Tulisan Cina Tradisional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

 

Cina tradisional
Jenis: logografi
Bahasa: bahasa Cina
Tempoh: sejak abad ke-5
Sistem penulisan induk: Cina
Cina tradisional
Kod ISO 15924: Hant
Aksara Cina
Cina Tradisional
Aksara kelainan
Cina Ringkas
Cina Ringkas pusingan kedua
Kanji
- Kyujitai
- Shinjitai
Hanja
- Gugyeol
- Hyangchal
Chu Nom
- Han Tu
Seni khat Asia Timur
- Skrip Tulang Ramalan
- Skrip Gangsa
- Skrip Mohor
- Skrip Kerani
- Skrip Biasa
- Skrip Separa Kursif
- Skrip Kursif
Kaedah Input

Tulisan Cina Tradisional (Cina Tradisional: 正體字/繁體字, Cina Ringkas: 正体字/繁体字, pinyin: zhèngtǐ zì/fántǐ zì) merujuk kepada salah satu daripada dua set piawai aksara Cina bercetak. Bentuk aksara Cina tradisional yang moden muncul buat pertama kali dengan kemunculan skrip perkeranian semasa Dinasti Han, dan telah mengekalkan bentuk yang lebih kurang stabil sejak abad ke-5 semasa Dinasti-dinasti Selatan dan Utara. Istilah "tradisional" dipergunakan untuk membezakan set aksara tradisional daripada set aksara Cina ringkas yang dibakukan oleh kerajaan Republik Rakyat China sejak dekad 1950-an.

Pada hari ini, aksara-aksara tradisional digunakan di Taiwan, Hong Kong, Makau, dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berasal dari kawasan/negara tersebut atau yang berhijrah sebelum penggunaan aksara ringkas di Republik Rakyat China. Sebagai perbandingan, aksara ringkas digunakan di tanah besar China, Singapura (dalam terbitan rasmi, walaupun banyak nama masih ditulis dalam aksara tradisional), dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berhijrah dari negara-negara tersebut selepas penggunaan aksara Cina Ringkas secara meluas. Perdebatan tentang aksara-aksara Cina tradisional dan ringkas merupakan suatu topik yang lama yang masih diperdebatkan antara komuniti-komuniti Cina.

Nama Cina نام چينا[sunting | sunting sumber]

Antara para penutur bahasa Cina, aksara Cina tradisional dirujuk dengan berbagai-bagai nama yang berbeza, dengan setiapnya mempunyai konotasi yang berlainan. Kerajaan Republik China di Taiwan secara rasmi merujuk kepada aksara Cina tradisional sebagai aksara baku atau aksara tepat (Cina tradisional: 正體字,Cina Ringkas: 正体字;  Hanyu Pinyin: zhèngtǐzì;  Tongyong Pinyin: jhèngtǐzìh ) yang membayangkan bahawa aksara tradisional merupakan bentuk aksara yang lengkap dan tepat. Walau bagaimanapun, istilah yang sama itu ("aksara baku", 正体字) dipergunakan di tanah besar China untuk membezakan aksara-aksara ringkas dan tradisional yang baku daripada aksara-aksara kelainan dan idiomatik (异体字). [1]

Para pengguna aksara tradisional juga merujuk kepada aksara tradisional sebagai "aksara lengkap" (Cina tradisional: 全體字, Cina Ringkas: 全体字;  Hanyu Pinyin: quántǐzì;  Tongyong Pinyin: cyuántǐzìh ) yang mempunyai konotasi yang sama.

Sebagai perbandingan, orang-orang Cina yang biasanya menggunakan aksara ringkas memanggilnya aksara rumit (Cina tradisional: 繁體字, Cina Ringkas: 繁体字;  Hanyu Pinyin: fántǐzì;  Tongyong Pinyin: fántǐzìh ), atau secara tidak rasmi, "aksara lama" (Bahasa Cina: 老字; Hanyu Pinyin: lǎozì; Tongyong Pinyin: lǎozìh ), dengan konotasi bahawa aksara Cina tradisional telah digantikan dan kini tidak digunakan lagi.

Para pengguna aksara tradisional memperdebatkan bahawa aksara tradisional tidak boleh dipanggil "rumit" kerana aksara-aksara itu tidak pernah diubah menjadi lebih rumit, dengan bentuk-bentuk yang asli dikekalkan. Sebaliknya, para penyokong aksara Cina ringkas amat membantah pemerihalan aksara tradisional sebagai "baku" kerana mereka menganggap bahawa aksara-aksara ringkas yang baru adalah aksara baku sezaman. Mereka juga menunjukkan bahawa aksara tradisional bukannya aksara tradisional yang sebenar kerana tulisan China telah mengalami banyak perubahan dengan berlalunya masa. Banyak aksara Cina sejak Dinasti Han telah dibuat lebih berbunga-bunga berbanding dengan aksara-aksara yang asli.

Peliknya, walaupun padanan aksara Cina yang umumnya diterjemahkan sebagai "rumit" pada dirinya terdiri daripada coret yang banyak, jika bukan rumit, aksara itu tidak pernah menjalani peringkasan; ini mungkin disengajakan kerana ia menunjukkan kerumitan aksara tradisional yang relatif,  berbanding dengan versi-versi ringkas. Di samping itu, sedangkan perkataan "rumit" menimbulkan konotasi yang negatif dalam bahasa Melayu, padanan aksara Cina pada dirinya tidak menimbulkan sebarang konotasi yang "rumit" atau "menyusahkan"; sebaliknya, maksudnya agak kabur dan neutral kecuali apabila dikaitkan dengan aksara-aksara yang lain.

Sesetengah orang tua merujuk kepada aksara tradisional sebagai "aksara wajar" (Bahasa Cina: 正字; Hanyu Pinyin: zhèngzì; Tongyong Pinyin: jhèngzìh ) dan aksara ringkas sebagai "aksara coret yang diringkaskan" (Cina tradisional: 簡筆字, Cina Ringkas: 简笔字;  Hanyu Pinyin: jiǎnbǐzì;  Tongyong Pinyin: jiǎnbǐzìh ) atau "aksara coret yang dikurangkan" (Cina tradisional: 減筆字,Cina Ringkas: 减笔字;  Hanyu Pinyin: jiǎnbǐzì;  Tongyong Pinyin: jiǎnbǐzìh ) ("diperingkas" dan "dikurangkan" sebenarnya merupakan homonim dalam bahasa Mandarin, dengan kedua-duanya disebut sebagai jiǎn ).

Di bahagian timur laut China, perkataan tempatan untuk aksara tradisional ialah "aksara sebenar" (Bahasa Cina: 真字; Hanyu Pinyin: zhēnzì; Tongyong Pinyin: jhēnzìh ).

Teks bercetak تيکﺱ برچيتق[sunting | sunting sumber]

Apabila mencetak teks, orang-orang di China Tanah Besar dan Singapura biasanya menggunakan sistem diperingkas yang dikembangkan oleh kerajaan Republik Rakyat China pada dekad 1950-an. Bagaimanapun, Republik Rakyat China juga mencetak bahan-bahan yang bertujuan dibaca di luar China Tanah Besar dengan menggunakan aksara tradisional. Bagi teks ditulis tangan, kebanyakan orang menggunakan peringkasan tidak rasmi yang kekadang bersifat peribadi. Dalam kebanyakan kes, suatu aksara alternatif (異體字) akan digunakan untuk menggantikan aksara yang mempunyai banyak coret, umpamanya untuk . Berbeza dengan kepercayaan popular, kebanyakan aksara alternatif tersebut sebenarnya merupakan sebahagian aksara Cina Tradisional, tetapi secara tidak formal dan mengelirukan dipanggil bentuk ringkas (簡寫). Walaupun tidak baku, ini biasanya diterima di luar sekolah, dengan sesetengahnya digunakan dengan amat meluas, umpamanya tái  dalam 台灣 Táiwan,  berbanding dengan aksara bakunya ().

Di samping itu, terdapat juga dua kegunaan utama bagi aksara alternatif pada masa dahulu. Pertamanya, aksara-aksara alternatif telah dipergunakan untuk mengelakkan penggunaan nama rasmi orang yang penting dalam konteks yang kurang rasmi sebagai cara untuk menunjukkan penghormatan kepada orang tersebut dengan mengekalkan aksara-aksara namanya. Perbuatan ini dipanggil "pengelakan perasaan tersinggung" (避諱) dalam bahasa Cina. Yang kedua, aksara-aksara alternatif digunakan ketika aksara yang sama diulang untuk menunjukkan bahawa pengulangannya telah dibuat dengan sengaja dan bukan suatu kesilapan editor (筆誤).

Pengekodan aksara komputer ڤڠکودن اکسارا کومڤوتر[sunting | sunting sumber]

Pada masa dahulu, aksara Cina tradisional seringnya dipaparkan dengan menggunakan skema pengekodan aksara Big5, suatu skema pengekodan yang memihak kepada aksara Cina Tradisional. Bagaimanapun, Unikod kini semakin popular sebagai cara untuk memaparkan aksara Cina Tradisional, dan memberikan penekanan yang sama kepada kedua-dua aksara Cina ringkas serta tradisional, tanpa mengutamakan satu sama lain.

Berbagai-bagai Editor Kaedah Input (IME) juga wujud untuk menginput aksara Cina, seperti yang terkenal ialah kaedah Changjie. Walaupun demikian, masih terdapat sebilangan aksara yang tidak dapat ditulis menggunakan kebanyakan IME; salah satu contoh ialah padanan loghat Shangai untuk yang ditulis sebagai dengan radikal .

Laman web لامن ويب[sunting | sunting sumber]

Konsortium Jaringan Sejagat menyarankan penggunaan nilai atribut bahasa dan nilai bahasa kandungan zh-Hant untuk menentukan kandungan laman web yang ditulis dalam aksara Cina Tradisional. [1]

Penggunaan dalam bahasa lain ڤڠݢوناءن دالم بهاس لاءبن[sunting | sunting sumber]

Aksara-aksara Cina tradisional juga digunakan untuk tulisan Hanja Korea, manakala aksara tradisional yang diperingkas secara sederhana digunakan dalam tulisan Kanji Jepun moden.

Lihat juga ليهت جوݢ[sunting | sunting sumber]

Rujukan روجوعن[sunting | sunting sumber]

  1. Akademi Sains Sosial, (1978), Modern Chinese Dictionary, The Commercial Press: Beijing.

Pautan luar ڤاءوتن لوار[sunting | sunting sumber]