Indosat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
PT Indosat Tbk
Jenis Terbuka (IDX:ISAT), (NYSE:IIT)
Industri Telekomunikasi
Ditubuhkan (1967)
Ibu pejabat Jl. Medan Merdeka Barat 21 Jakarta Jakarta, Indonesia
Perancang utama Alexander Rusli, Presiden Direktur & Kepala Operasional Eksekutif (CEO)
Produk Jasa komunikasi untuk telepon genggam, sambungan tetap dan MIDI (Multimedia, Data, Internet)
Pemilik Ooredoo Asia Pte. Ltd. (65.00%)
Pemerintah Republik Indonesia (14.29%)
Skagen AS (5.42%)
Awam (15.29%).[1]
Anak syarikat Indosat Mega Media (IM2), Lintas Arta, SMT
Laman web www.indosat.com

PT Indonesian Satellite Corp. Tbk. (NYSE: IIT) merupakan sebuah syarikat penyelenggara jalur telekomunikasi di Indonesia. Syarikat ini diasaskan pada 1967 sebagai satu syarikat pelaburan asing. Indosat merupakan syarikat telekomunikasi dan multimedia kedua terbesar di Indonesia untuk perkhidmatan selular dan wayarles dengan lebih 16.7 juta pelanggan pada akhir 2006 (melalui Satelindo, IM3, StarOne). Indosat mencatatkan sahamnya di Bursa Efek Jakarta, Bursa Saham Singapura serta Bursa Saham New York.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Indosat didirikan pada tahun 1967 sebagai syarikat pemilikan asing, dan memulakan operasinya pada tahun 1969. Pada tahun 1980 Indosat menjadi syarikat milik kerajaan yang seluruh sahamnya dimiliki oleh Pemerintah Indonesia. Hingga sekarang, Indosat menyediakan layanan telekomunikasi antarabangsa seperti dail terus antarabangsa (IDD) dan perkhidmatan siaran televisyen antarbangsa.

PT Satelit Palapa Indonesia (Satelindo) didirikan pada tahun 1993 di bawah pengawasan PT Indosat. Ia mula beroperasi pada tahun 1994 sebagai pengendali GSM. Pendirian Satelindo sebagai anak syarikat Indosat menjadikannya sebagai pengendali GSM pertama di Indonesia yang mengeluarkan kad prabayar Mentari dan pascabayar Matrix.

Pada tahun 1994 Indosat memperdagangkan sahamnya di Bursa Efek Jakarta, Bursa Efek Surabaya dan Bursa Saham New York.

Indosat merupakan syarikat pertama yang menerapkan konsep hutang syariah pada tahun 2002. Setelah itu, pengimplementasian hutang syariah Indosat mendapat peringkat AA+. Nilai emisi pada tahun 2002 sebesar Rp 175,000,000,000.00 dalam tenor lima tahun. Pada tahun 2005 nilai emisi hutang syariah Indosat IV sebesar Rp 285,000,000,000.00. Setelah tahun 2002 penerapan hutang syariah tersebut diikuti oleh syarikat-syarikat lainnya.

Memasuki abad ke-21, kerajaan Indonesia membatalkan kawal selia di sektor telekomunikasi dengan membuka persaingan pasaran bebas. Dengan demikian, Telkom Indonesia tidak lagi memonopoli telekomunikasi Indonesia. Pada tahun 2001 Indosat mendirikan PT Indosat Multi Media Mobile (IM3) dan ia menjadi pelopor GPRS dan multimedia di Indonesia, dan pada tahun yang sama Indosat memegang kendali penuh PT Satelit Palapa Indonesia (Satelindo).

Pada akhir tahun 2002 kerajaan Indonesia menjual 41.94% saham Indosat ke Singapore Technologies Telemedia Pte. Ltd. Dengan demikian, Indosat kembali menjadi syarikat pemilikan asing. Pada bulan November 2003 Indosat memperoleh PT Satelindo, PT IM3 dan Bimagraha.

Penjualan 41.94% saham Indosat tersebut menimbulkan banyak kontroversi. Pemerintah RI terus berusaha untuk membeli kembali (buyback) saham Indosat tersebut agar pemerintah menjadi pemegang saham yang terbesar dan menjadikan kembali Indosat sebagai syarikat milik negara, namun hingga kini upaya pemerintah tersebut belum tercapai akibat banyaknya kendala.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan selular bagi Indosat merupakan jenis layanan yang memberikan penerimaan paling besar, yakni hingga mencapai 75% dari seluruh penerimaan pada tahun 2006. Berdasarkan data tahun 2006, Indosat menguasai 26.9% pasar pengendali telefon selular GSM (yakni melalui Mentari dan IM3) dan 3.7% pasar operator CDMA (melalui StarOne).

GSM Satelindo dan Indosat-M3[sunting | sunting sumber]

  • Matrix, kad pascabayar GSM untuk pengguna eksekutif dan umum
  • Matrix Auto, kad prabayar-pascabayar GSM untuk pengguna eksekutif dan umum
  • Mentari, kad prabayar GSM untuk pengguna umum
  • IM3, kad prabayar dan pascabayar GSM untuk pengguna muda-mudi dan umum

Matrix[sunting | sunting sumber]

The Freedom to be You

  • Jaringan Satelindo (kini Indosat)
  • Kapasiti : 64 Kilobytes
  • Voltan: 3 Volt atau 5 Volt
  • Memory SMS : 30 SMS
  • Memory Phone Book : 550 nombor
  • GSM Phase 2+
  • GSM 900/1800
  • 3.5G
  • Personalized PIN/PUK
  • Menu Browser Satelindo@ccess/ Matrix-Centro

Mentari[sunting | sunting sumber]

Lengkap Melengkapi Hidup

  • Jaringan Satelindo (kini Indosat)
  • Kapasiti : 16Kb, 32Kb
  • Voltan : 3 Volt atau 5 Volt
  • Memory SMS : 35,30 SMS
  • Memory Phone Book : 250 nombor
  • GSM 900/1800
  • 3.5G
  • Menu Browser Satelindo@ccess hanya untuk 32Kb

IM3[sunting | sunting sumber]

No Limits

  • Jaringan Isat-M3 dan Satelindo (kini satu jaringan Indosat)
  • Kapasiti : 64 Kb dan 32 Kb
  • Voltan: 3 Volt atau 5 Volt
  • Memory SMS : 35 SMS
  • Memory Phone Book : 250 nombor
  • GSM 900/1800
  • 3,5G
  • Personalized PIN/PUK
  • Menu Browser M3-Access hanya untuk 64Kb

Talian tetap[sunting | sunting sumber]

  • StarOne (prabayar dan pascabayar), wayarles tetap CDMA
  • IDD 001, Dail Terus Antarabangsa (premium)
  • IDD 008, Dail Terus Antarabangsa (tarif hemat)
  • GlobalSave (Perkhidmatan VoIP)
  • Indosat Phone (iPhone), layanan telefon tetap
  • Indosat Flat Call 01016, sambungan telefon antarabangsa via VoIP

Global Corporate Services[sunting | sunting sumber]

  • Indosat World Link, layanan sirkit sewa antarabangsa
  • Indosat Domestic link, layanan sirkit sewa domestik
  • Indosat Frame Net, layanan sirkit sewa berteknologi Frame Relay
  • Indosat IPVPN, layanan sirkit sewa dengan teknologi IPVPN
  • Indosat MPLS, layanan terbaru berasaskan jaringan Metro Ethernet dengan teknologi MPLS

Pusat perkhidmatan Indosat[sunting | sunting sumber]

Indosat yang bergerak dalam bidang telekomunikasi dan multimedia di Indonesia memberikan kemudahan bagi para pelanggannya untuk perkara pertanyaan seputar telekomunikasi (selular, SLI, dll), pengaduan, panduan berlangganan, pembelian kad perdana prabayar GSM/ CDMA/ kad prabayar internet/ baucar isi ulang, dan/atau pembayaran tagihan, dll langsung di tempat. Indosat menyediakan pusat perkhidmatan Indosat (Satelindo Direct dan Galeri Indosat-M3) yang sekarang sudah menjadi Galeri Indosat yang sudah banyak tersedia di hampir seluruh wilayah Indonesia. Galeri Indosat dibahagi mengikut wilayah, seperti wilayah Jabodetabek & Banten, Sumatra sebelah utara, Sumatra sebelah selatan, Jawa Tengah, Jawa Barat, Kalimantan, dan Indonesia timur.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Lintasarta, perkhidmatan jaringan korporat
  • IndosatM2, perkhidmatan internet, Wi-Fi, dan HotSpot

Anak syarikat[sunting | sunting sumber]

  • PT Indosat Mega Media (IndosatM2)
  • PT Aplikanusa Lintasarta
  • Indosat Finance Company, B. V. (IFB)
  • Indosat International Finance Company, B. V. (IIFB)
  • Indosat Singapore, Pte. Ltd. (ISP)
  • Acasia Communications, Sdn. Bhd. (Acasia)
  • ASEAN Cableship, Pte. Ltd. (ACPL)
  • ASEAN Telecom Holdings, Sdn. Bhd. (ATH)
  • StarOne Mitra Telekomunikasi (SMT)

Anak syarikat telah diserap oleh INDOSAT[sunting | sunting sumber]

Anak syarikat bersama TELKOM dan INDOSAT[sunting | sunting sumber]

  • PT Telekomunikasi Selular (Telkomsel) - pada tahun 2001 35% saham T-Sel dibeli oleh PT Telkom Indonesia Tbk. dari PT Indosat Tbk. sebagai sebahagian dari pelaksanaan penstrukturan industri perkhidmatan telekomunikasi di Indonesia yang ditandai dengan penghapusan kepemilikan bersama dan kepemilikan silang antara TELKOM dan INDOSAT.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Inggeris) About Us - Investor Relations - Major Shareholders Indosat. 31 Mac 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]