Undang-undang amanah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam sistem perundangan common law, amanah ialah hubungan di mana harta tanah (termasuk tanah, ketara dan tidak ketara) diuruskan oleh seseorang (atau sekumpulan orang, atau pertubuhan) bagi pihak orang lain. Amanah dicipta oleh setlor (juga dikenali sebagai grantor), yang mengamanahkan harta tanahnya kepada orang yang dipercayainya (pemegang amanah). Pemegang amanah memegang hak milik terhadap harta amanah (atau trust corpus) tersebut, tetapi mereka wajib memegangnya untuk mendatangkan faedah kepada seseorang atau suatu pertubuhan (benefisiari atau cestui que) yang ditentukan setlor, yang memiliki hak ekuiti. Pemegang amanah memiliki tugas fidusiari terhadap benefisiari, yang merupakan pemillik "bermanfaat" harta amanah tersebut.

Amanah ini dikawal oleh syarat-syarat dalam dokumen amanah, yang lazimnya ditulis dan sekali-sekala menggunakan borang surat ikatan. Ia juga dikawal oleh undang-undang tempatan. Pemegang amanah diwajibkan mentadbir amanahnya menurut kedua-dua syarat dokumen amanah dan undang-undang yang menguasai.

Undang-undang
Scale of justice 2.svg
Sistem perundangan Common law | Undang-undang sivil | Undang-undang adat | Undang-undang agama | Undang-undang sosialis | Undang-undang antarabangsa

Sumber undang-undang Undang-undang statut (Perundangan | Kod sivil | Pentafsiran statut)
Undang-undang bukan statut (Adat | Undang-undang kes | Equiti)

Penghukuman Undang-undang umum (Undang-undang jenayah | Undang-undang perlembagaan | Undang-undang pentadbiran)
Undang-undang khusus (Undang-undang sivil | Undang-undang kewajipan | Kontrak | Tort | Wasiat dan Pegangan)
Mahkamah (Sistem perseteruan | Sistem penyiasiatan | Bukti | Kehakiman | Peguam)

Falsafah perundangan Falsafah undang-undang | Undang-undang semulajadi | Perundangan positivisme | Perundangan formal | Perundangan realiti | Penafsiran undang-undang | Teori perundangan feminis | Undang-undang dan ekonomi | Pengajian undang-undang kritikal | Perbandingan undang-undang
Lihat juga:Senarai cabang undang-undang