Unilateralisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Unilateralisme, ("satu+pihak-isme") adalah doktrin atau agenda yang menyokong tindakan berat sebelah. Tindakan seumpama ini boleh jadi tidak dipedulikan untuk pihak lain, atau sebagai satu penyataan tentang komitmen terhadap suatu arahan pihak lain yang untuk memungkinkan suatu persetujuan. Unilateralisme adalah suatu neologisme, dicipta untuk antonim kepada multilateralisme —doktrin yang menyatakan faedah-faedah penyertaan daripada ramai pihak yang mungkin.

Kedua-dua terma tersebut dapat dirujuk kepada perbezaan dalam dasar luar (negara) dalam hal-hal berkaitan masalah antarabangsa. Apabila perjanjian daripada pelbagai parti adalah benar-benar(sangat) diperlukan —sebagai contoh dalam konteks dasar-dasar perdagangan antarabangsa —perjanjian-perjanjian dua hala (bilateral) (melibatkan 2 peserta pada satu masa) adalah lazimnya diutamakan kepada penyokong-penyokong unilateralisme.

Unilateralism boleh dirujuk kepada contoh-contoh itu apabila berkait kepada sesuatu kecekapan (atau mungkin merupakan kebolehan untuk menyelesaikan sesuatu perkara), sebagai contoh, tentang isu yang boleh diselesaikan tanpa sebarang kerjasama. Walau bagaimanapun, sesuatu kerajaan boleh mengutamakan prinsip kepada unilateralisme atau multilateralisme, dan, sebagai contoh, untuk usaha untuk mengelak polisi yang tidak boleh direlisasikan secara unilateral atau secara alternatif untuk menjayakan penyelesaian multilateral untuk masalah-masalah yang mungkin boleh diselesaikan secara unilateral.

Lazimnya, kerajaan-kerajaan mungkin mempertikaikan yang matlamat utama atau matlamat pertengahan mereka untuk menguatkan skim multilateral dan sesuatu institusi, sebagai contoh, kes-kes sepanjang tempoh Concert of Europe (Congress System).

Dalam perubatan[sunting | sunting sumber]

Dalam perubatan, istilah "unilateral" merujuk kepada keadaan atau penyakit yang hanya berlaku pada satu bahagian(sebelah) pada badan sahaja.