Trez Amigos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Trez Amigos
Berasal dariMelaka, Malaysia
Genre
Tahun aktif1947–1960, 1986
Syarikat rakaman
Bekas ahli
  • Horace Sta Maria
  • Camillo Gomes
  • Ernest Rodrigues
  • Andrew Carvalho

Trez Amigos (Melayu: Tiga Sekawan) ialah sebuah kumpulan muzik Malaysia berketurunan Portugis yang berasal dari Melaka, terdiri daripada Horace Sta Maria, Camillo Gomes dan Ernest Rodrigues.[1][2][3] Trio ini mempersembahkan lagu-lagu mereka dalam 3 bahasa–Portugis, Inggeris dan Melayu. Mereka meraih kejayaan antara 1950-an dan 1960-an, terkenal dengan lagu-lagu popular mereka seperti "O Bulan Chemeriang Menyinar di Malaya", "Pisang Goreng" dan "Itu Dia Berchinta".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Trez Amigos ditubuhkan pada 1947 dengan ahli asalnya terdiri daripada Horace Sta Maria, Andrew Carvalho dan Ernest Rodrigues yang sama-sama mempunyai minat terhadap bidang muzik.[4] Andrew bagaimanapun meninggalkan kumpulan itu untuk ke Singapura atas urusan kerja, dan tempatnya digantikan oleh Camilo Gomes.[3] Mereka mula dikenali ketika memenangi pertandingan bakat Radio Malaya (kini Radio Televisyen Malaysia) pada tahun 50-an.[1] Sejak itu, lagu-lagu mereka diperdengarkan di Radio Malaya di Singapura dan Tanah Melayu. Trez Amigos turut mendapat perhatian rangkaian penyiaran British, BBC yang menyiarkan lagu-lagu mereka untuk rancangan TV Krismas mereka pada tahun 1952 dan pertabalan Ratu Elizabeth II pada tahun 1953.[1][2] Pada tahun yang sama, lagu mereka, "O Bulan Chemeriang Menyinar di Malaya" telah dirakamkan dalam versi bahasa Inggeris, "Oh, the Moon is Shining Bright in Malaya".[5]

Diikuti oleh Radio Portugal pada tahun 1954 - penghargaan untuk Tanah Melayu dan komuniti Portugis-Eurasia.[2] Malayan Film Unit (kini Filem Negara Malaysia) menerbitkan dokumentari selama 30 minit Trez Amigos dan menayangkannya di pawagam seluruh negara pada tahun 1954.[1] Populariti Trez Amigos semakin mendapat tempat apabila mereka dijemput untuk menyanyi di Istana Negara di Kuala Lumpur ketika Tunku Abdul Rahman mengadakan majlis jamuan untuk Ketua Negara-negara Komanwel menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.[1][2]

Biarpun semasa darurat, Trez Amigos mengadakan jelajah di seluruh negara bagi memperdengarkan karya muzik mereka dan di mana sahaja mereka menjadi tumpuan peminat.[6] Malah mereka juga pernah diundang mengadakan persembahan di kebanyakan majlis sosial secara percuma.[1] Satu-satunya kemunduran mereka ialah ketika Rodrigues dan Gomez meninggalkan kumpulan itu pada tahun 1960 kerana pertukaran pekerjaan.[3] Untuk memastikan kesinambungan kumpulan itu, Horace menggantikannya dengan adik-beradiknya, Arthur dan Kenneth. Kedua-duanya mempunyai bakat menyanyi. Walau bagaimanapun, ketika kumpulan ini masih berada di puncak dengan sekitar 50 lagu, ketiga-tiga mereka berhenti menyanyi pada tahun 1972 dan berhijrah ke Australia. Horace telah berkunjung ke Melaka setiap tahun pada bulan Jun untuk berkongsi pengalamannya dengan artis-artis baru di penempatan dan di tempat lain.[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • The Trez Amigos (1959)
  • Bintang Malaya Hawaiian Band (1959)
  • Campfire Songs (1965)

Lagu dan single[sunting | sunting sumber]

  • "O Bulan Chemeriang Menyinar di Malaya" (1953)
  • "O Maria" (1953)
  • "Pisang Goreng" (1959)
  • "Malam Indah" (1959)
  • "Bulan di Malaya" (1959)
  • "Itu Dia Berchinta" (1959)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1954 Malayan Variety[7] Diri mereka sendiri Trez Amigos muncul dalam rancangan muzikal terbitan Malayan Film Unit.
1986 Trez Amigos[8] Mereka ditemuramah oleh Omar Abdullah bagi berbicara mengenai kehidupan dan kerjaya serta mempersembahkan beberapa lagu popular mereka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g S.T. Rajagopal (13 Ogos 2010). "Music artistes leave a proud legacy" [Artis muzik meninggalkan legasi yang membanggakan] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  2. ^ a b c d S.T. Rajagopal (24 Mac 2014). "Honour Trez Amigos" [Memberi penghormatan kepada Trez Amigos] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  3. ^ a b c Percy D'Cruz (18 Oktober 2002). "60's trio to get set croon again" [Trio 60an untuk kembali beraksi] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  4. ^ Geoffrey Geldard (1 Mac 1953). "Malayans love to hear them make music" [Rakyat Malaya suka mendengar mereka membuat muzik] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 6. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  5. ^ "Their song recorded" [Lagu mereka dirakamkan] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 6 Oktober 1953. m/s. 14. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  6. ^ "Amigos to be at ball" [Amigos akan berada di dewan] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 20 Februari 1955. m/s. 3. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  7. ^ Malayan Variety: Trez Amigos (Penerbitan televisyen). Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu: Malayan Film Unit. 1954.
  8. ^ Trez Amigos (Penerbitan televisyen). Kuala Lumpur, Malaysia: Filem Negara Malaysia. 1986.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]