Urumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Urumi (Malayalam: ഉരുമി) atau chuttuval (Malayalam: ചുത്തുവാള്) atau dalam masyarakat Melayu dikenali sebagai pedang lembik, adalah pedang yang dihasilkan daripada besi waja mudah lentur, cukup tajam bagi memotong daging, tetapi cukup lentur untuk digulong menjadi gulongan kemas. Ia masih digunakan disekitar Kerala, dan salah satu daripada senjata yang dipelajari oleh pengamal seni bela diri Kalaripayattu. Ia paling mashyur du Utara Persisiran Malabar negeri Kerala, India, dan sering kali disebut dalam belada kawasan tersebut.

Pedang lembik ini digelar Urumi dalam Sistem Utara Kalaripayattu dan Chuttuval dalam Sistem Selatan. Perkataan Chuttuval/சுத்துவாள் diambil dari bahasa Tamil asas Chuttu/சுத்து (gulong/putar) dan Vaal/வாள் (pedang) dan bererti Pedang Gulong, gambaran yang tepat mengenai cara pedang ini digunakan oleh pemain pedang. Disebabkan pedang ini lentur, dan dikenakan di sekeliling pergelangan tangan atau di pinggang , ia perlu diluruskan, biasanya dengan memutarkannya disekeliling bahagian paling lurus pada badan penggunanya. Urumi masih diamalkan di keseluruhan kalaris.

Pedang ini merupakan gulongan besi waja tiga per empat inci lebar, dan cukup pankang untuk mencecah hujung jari apabila kedua belah tangan didapangkan, (biasanya sekitar lima setengah kaki). Ia biasanya mempunyai pemegang kecil dengan penutup. Seringkali terdapat Urumis dengan banyak mata pada satu pemegang, yang menjadikan ia merbahaya kepada musuh dan penggunanya. Pada masa moden ini, bilahnya seringkali dihasilkan daripada bilah gergaji.

Kecekapan dan ketangkasan amat penting bagi memahirkan diri dengan senjata ini, dan bukannya dengan kekuatan atau membabi-buta (aggression). Memutar dan mengawal urumi merupakan kesenian yang amat sukar dan merbahaya, dan dengan itu hanya diajarkan kepada pelajar terbaik Kalari. Salah guna mungkin mengakibatkan pedang lembik ini mencederakan penggunanya, dan tumpuan penuh diperlukan semasa penggunaannya, walaupun oleh seorang pakar.

Urumi amat berguna bagi pahlawan apabila ia keseorangan dan perlu bertarung dengan ramai lawan.Urumi boleh dikenakan sebagai pengikat pergelangan tangan dan dengan itu boleh dibawa tanpa menarik perhatian dan dengan mudah. Oleh kerana wanita sring mengenakan tali pinggang, Urumi merupakan senjata yang sesuai bagi di bawa mereka, dikenakan dikeliling pinggang. Unniarcha, salah seorang wirawati dalam balada Persisiran Utara Malabar, dikatakan mahir menggunakan Urumi. Ia juga merupakan senjata yang sesuai bagi bertarung satu-sama-satu kerana menikam dengan mata pedang tidak dibenarkan dalam pertarungan satu sama satu di Selatan India.

Kemunculan Media[sunting | sunting sumber]

Urumi muncul sebagai senjata kedua Maharaja Ashoka dalam filem Asoka Bollywood . Shah Rukh Khan sebagai Ashoka menggunakannya pada permulaan filem bagi bertarung dengan penentang dari Taxila, dan ketika berhadapan dengan bekas rakannya Bhima.

Watak pengamal Kalarippayattu salam siri manga Berserk turut menggunakan Urumi sebagai salah satu senjatanya. Dalam anime dan manga Rurouni Kenshin, pengumpul pedang Sawagejō Chō menggunakan satu darinya yang disorok sebagai tali pinggang, menentang.