Tuxedo Mask

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tuxedo Mask
TuxedoMask.jpg
Tuxedo Bertopeng/Tuxedo Kamen, seperti yang digambarkan di dalam manga.
Profil
Gelaran Chiba Mamoru
Putera Endymion
Raja Endymion
Endou (manga)
Kesatria Cahaya Bulan (anime)
Endymion Metaria (PGSM)
Pahlawan Angkasa (muzikal)
Perkaitan Sailor Senshi
Kerajaan Gelap (apabila dipengaruhi)
Shadow Galactica (manga)
Adaptasi Inggeris
Nama Darien Shields
Aliases Putera Darien (alihsuara DIC)

Tuksedo Bertopeng (タキシード仮面 Takishīdo Kamen?) adalah salah satu watak di dalam siri anime dan manga Sailor Moon. Dia selalu muncul pada saat para Srikandi Sailor memerlukan bantuan dan adakalanya bersama mereka dalam pertarungan dengan musuh.

Tuksedo Bertopeng juga memiliki kristal ajaib yang menjadikannya Penjaga Bumi. Walau bagaimana pun, kepentingan kristal ini hanya ditunjukkan di dalam manga, dan tidak begitu menonjol di dalam siri muzikal dan tidak berperanan dalam siri anime.

Profil[sunting | sunting sumber]

Mamoru Chiba adalah kekasih hati Usagi Tsukino. Beliau telah kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Di dalam siri anime, beliau pada mulanya tidak menyedari identiti sebenarnya sebagai Tuksedo Bertopeng dan sering bertukar (tanpa dikehendakinya) apabila Usagi di dalam bahaya. Anime menyatakan bahawa untuk memperoleh semula ingatan masa lampaunya, dia harus mencari Kristal Perak, seperti yang diminta oleh Puteri Serenity di dalam mimpi-mimpinya.

Di dalam manga, gabungan kuasa Tuksedo Bertopeng dan Sailor Moon menghasilkan transformasi atau penjelmaan terbaharu Sailor Moon (yang melibatkan peningkatan tahap tenaga, kuasa serangan dan tongkat saktinya). Siri pertama menyaksikan Ratu Metaria menyerap mereka berdua ke dalam tubuhnya dan Tuksedo Bertopeng bersama dengan Sailor Moon bergabung kuasa dengan bantuan Kristal Perak untuk memusnahkan Ratu Metaria dari dalam. Di dalam pertarungan dengan Ratu Nehelenia, dia memberikan kuasa Kristal Emasnya bersama Kristal sakti Srikandi Sailor yang lain untuk memusnahkan Ratu tersebut.

Siri aksi-hidup menunjukkan Mamoru sebagai seorang yang pendiam, namun berdedikasi terhadap tugas dan tanggungjawabnya. Seperti di dalam manga dan anime, beliau juga mencari Kristal Perak untuk memperoleh ingatan masa lampaunya. Apabila ingatan masa lampaunya kembali, beliau bersana para Srikandi Sailor melindungi Sailor Moon supaya tidak terlalu menggunakan Kristal Perak, kerana dikhuatiri akan memusnahkan planet Bumi.