Universiti YARSI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Universiti YARSI

Diasaskan 15 April 1967
Jenis Universiti swasta Islam
Rektor Prof. Dr. Abdul Salam M. Sofro, Ph.D.
Lokasi Jakarta Pusat, Jawa
Laman web rasmi http://www.yarsi.ac.id/

Universiti YARSI (bahasa Melayu Indonesia: Universitas YARSI) ialah perguruan tinggi Islam swasta yang terletak di Cempaka Putih, Jakarta Pusat.

Sejarah ringkas[sunting | sunting sumber]

Yayasan Hospital Islam Indonesia (Indonesia: Yayasan Rumah Sakit Islam Indonesia/ YARSI) lahir pada tarikh 11 April 1967 di Jakarta. Ketua pengasas YARSI ialah Prof. Asri Rasad, Dr., M.Sc., Ph.D. YARSI melahirkan jasa pendidikan sebagai Perguruan Tinggi Perubatan YARSI Jakarta pada tarikh 15 April 1967 yang kemudian berubah menjadi Sekolah Tinggi Perubatan YARSI Jakarta. YARSI memulakan khidmatnya sejak ianya didirikan dan ia menjadi salah satu pendidikan Perubatan Islam yang terpenting di Jakarta pada masa itu.

Pada mulanya ia ditubuhkan, YARSI belum mempunyai tanah dan bangunan sendiri. YARSI masih bergantung kepada Fakulti Perubatan Universiti Indonesia Jakarta untuk kerjasama dalam bidang pendidikan dan pengajaran Sekolah Tinggi Perubatan YARSI Jakarta. YARSI pada masa itu menggunakan seluruh prasarana Fakulti Perubatan UI seperti bilik belajar, makmal, peranti pembelajaran doktor, dan perpustakaan.

Tahun 1968 merupakan tahun pembinaan bangunan YARSI di atas tanah yang dibeli sendiri oleh YARSI di Jalan Letjen Suprapto, Cempaka Putih, Jakarta Pusat. Peletakan batu pertama pembangunan gedung YARSI dilakukan oleh almarhumah ibu Hj. Tien Soeharto.

Pada tahun 1989 Yayasan YARSI mengubah status Sekolah Tinggi Perubatan YARSI Jakarta menjadi Universiti YARSI Jakarta (kini bernama Universiti YARSI) dengan mendirikan tiga fakulti iaitu Fakulti Ekonomi, Fakulti Hukum, dan Fakulti Teknologi Industri (kini bernama Fakulti Teknologi Maklumat). Dengan berdirinya tiga fakulti tersebut, Universiti YARSI telah mempunyai empat fakulti. Semua program studi di Universiti YARSI telah diakreditasikan oleh BAN-PT.

Lagi Universiti YARSI mendirikan satu fakulti baru pada tahun 2007 iaitu Fakulti Psikologi.

Universiti YARSI[sunting | sunting sumber]

Kampus Universiti YARSI berada di tengah kota Jakarta dengan lapang lahan kampus 25,000 m2 dan lapang bangunan 19,300 m2 yang terdiri daripada pelbagai bangunan dengan 1, 2, 3 dan 4 lantai.

Berbekal keyakinan dan dedikasi dalam meningkatkan mutu pendidikan bangsa, ketika ini YARSI sedang membangun kampus baru Universiti YARSI dan Hospital YARSI dengan penambahan lapang bangunan menjadi 185,000 m2 dan bertingkat 14 lantai.

Fakulti dan Jurusan[sunting | sunting sumber]

Fakulti Perubatan[sunting | sunting sumber]

  • Prog. Studi S1 Perubatan Awam

Fakulti Ekonomi[sunting | sunting sumber]

  • Prog. Studi S1 Manajemen Umum dan Islam
  • Prog. Studi S1 Akaunting Umum dan Islam
  • Pascasiswazah (dalam rancangan)

Fakulti Undang-Undang[sunting | sunting sumber]

  • Prog. Studi S1 Ilmu Undang-Undang
  • Pascasiswazah (dalam rancangan)

Fakulti Teknologi Maklumat[sunting | sunting sumber]

  • Prog. Studi S1 Teknik Informatik
  • Prog. Studi D3/ S1 Ilmu Perpustakaan dan Informasi

Fakulti Psikologi[sunting | sunting sumber]

  • Prog. Studi S1 Psikologi Kesihatan

Unit Kegiatan Mahasiswa/i (UKM)[sunting | sunting sumber]

  • TDM (Tim Darurat Medik) - bergerak dalam bidang pelatihan pertolongan pertama emergensi.
  • LDK Kahfi - bergerak dalam pengajian mahasiswa/i di bidang agama Islam.
  • Smarakaryadhwani - bergerak dalam bidang seni dan budaya, paduan suara, teater, dan band.
  • Voyage - bergerak dalam bidang olahraga tampar.
  • Himapala Tribhuwana - bergerak dalam bidang kecintaan terhadap alam.
  • YBBC - bergerak dalam bidang olahraga bola keranjang.
  • YES (YARSI Economics Syariah) - UKM Fakulti Ekonomi yang bergerak dalam bidang pengajian ekonomi Islam.

Kerja sama[sunting | sunting sumber]

  • Hospital Islam Jiwa, Klender, Jakarta Timur
  • RSPAD Gatot Soebroto, Jakarta Pusat
  • RSUD Karawang
  • RSUD Gunung Jati, Cirebon
  • RSU Dr. H. Abdul Moeloek, Bandar Lampung
  • RSUD Serang
  • Hospital Kesdam Jaya Moh. Ridwan Meuraksa, Jakarta Pusat
  • Hospital Jiwa Soeharto Hirdjan, Grogol, Jakarta Barat
  • Asosiasi Bank Syariah Indonesia (ASBISINDO)
  • Asosiasi Asuransi Syariah Indonesia (AASI)
  • Ikatan Ahli Ekonomi Islam (IAEI)
  • Pusat Komunikasi Ekonomi Syariah (PKES)
  • Dompet Dhuafa Republika - BAZNAS
  • BMT Center
  • PT Pekerti Nusantara
  • PT Tiara Rafindo Jaya Wisata
  • PT Binaputera Jaga Hikmah
  • PT Gemma Mulia Inditama
  • Beberapa Ibu Pejabat Akuntan Publik
  • Beberapa Ibu Pejabat pengadilan
  • PT Telkom Indonesia Tbk.
  • PT Indosat Tbk.
  • Perusahaan-perusahaan/ lembaga-lembaga lainnya

Bahagian lain YARSI[sunting | sunting sumber]

UPT Perpustakaan YARSI[sunting | sunting sumber]

  • Perpustakaan cetak
  • Perpustakaan digital

YARSI Language Center (YLC)[sunting | sunting sumber]

  • Melayan kursus kebahasaan (saat ini hanya melayan kursus bahasa Inggeris) untuk mahasiswa/i Universiti YARSI dan awam.
  • TOEFL (salah satu syarat kelulusan bahagi mahasiswa/i Universiti YARSI iaitu memiliki skor TOEFL minima 450)

Madrasah Diniyah YARSI[sunting | sunting sumber]

  • Taman Didik Kanak-Kanak Islam YARSI
  • Taman Bermain Islam YARSI
  • Taman Toddler Islam YARSI

Masjid Jami' YARSI[sunting | sunting sumber]

  • Pengurusan haji
  • Penyediaan kereta jenazah
  • Pengurusan jenazah
  • Pengajian rutin

Hospital YARSI (dalam proses)[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]