Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuanku Muhammad ibni Almarhum Tuanku Antah
Pemerintahan 22 Oktober 1888 - 1 Ogos 1933
Pendahulu Yamtuan Antah
Pengganti Tuanku Abdul Rahman
Raja Muda tiada
Pasangan Y.M. Tunku Chik, Tuanku Ampuan
Y.M. Tunku Halija binti Tunku Muda Chik [Ijah], Tuanku Ampuan (mangkat di Istana Ampang Tinggi, Kuala Pilah, 26 Mei 1921), puteri kepada Y.A.M. Tunku Aminu’llah ibni al-Marhum Tuanku Nasir ud-din, Tunku Muda Chik, dan Y.A.M. Tunku Jindai ibni al-Marhum Raja Imam, puteri kepada Paduka Sri Tuanku Raja Imam ibni al-Marhum Yang di-Pertuan Lenggang, Yang di-Pertuan Seri Menanti
Y.A.M. Cik Rahah binti Tia, Cik Ampuan, seorang rakyat biasa
Anakanda
Tunku Abdul Aziz
Tuanku Abdul Rahman
Tunku Laksamana Nasir
Tunku Muhammad Alam Shah
Tempat persemayaman Istana Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan
Ayahanda Yamtuan Antah
Bonda Cik Halima
Keputeraan 25 April 1865
Istana Lama Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tanah Melayu British
Kemangkatan 1 Ogos 1933(1933-08-01) (umur 68)
Istana Besar Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tanah Melayu British
Agama Islam Sunni

Tuanku Muhammad ibni Almarhum Tuanku Antah (25 April 1865 - 1 Ogos 1933) merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ketujuh, memerintah dari 22 Oktober 1888 - 1 Ogos 1933. Semasa pemerintahan baginda, Negeri Sembilan datang di bawah perlindungan British pada tahun 1889, dan menjadi bahagian daripada Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895. Baginda juga terlibat dalam perjanjian persetiaan persekutuan 1895, Tuanku Muhammad Shah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Baginda mangkat pada tahun 1933, selepas pemerintahan 45 tahun, dalam usia 68 tahun. Baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti di Seri Menanti.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Yamtuan Antah
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1888-1933
Diikuti oleh:
Tuanku Abdul Rahman