Tisu tulang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Keratan rentas tulang panjang yang menunjukkan kedua-dua tisu tulang mampung dan padat

Tisu tulang atau tisu beros (Bahasa Inggeris: osseous tissue) merupakan tisu penghubung struktur dan penyokong utama dalam tubuh badan. Tisu tulang membentuk bahagian tegar organ tulang yang membentuk sistem rangka.

Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Tisu tulang merupakan tisu penghubung bermineral yang terbentuk daripada sel-sel yang dopanggil osteoblas yang mengendapkan sematriks kolagen Jenis I dan juga merembeskan kalsium, magnesium, dan ion fosfat yang akhirnya bergabung secara kimia di dalam matriks kolegen itu menjadi suatu mineral hablur yang dipanggil mineral tulang dalam bentuk hidroksiapatit. Gabungan mineral keras dengan kolagen lentur menjadikan tulang lebih keras dan lebih kuat daripada rawan tanpa menjadi getas. Tulang pejal terdiri daripada suatu struktur berulang-ulang yang dipanggil sistem Havers, atau osteon, iaitu unit anatomi dan fungsi utama. Setiap osteon mempunyai lapis-lapisan sepusat dengan matriks bermineral yang dipanggil lamela sepusat yang diendapkan di sekitar suatu liang pusat yang juga dikenali sebagai liang Havers yang mengandungi bekalan tulang dan saraf.

Tulang padat (keratan rentas). (Sistem Havers dan osteosit.
Osteoblas yang giat mensintesiskan osteoid dengan dua osteosit.
Osteoklas dengan berbilang nukleus dan sitosol yang "berbusa".

Jenis[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua jenis tisu tulang, iaitu padat dan mampung. Tisu padat bersinonim dengan tulang korteks, sementara tisu mampung pula dengan tulang kanselus dan trabekular. Tulang padat membentuk luaran yang teramat keras sementara tulang mampung membentuk dalamannya yang geronggang. Tisu-tisu tersebut adalah seiras dari segi biologi; bezanya adalah susunan mikrostrukturnya.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Tisu tulang melakukan pelbagai fungsi, termasuk:

Secara langsung:

Secara tidak langsung:

Tisu tulang vs tulang[sunting | sunting sumber]

Tisu tulang itu berbeza dengan tulang itu sendiri, iaitu tulang merupakan organ yang diperbuat daripada tisu tulang di samping sumsum, salur darah, epitelium dan saraf, sementara tisu tulang hanya memaksudkan matriks mineral yang membentuk bahagian tulang yang tegar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Henry Gray: Anatomy of the human body (Bartleby.com; Great Books Online)
  • Eldra P. Solomon - Richard R. Schmidt - Peter J. Adragna : Human anatomy & physiology ed. 2nd 1990 (Sunders College Publishing, Philadelphia) ISBN 0-03-011914-6