V.T (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
V.T
Umum
PengarangHilal Asyraf
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreKembara
Aksi
Remaja
Penerbitan
Pelukis kulitAiman Rosli
PenerbitGaleri Ilmu Sdn Bhd
Tarikh penerbitan
April 2009
Jenis media
Cetak (kulit lembut)
Halaman520

V.T ialah sebuah novel karanagan penulis muda Hilal Asyraf. Novel ini mengisahkan mengenai sebuah pasukan bola tampar di sebuah sekolah bernama MATRI (Ma’had At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah). Menurut Hilal, beliau berharap untuk mengangkat sukan sebagai ibadah, dan mengajak manusia untuk melihat sukan sebagai salah satu saluran dakwah dan tarbiah (didikan). Melalui novel ini juga, beliau mahu mengajak pembaca memahami konsep tawazun (keseimbangan), dan mengutamakan apa yang utama dalam kehidupan.

Inspirasi[sunting | sunting sumber]

Antara sumber inspirasi penulisan buku ini, menurut Hilal, adalah kemenangan kumpulan bola tampar MATRI buat pertama kalinya sebagai johan MSSPs pada tahun 2008. Beliau adalah salah seorang pemain dalam pasukan itu. Justeru, dalam VT, Hilal mewujudkan watak-watak pemain bola tampar yang diadaptasi daripada watak sebenar sebagai penghargaan dan kenangan atas segala kesukaran yang dilalui bersama.

Beliau ingin mengubah persepsi pandangan remaja dari konsep novel yang penuh dengan cinta dan jiwang. Nilai-nilai ukhwah banyak diterapkan dalam novel ini.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

10 tahun yang lepas, pasukan bola tampar dari sekolah ini telah mencipta fenomena apabila berjaya menjadi johan dalam kejohanan MSSP’s menewaskan juara terkenal, SSNP(Sekolah Sukan Negeri Perlis).

Namun selepas itu, tiada lagi pasukan bola tampar dari MATRI yang berjaya mengulangi kegemilangan itu, malah prestasi mereka sebentar turun dan sebentar naik tanpa konsisten. Keadaan bertambah parah apabila generasi terkini pasukan bola tampar sekolah itu tidak berada dalam kondisi yang baik, dengan pelbagai masalah melingkari mereka, baik masalah dari segi pelajaran, akhlak, disiplin sekolah mahupun keluarga.

Melihat prestasi buruk pasukan bola tampar sekolah ini, pihak pentadbiran MATRI berhajat untuk membubarkan pasukan tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]