎⵔⵏ; daripada kata ⵛⵎⵔ ishumar serapan Perancis: chômeur "penganggur"[13]).

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]

Kebiasaan gaya hidup orang Tuareg yang sering berpindah-randah di gurun Sahara serta kepayahan pengangkutan dan perhubungan di persekitaran tersebut mendorong pasa anggota mereka saling bertukar kedudukan dan peranan setiap kali semasa menjelajah serata dunia atau merakam album; namun ada juga anggota yang tetap hadir pada setiap masa ini.[21]

Ahli jelajah[sunting | sunting sumber]

  • Ibrahim Ag Alhabib – gitar, vokal
  • Alhassane Ag Touhami – gitar, vokal
  • Abdallah Ag Alhousseyni – gitar akustik, gitar, vokal
  • Eyadou Ag Leche – gitar bes, gitar akustik, labu goncang/kabasa, vokal utama dan latar
  • Said Ag Ayad – perkusi, vokal latar
  • Elaga Ag Hamid – gitar, vokal latar

Ahli tetap atau bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Abdallah Ag Lamida ("Intidao") – gitar, vokal latar
  • Mohammed Ag Tahada – perkusi
  • Iyad Moussa Abderrahmane – gitar, vokal
  • Inteyeden Ag Ablil (meninggal 1994) – gitar, vokal
  • Mohammed Ag Itlale (aka "Japonais", meninggal 2021)[22] – gutar, vocals
  • Kedou Ag Ossad – gitar, vokal
  • Liya Ag Ablil – gitar irama, vokal
  • Sweiloum – gitar, vokal
  • Foy Foy – gitar, vokal
  • Abouhadid – gitar, vokal
  • Wonou Walet Sidati – vokal
  • Kesa Malet Hamid – vokal
  • Mina Walet Oumar – vokal
  • Wonou Walet Oumar (meninggal 2005) – vokal

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • 2001 - The Radio Tisdas Sessions
  • 2004 - Amassakoul
  • 2007 - Aman Iman: Water is Life
  • 2009 - Imidiwan: Companions
  • 2011 - Tassili
  • 2014 - Emmaar
  • 2017 - Elwan
  • 2019 - Amadjar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Heath, Jeffrey (2006). Dictionnaire touareg du Mali: tamachek-anglais-français. KARTHALA Editions. m/s. 490. ISBN 2-84586-785-9, kata akar ia adalah nrCS1 maint: postscript (link)
  2. ^ "Tinariwen | Artist". Grammy.com. Dicapai pada 31 Mac 2022.
  3. ^ Amico, Marta (2016). "La résistance des Touaregs au prisme de la World Music". Cahiers d'études africaines (dalam bahasa Perancis). 224: 821–844.
  4. ^ Mbog, Raoul (1 Julai 2019). "Tinariwen : "Nous sommes un mouvement culturel autant qu'une plateforme militante"". Le Monde (dalam bahasa Perancis).
  5. ^ "Histoire du Monde : histoire d'un disque" (dalam bahasa Perancis). RTBF. 27 Februari 2012.
  6. ^ "Tinariwen". Le Figaro (dalam bahasa Perancis). 20 September 2011.
  7. ^ "Blues from the Desert, Recorded On-Site". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 31 Ogos 2011.
  8. ^ "Saharan musicians win Uncut award". BBC News. 9 November 2009.
  9. ^ Pareles, Jon (5 Julai 2002). "Critic's notebook; A World That Sings Together". The New York Times.
  10. ^ "Tinariwen/Lo'Jo, Shepherds Bush Empire, London". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 18 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 June 2022. Dicapai pada 21 May 2021.
  11. ^ "We are nomads and we belong to the desert- Tinariwen". www.rsjonline.com. Dicapai pada 21 May 2021.
  12. ^ Shahid, Gershom. "Desert blues: A short primer on Northwest African rock music". The Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 May 2021.
  13. ^ a b Morgan, Andy. "Songs of exile and resistance". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 May 2021.
  14. ^ Morgan, Andy (9 Jun 2016). "Meet Kel Assouf and Imarhan, the new wave of Tuareg rock". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mei 2021.
  15. ^ "Tuareg Rock". africasacountry.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mei 2021.
  16. ^ Markowitz, Douglas (22 Ogos 2018). "How a Tinariwen CD Tells the Story of a Rebel Nation". Phoenix New Times. Dicapai pada 21 Mei 2021.
  17. ^ "Tinariwen on their new album, bootlegged Zeppelin tapes, and more". www.indulgexpress.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 May 2021.
  18. ^ "Tinariwen Unites The Many Personalities Of New York City". L4LM (dalam bahasa Inggeris). 2 April 2014. Dicapai pada 21 May 2021.
  19. ^ Frere-Jones, Sasha (24 February 2014). "Sahara Blues". The New Yorker (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 May 2021.
  20. ^ Christensen, Dave (17 Mei 2016). "Tinariwen, 'Tin Ihlan' (Live)". NPR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mei 2021.
  21. ^ "ABC Concerts: Tinariwen". Ancienne Beljique. 9 Mac 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2014. Dicapai pada 7 April 2014.
  22. ^ "Facebook". www.facebook.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2022. Dicapai pada 13 April 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]