USS Cheyenne (SSN-773)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
USS Cheyenne (SSN-773)
USS Cheyenne (SSN-773)
USS Cheyenne ditarik ke pelabuhan Pearl Harbor, Hawaii pada April 2003.
Sejarah
United States Navy ensignAmerika Syarikat
Nama: USS Cheyenne
Bersempena dengan: Bandar Cheyenne
Dianugerahkan: 28 November 1989
Pembina: Newport News Shipbuilding and Drydock Company
Dibaringkan: 6 Julai 1992
Dilancarkan: 16 April 1995
Ditaja oleh: Mrs. Ann Simpson, isteri kepada Senator Wyoming Alan K. Simpson
Disucikan: 1 April 1995
Ditauliah: 13 September 1996
Pelabuhan asal: Pearl Harbor
Status: dalam perkhidmatan aktif, setakat 2024
Lencana:
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal selam kelas-Los Angeles
Sesaran:
  • 6,000 long ton (6,096 t) ringan
  • 6,927 long ton (7,038 t) muatan penuh
  • 927 long ton (942 t) dead
Panjang: 110.3 m (361 ka 11 in)
Lunas: 10 m (32 ka 10 in)
Draft: 9.4 m (30 ka 10 in)
Jana kuasa: reaktor nuklear S6G
Halaju: 25 knot (46 km/j; 29 mph)+
Kedalaman ujian: 800 ka (244 m)+
Anak kapal: 12 pegawai, 98 kelasi
Persenjataan:
  • 4 × tiub torpedo 21 in (533 mm)
  • 12 × peluru berpandu Tomahawk pelancaran menegak

USS Cheyenne (SSN-773) merupakan kapal selam kelas-Los Angeles terakhir dan kapal ketiga dalam Tentera Laut Amerika Syarikat yang membawa nama bandar Cheyenne, Wyoming. Kontrak pembinaannya telah diberikan kepada Newport News Shipbuilding and Dry Dock Company yang terletak di Newport News, Virginia pada 28 November 1989 dan lunasnya telah dibaringkan pada 6 Julai 1992. Ia telah dilancarkan pada 16 April 1995 oleh Puan Ann Simpson, isteri kepada Senator Wyoming, Alan K. Simpson. Kapal ini telah ditauliahkan pada 13 September 1996, dengan komander pertamanya Peter H. Ozimik membawa kapal ini ke pelabuhan Pearl Harbor, Hawaii, pada tahun 1998.

Cheyenne telah menjadi pelantar ujian bagi skrin rata, paparan sonar interoperative berdasarkan peralatan yang boleh didapati secara komersial.

Cheyenne adalah kapala pertama yang melancarkan peluru berpandu Tomahawk dalam Operasi Pembebasan Iraq[1] di bawah pemerintahan CDR Charles Doty. Cheyenne berjaya melancarkan kesemua simpanan peluru berpandu Tomahawk yang dibawanya, dan mendapat clean sweep dalam tindakan akti tempurnya bagi tiga bulan terakhir dari jumlah sembilan bulan tempoh atur geraknya. Peristiwa ini membawa gelaran "First To Strike" pada kapal selam ini.

USS Cheyenne merupakan kapal selam terakhir dalam kelas-Los Angeles yang dibina oleh Newport News Shipyards. Selepas pembinaan USS Cheyenne siap, Newport News memulakan persediaan untuk pembinaan kelas-Virginia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chief Journalist David Rush (28 April 2003). "One of Navy's First Tomahawk Shooters of Operation Iraqi Freedom Returns to Pearl Harbor". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]