Tongkah Arus Dosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tongkah Arus Dosa
Ditulis olehLiza Mior Rashidi
PengarahFairuz Loy
Dibintangi oleh
Sein Ruffedge, Nur Fathia Abdul Latiff, Raisuddin Hamzah, Wan Nor Azlin
Penerbitan
PenerbitAzlina Sanimin
Syarikat penerbitan
Asia Media Content
Penyiaran
Saluran asalTV9
Siaran asal23 November 2011 (2011-11-23)



Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang seorang ustaz muda yang disegani iaitu Ustaz Faris,(Sein Ruffedge). Ustaz Faris amat menyanjungi Tok Imam Amin (Khairul Bahri), yang mengendalikan Rumah Qaseh yang merupakan sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan mereka yang pernah melakukan kesilapan. Di situ, Ustaz Faris berkenalan dengan Fathia, (Nur Fathia Abdul Latiff). Fathia merupakan seorang bekas GRO yang pernah ditipu dan kini telah bertaubat dan pulang ke pangkal jalan. Keikhlasan Fathia untuk menuju ke jalan keinsafan membuatkan Ustaz Faris berusaha membimbingnya.


Suatu hari, Fathia bertanya kepada Ustaz Faris samada dia sanggup menerima dirinya sebagai isteri? Ustaz Faris terdiam dengan soalan itu dan ini membuatkan Fathia berasa malu dan enggan bertemu dengan Ustaz Faris selepas itu. Ustaz Faris pula berasakan dirinya tidak lengkap bila tidak berjumpa dengan Fathia. Akhirnya Ustaz Faris mengambil keputusan untuk mengahwini Fathia. Namun, keputusannya tidak dipersetujui oleh penduduk kampung terutamanya keluarga Ustaz Faris sendiri. Pelbagai tohmahan diterima oleh Ustaz Faris. Bagaimana kesudahannya? Apa pula terjadi kepada Fathia?