Tsar Bomba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
RDS-220
Fail:Tsar photo11.jpg
Awan jamur dari ledakan Tsar Bomba
Jenis Senjata termonuklear
Asal  Kesatuan Soviet
Sejarah pengeluaran
Jumlah dibina 1 (dan 1 bom tiruan)
Spesifikasi
Berat 27 ton
Panjang 8 meter
Ukur lilit 2 meter

Blast yield 50 megaton

Tsar Bomba (Царь-бомба) yang bermaksud Empayar Dari Segala Bom merupakan sebuah bom nuklear yang dicipta oleh negara Kesatuan Soviet. Tsar Bomba merupakan projek daripada "Иван" (Ivan), pembuatan bom memerlukan masa selama 15 minggu dan diuji kaji pada 30 Oktober 1961. Bom ini diuji kaji di sekitar Pulau Novaya Zemlya, Lautan Artik[1]. Tsar Bomba memiliki berat sebesar 27 tan dan diangkut oleh pesawat TU-95 yang merupakan pesawat pengebom terbesar pada zaman tersebut.

Ketinggian pelepasan bom adalah setinggi 34,500 kaki, dan sewaktu meledak ianya mempunyai daya ledakan sebesar 50 Megaton TNT yang setaraf dengan seluruh bom yang meledak pada Perang Dunia II dan didarabkan 10. Awalnya, Tsar Bomba dirancang untuk mempunyai daya ledakan sebanyak 100 Megaton TNT tetapi dibatalkan disebabkan ianya memberi kesan yang luas terhadap atmosfera. Ledakan dapat dilihat sehingga 1,000 km dari tempat perledakannya.

Ketinggian Jamur Api yang dihasilkan oleh bom ini setinggi 64 kilometer, ionisasi dari ledakan menyebabkan gangguan radio komunikasi selama berjam-jam. Payung terjun digunakan untuk menghalang bom meluncur terlalu laju.

Bom Tiruan disimpan di Sarov.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sakharov, Andrei (1990). Memoirs. New York: Alfred A. Knopf. m/s. 215-225. ISBN 0-679-73595-X. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]