Tokyo Raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tokyo Raya
Skyline of Tokyo Raya
Lokasi Tokyo Raya
Atas ke bawah: Pencakar langit di Shinjuku; lintasan jalan di Shibuya; kawasan sekitar Ginza
Atas ke bawah: Pencakar langit di Shinjuku; lintasan jalan di Shibuya; kawasan sekitar Ginza
Koordinat: 35°41′23″U 139°41′30″T / 35.68972°U 139.69167°T / 35.68972; 139.69167
Negara Bendera Jepun Jepun
Bandaraya Utama Tokyo (23 wad istimewa)
Yokohama
Kawasaki
Sagamihara
Saitama
Chiba
Luas
 - Metro 5,310 batu persegi (13,754 km²)
Penduduk (Banci Kependudukan Jepun 2000)[1]
 - Metro 34,607,069
 - Kepadatan Metro 6,516/batu persegi (2,516/km²)

Tokyo Raya ialah sebuah kawasan metropolitan besar yang terletak di kawasan Kantō, Jepun. Tokyo Raya terdiri daripada kebanyakan kawasan wilayah-wilayah Chiba, Kanagawa, Saitama, dan Tokyo (di tengah-tengah). Dalam bahasa Jepun, Tokyo Raya banyak gelarannya, termasuk Tōkyō-ken (東京圏? Rantau Tokyo), Shuto-ken (首都圏? Rantau Ibu Negara), Itto Sanken (一都三県? Satu Metropolis, Tiga Wilayah), dan lain-lain.

Pada tahun 2007, PBB menganggarkan jumlah penduduknya seramai 35,676,000 orang,[2] menjadikannya kawasan metropolitan yang paling ramai penduduknya di dunia. Tokyo Raya meliputi kawasan seluas kira-kira 13,500 kilometer persegi (5,200 batu²),[3] menjadikan ketumpatan penduduknya pada 2,642 orang/km². Tokyo Raya ialah kawasan kedua terbesar di dunia dari segi jisim bumi terbina atau berfungsi bandar iaitu pada keluasan 7,800 kilometer persegi (3,000 batu²),[4] hanya mengekori kawasan bandar keliling Bandaraya New York pada 8,700 kilometer persegi (3,400 batu²).

Kawasan ini memiliki ekonomi metropolitan terbesar di dunia. Satu Metropolis, Tiga Wilayah, salah satu takrifan bagi kawasan Tokyo Raya ini, mencatat jumlah KDNK (nominal) lebih kurang AS$1.5 trilion (164 trilion yen[5]) pada tahun 2005. Mengikut kaji selidik yang dijalankan oleh PricewaterhouseCoopers, pengelompokan Tokyo ini mencatat jumlah KDNK pada AS$1.479 trilion pada tahun 2008 (mengikut pariti kuasa beli), menjadikannya KDNK pengelompokan bandar terbesar di dunia.[6]

Isi kandungan

[sunting] Bandaraya

(populasi melebihi 300,000 dinyatakan)

[sunting] Bandaraya dalam Tokyo

Mengikut undang-undang, Tokyo dikelaskan sebagai to (?), atau diterjemahkan sebagai "metropolis," dan juga dilayan seperti salah satu daripada 47 wilayah Jepun. Tokyo tidak ditadbir seperti bandaraya tunggal.

Tokyo

[sunting] Metropolis Tokyo Timur

Pusat Bandaraya Tokyo yang terletak di kawasan timur Metropolis Tokyo, pernah sekali diperbadankan sebagai Bandaraya Tokyo yang dibubarkan ketika Perang Dunia Kedua. Subbahagiannya telah digolongkan semula sebagai wad istimewa (特別区 tokubetsu-ku?). 23 wad istimewa ini kini menikmati sah menikmati status bandaraya dengan datuk bandar dan majlis bandar tersendiri, sehingga menggelar diri sebagai "bandaraya". Namun begitu, dalam senarai bandaraya terbesar di Jepun, jumlah 23 wad istimewa Tokyo ini sering dikira sekali sebagai sebuah bandaraya.

[sunting] Metropolis Tokyo Barat

Tokyo Barat, atau juga dikenali sebagai Kawasan Tama (多摩地域 Tama-chiiki?) merangkumi sebilangan kawasan perbandaran, termasuk kawasan subbandar berikut:

[sunting] Bandaraya luar Tokyo

Bandaraya-bandaraya teras di luar Metropolis Tokyo dalam lingkungan Tokyo Raya ialah:

Bandaraya lain di Wilayah Chiba, Kanagawa dan Saitama termasuk:

Sumber: Banci Kependudukan Jepun 2005

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain