Ummu Farah Haidar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ummu Farah di Everest Base Camp, Nepal

Ummu Farah Haidar binti Zulkifli telah dilahirkan di Negeri Sembilan[1][2] dan dibesarkan dalam sebuah keluarga konservatif. Namun begitu ia tidak menghalang beliau dari menyertai sukan dan aktiviti lasak sejak kecil[3][4].

Penglibatan dalam sukan lasak seperti mendaki menjadi lebih giat ketika Ummu berada dalam pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain dari itu beliau turut aktif dalam khidmat sebagai Askar Wataniah dan juga aktiviti amal[5].

Kerjaya sebagai peguam[6][7] dan juga pengajian Ijazah Sarjana Undang-Undang tidak menghalang beliau untuk terus melakukan aktiviti lasak. Semangat dan kebolehan yang pelbagai antara faktor dalam pemilihan beliau sebagai pembantu ketua ekspedisi dalam Misi Pendakian Amal ke Kem Dasar Everest 2015 yang dianjurkan oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara dan MY Team[8][9][10].

Pada 2017, beliau telah diberi mandat sebagai Pengarah Projek dan juga Ketua Pendaki bagi Kempen Kembara Srikandi Prihatin[11], projek amal yang dianjurkan oleh Persatuan Kembara Negara dengan kerjasama Negaraku. Kemuncak projek ini adalah pelaksanaan misi pendakian ke Gunung Elbrus[12][13][14][15].

Beliau telah mengharung situasi ekstrim bersama-sama pendaki lain serta terkandas akibat cuaca buruk di Wilayah Caucasus bagi mengibarkan Jalur Gemilang sempena kemerdekaan negara Malaysia yang ke-60[16][17][18][19]. Kejayaan beliau merupakan hadiah bermakna kepada rakyat Malaysia setelah mengharung pelbagai cabaran semasa berada di negara Russia[20][21][22][23][24].

Projek ini mengibaratkan perjalanan dalam sebuah pendakian gunung sebagai perjuangan dalam mengatasi pelbagai isu dan masalah yang melanda hidup disamping memperkasakan wanita melalui sukan lasak[25].

Selain daripada mendaki gunung, Ummu turut menceburi sukan lain seperti kayak, sukan luncur udara, silat, sukan tali tinggi, rock climbing dan juga caving[26][27][28].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170918/283218738342610
  2. ^ http://htjs.moh.gov.my/htjs/index.php
  3. ^ https://www.youtube.com/watch?v=k6N4hLRuolU
  4. ^ https://www.facebook.com/tvikram.my/videos/723299988871358
  5. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170918/283218738342610
  6. ^ http://www.malaysianbar.org.my/find_a_lawyer.html
  7. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170918/283218738342610
  8. ^ http://muslimaid.org.my/trekforacause/
  9. ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/mohd-rafi-cipta-kejayaan-lagi-1.373591
  10. ^ http://www.sinarharian.com.my/rencana/pendakian-amal-ke-everest-base-camp-1.389075
  11. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170918/283218738342610
  12. ^ https://www.youtube.com/watch?v=ky35k4yBD28
  13. ^ http://malaysiandigest.com/news/691876-pm-najib-hands-over-jalur-gemilang-to-six-women-on-mission-to-scale-mt-elbrus.html
  14. ^ http://postmetro.online/index.php/109-dari-lensa/19602-perdana-menteri-serah-jalur-gemilang-kepada-kembara-srikandi-prihatin
  15. ^ https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/serah-jalur-gemilang-kepada-pendaki-gunung-elbrus/
  16. ^ https://www.nst.com.my/world/2017/09/276105/msians-rescued-russias-mount-elbrus-way-home
  17. ^ https://www.borneotoday.net/terskol-village-russia-mudslide-19-msians-heading-to-mt-elbrus-safe/
  18. ^ https://www.rt.com/news/401709-foreign-tourists-trapped-elbrus/
  19. ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2017/09/275588/authorities-scrambling-rescue-msian-climbers-stranded-russias-mt-elbrus
  20. ^ https://www.bharian.com.my/tags/kembara-srikandi-prihatin-negaraku
  21. ^ https://www.mysuara.net/berita/jalur-gemilang-berkibar-di-puncak-gunung-elbrus/
  22. ^ https://mediapermata.com.bn/doa-dorong-takluk-gunung-elbrus/
  23. ^ http://www.bernama.com/en/general/news.php?id=1388729
  24. ^ https://www.youtube.com/watch?v=ja5DIwNoW2U
  25. ^ https://www.facebook.com/kembarasrikandiprihatin/about/?ref=page_internal
  26. ^ https://www.hmetro.com.my/WM/2021/11/773960/lasak-walau-berpurdah
  27. ^ https://www.youtube.com/watch?v=9mmwzK5KC2Y
  28. ^ https://www.facebook.com/thesiakapkeli/videos/3234689373477661