Tudung Keringkam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tudung keringkam atau Selayah adalah skarf tradisional yang dipakai oleh wanita Sarawak dan Brunei semasa majlis khas seperti majlis perkahwinan dan perayaan.[1] Ia biasanya dijahit dengan benang emas atau perak dan menggunakan motif sulaman bunga-bungaan dan tumbuh -tumbuhan seperti bunga tanjung, bunga ros dan pucuk rebung di atas kain jenis bawal atau yang lebih berkualiti kain kasa rubiah. Tudung keringkam tradisional adalah pendek, berukuran 54 cm x 95 cm dan dihasilkan dengan menggunakan kain jojet nipis atau sintatik.

Reke bentuk dan sulamannya yang halus menonjolkan hasil seni dengan sedikit sentuhan kemewahan. Tudung keringkam sering dikenakan oleh wanita bangsaan semasa majlis rasmi bersama kain songket pada 1960-an. Tradisi menjahit tudung keringkam kini semakin ditelan zaman disebabkan generasi yang lebih tua yang pakar dalam tudung Keringkam kini sangat sedikit bilangannya.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]