Usnisa Vijaya Dharani Sutra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Usnisa Vijaya Dharani Mantra[1]

Uṣṇīṣa Vijaya Dhāraṇī Sūtra (Sanskrit; Tulisan Cina Tradisional: 佛頂尊勝陀羅尼經; Tulisan Cina Ringkas: 佛顶尊胜陀罗尼经; pinyin: fódǐng zūnshèng tuóluóní jīng) adalah Mahayana Sutra dari India. Nama alternatif-nya dalam bahasa Sanskrit adalah Sarvadurgatipariśodhana Uṣṇīṣa Vijaya Dhāraṇī Sūtra'.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sutra ini telah diterjemahkan sebanyak lapan kali dari bahasa Sanskrit kepada bahasa Cina di antara tahun 679 hingga 988 M. [1] Sebab itulah, sutra ini telah disebarkan meluas di negara China dan pengajarannya telah diamalkan sejak Dinasti Tang. Dari situ penyebaran sutra ini meluas sehingga ke seluruh Sinosphere. Usnisa Vijaya Dharani adalah sebuah Sutra yang dikaitkan dengan Gunung Wutai kerana mengikut tradisi penganut Buddha di China, sutra ini dianggap sebagai Bodhimaṇḍa kepada Mañjuśrī Bodhisattva.

China[sunting | sunting sumber]

Pada tahun pertama Yi Feng (676 AD) Dinasti Tang, seorang rahib Brahmin yang bernama Buddhapala dari Kasmira (India Utara) datang ke Gunung Wu Tai di China. Niatnya untuk membayar penghormatan kepeda Manjushri Bodhisattva. Tetapi beliau gagal berjumpa dengan Manjushri Bodhisattva, sebaliknya dia berjumpa dengan seorang lelaki tua di Banjaran Gunung Siyang (di mana Usnisa Monastery Vijaya sekarang berdiri), yang memberitahunya:

Makhluk yang ada di China telah melakukan kesalahan yang banyak, dan malah mereka yang telah meninggalkan kehidupan di rumah telah melanggar perintah-perintah. Hanya Usnisa Vijaya Dharani Sutra boleh menghapuskan semua karma jahat.

Orang tua menambah:

Jika anda boleh membawa Sutra ini dari India untuk edaran, ini bersamaan dengan memberi penghormatan kepada semua bijaksana universal, memberi manfaat meluas kepada semua makhluk yang dapat melihatnya, membebaskan makhluk yang ada di dunia neraka dan membayar balik kebaikan semua Buddha

Buddhapala menerima nasihat orang tua tersebut dan kembali ke India untuk mendapatkan versi Sanskrit Usnisa Vijaya Dharani. Dalam tahun keempat Yi Feng (679AD), Buddhapala kembali ke Changan dan bertemu Maharaja China. Maharaja menyimpan Sutra tersebut di dalam istananya dan menyeru Tripitaka Guru Dharma Divakara dan sarjana Du Xing Ti bersama-sama dengan Buddhapala menterjemahkan versi yang pertama. Selepas melengkapkan mengterjemahan itu, Maharaja tidak membenarkan Sutra yang diterjemahkan untuk dibawa keluar dari istana.

Buddhapala merayu kepada Maharaja untuk membenarkan Sutra yang diterjemahkan untuk diedarkan. Oleh itu, Maharaja hanya mengembalikan teks Sanskrit yang asal kepada Buddhapala dan memelihara salinan yang diterjemahkan untuk dirinya sendiri. Dengan penuh sedih, Buddhapala meninggalkan istana dan bertemu dengan seorang sami Cina yang dikenali sebagai Shun Zhen yang mahir dalam teks Sanskrit. Dia bersama-sama dengan Shun Zhen menterjemahkan Sutra ini sekali lagi. Selepas selesai menterjemahkan versi kedua yang bermaksud untuk diedarkan meluas; Buddhapala bersama teks asal Sanskrit tersebut kembali ke Gunng Wu Tai untuk bertemu Manjushri Bodhisattva dan sejak itu tidak pernah dilihat lagi.

Jepun[sunting | sunting sumber]

Dharani ini juga diedarkan secara meluas di Jepun. Pada musim panas tahun 925AD, kemarau teruk melanda seluruh Jepun. Maharaja Jepun mengarahan Guru Dharma Zun Yi dari sekolah Tiantai untuk meminta hujan. Beliau melafazkan Usnisa Vijaya Dharani dan tidak lama kemudian hujan turun dan menyemburkan tanah. Seluruh rakyat jelata gembira dan sejak itu, Dharma rahsia Usnisa Vijaya Dharani adalah sangat lazim di Jepun.

Sūtra[sunting | sunting sumber]

Menurut cerita didalam Sūtra ada seorang devaputra bernama Susthita yang sedang menikmati kebahagiaan yang indah didalam alam syurga tetapi segalanya berubah setelah dia mendengar suara datang dari langit yang mengatakan:

Devaputra Susthita, kamu hanya mempunyai tujuh hari sahaja untuk hidup di alam syurga. Setelah kamu meninggal, kamu akan dilahirkan di Jambudvipa (Bumi) sebagai haiwan selama tujuh hajat beturut-turut. Setelah itu kamu akan masuk neraka untuk penderitaan selanjutnya. Hanya sehingga memenuhi segala hukuman Karma kamu, kamu akan dilahirkan di alam manusia kepada sebuah keluarga yang rendah diri dan miskin; manakala semasa didalam rahim ibu, kamu tidak mempunyai penglihatan dan akan dilahirkan buta.

Selepas mendengar suara ini, Devaputra Susthita begitu ketakutan dan bergegas ke Istana Syurgawi Tuan Sakra. Air mata melimpah dan beliau bersujud dan memberitahu apa yang telah berlaku kepada Tuhan Sakra. Tuhan Sakra dengan segera menenangkan fikirannya untuk memasuki samadhi. Dengan segala, dia dapat melihat bahawa Susthita akan menjalani tujuh laluan kejahatan berturut-turut dalam bentuk khinzir, anjing, serigala, monyet, ular sawa, burung gagak dan burung hering; semuanya memakan najis dan busukan. Tetapi, Tuhan Sakra tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu Susthita. Beliau merasakan bahawa hanya Tathagata (Buddha), Arhat, Samyaksambuddha dapat menyelamatkan Susthita daripada jatuh ke dalam alam penderitaan yang telah ditakdirkan.

Selepas waktu matahari terbenam, Tuhan Sakra membuat persediaan dan menuju ke taman Anathapindada. Apabila tiba, Tuhan Sakra bersujud didepan Buddha, kemudian tawaf Buddha sebanyak tujuh kali mengikut arah jam dalam ibadah, sebelum menyusun segala aturan Puja. Melutut di hadapan Buddha, Tuhan Sakra menerangan segala takdir Devaputra Susthita. Dengan segala, usnisa (puncak kepala) Tathagata bersinar dan terpancar pelbagai warna, menerangi dunia dalam kesemua sepuluh arah cahaya dan kemudian kembali. Buddha tersenyum dan berkata kepada Tuhan Sakra, "Tuhan Syurga, terdapat sebuah Dharani yang dikenali sebagai Usnisa Vijaya Dharani. Ia boleh menghapuskan kesemua laluan kejahatan, benar-benar menghapuskan semua penderitaan makhluk di alam neraka, Raja Yama dan haiwan, memusnahkan semua neraka, dan menunjuk makhluk ke jalan yang mulia. "Selepas mendengar kesemua pendedahan, Tuhan Syurga merayu kepada Buddha supaya menwacana Dharani agong ini. Buddha menyedari niat dan kesungguhan Tuhan Sakra untuk untuk mendengar wacana-NYA dan dengan segera mengisytiharkan Mantra ini. Kemudian, Buddha berkata kepada Tuhan Sakra, "Mantra ini dikenali sebagai 'Penulenan Semua Jalan Kejahatan' Usnisa Vijaya Dharani '. Ia boleh menghapuskan semua halangan karma jahat dan membasmi penderitaan semua laluan jahat. "Sekali lagi Buddha berkata kepada Tuhan Sakra bahawa Dharani agong ini adalah pengisytiharan bersama-sama oleh Buddha sebanyak 88 kotis (ratus juta) daripada butiran pasir Sungai Ganges. Semua Buddha bergembira dan mendukung ini adalah Dharani yang disahkan oleh mohor kebijaksanaan Tathagata Vairocana.

Sekali lagi Buddha mengingatkan Tuhan Sakra bahawa dia harus menghantar amalan ini kepada Devaputra Susthita dan di samping itu kamu sendiri harus menerima dan mendukungnya, membaca, merenung dan menghargainya, menghafal dan membalikkannya. Dharani ini perlu diisytiharkan dengan meluas kepada semua makhluk di dunia Jambudvipa dan mengamanahkannya untuk memberi manfaat kepada semua makhluk di langit. Buddha juga mengingatkan Tuhan Sakra harus tekun mendukungnya dan melindunginya dan tidak membiarkan ia dilupai atau hilang.

Selepas Tuhan Sakra menerima amalan Dharani dari Buddha, beliau terus kembali ke istana syurga untuk menyampaikan kepada Devaputra Susthita. Setelah menerima Dharani ini, Devaputra Susthita mengamalannya seperti yang diarahkan selama enam hari enam malam, dan selepas itu semua hasratnya akan tercapai sepenuhnya.

Setelah tujuh hari, Tuhan Sakra bersama-sama Devaputra Susthita dan makhluk syurga yang lain dengan penuh hormat menghampiri Buddha dan menyampaikan penyembahan besar-besaran. Setelah mereka bertawaf 100,000 kali kepada Buddha, dengan gembira mereka mengambil tempat duduk masing-masing dan mendengar ajaran Dharma daripada Budhha.

Tathagata yang paling dihormati kemudian melanjutkan lengan emasnya dan menyentuh Devaputra Susthita bahawa ramalan memberitahu Devaputra Susthita akan mencapai tahap Bodhi (pencerahan).

Mantra[sunting | sunting sumber]

Mengikut isi kandungan didalam Sutra, dharani-nya adalah seperti berikut:[1]

namo bhagavate trailokya prativiśiṣṭaya buddhāya bhagavate.
tadyathā, om, viśodhaya viśodhaya, asama-sama
samantāvabhāsa-spharana gati gahana svabhāva viśuddhe,
abhiṣiňcatu mām. sugata vara vacana amṛta abhiṣekai mahā mantra-padai.
āhara āhara āyuh saṃ-dhārṇi. śodhaya śodhaya gagana viśuddhe.
uṣṇīṣa vijaya viśuddhe sahasra-raśmi sam-codite.
sarva tathāgata avalokani ṣaṭ-pāramitā-paripūrani.
sarva tathāgata mati daśa-bhūmi prati-ṣṭhite.
sarva tathāgata hṛdaya adhiṣṭhānādhiṣṭhita mahā-mudre.
vajra kāya sam-hatana viśuddhe.
sarvāvaraṇa apāya-durgati pari viśuddhe, prati-nivartaya āyuh śuddhe.
samaya abhiṣṭhite. maṇi maṇi mahā maṇi.
tathatā bhūta-koṭi pariśuddhe. visphuṭa buddhi śuddhe.
jaya jaya, vijaya vijaya. smara smara, sarva buddha abhiṣṭhita śuddhe,
vajri vajragarbhe vajram bhavatu mama śarīram.
sarva sattvānām ca kāya pari viśuddhe. sarva gati pariśuddhe.
sarva tathāgata siñca me samāśvāsayantu.
sarva tathāgata samāśvāsa abhiṣṭhite.
budhya budhya, vibudhya vibudhya,
bodhaya bodhaya, vibodhaya vibodhaya samanta pariśuddhe.
sarva tathāgata hṛdaya adhiṣṭhānādhiṣṭhita mahā-mudre svāhā.

Berikut adalah versi yang lebih singkat dikenali sebagai Mantra Hati Usnisa Vijaya:

oṃ amṛta-tejavati svāhā


Bacaan lebih lanjut[sunting | sunting sumber]

Uṣṇīṣa Vijaya Dhāraṇī Sutra Chinese/English/Malay yang diterjemahkan oleh Persatuan Penganut Agama Buddha Usnisa Vijaya Malaysia.

http://usnisa_vijaya.tripod.com/web/

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Uṣṇīṣa Vijaya Dhāraṇī Sutra (Chinese/English/Malay)
  2. ^ "The Korean Buddhist Canon: A Descriptive Catalog (K 319)".

3. Usnisa Vijaya Dharani Sutra(Chinese/English/Malay) http://usnisa_vijaya.tripod.com/web/ Diarkibkan 2018-03-06 di Wayback Machine

Petikan Luar[sunting | sunting sumber]