Valentina Matviyenko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Valentina Matviyenko


Gabenor Saint Petersburg
Tempoh jawatan
15 Oktober 2003[1] – 22 Ogos 2011
Didahului oleh Vladimir Yakovlev
Diganti oleh Georgy Poltavchenko (Pemangku)ƒ

Lahir 7 April 1949 (65 tahun)
Shepetivka, Oblast Khmelnytskyi, Kesatuan Soviet (kini Ukraine)
Bangsa Rusia
Parti politik Rusia Bersatu
Pasangan Vladimir Vasilyevich Matvienko
Anak Sergey Matviyenko (lahir 1973)
Alma mater Institut Kimia dan Farmaseutik Leningrad

Valentina Ivanovna Matviyenko (Bahasa Rusia: Валенти́на Ива́новна Матвие́нко, née Tyutina (Тю́тина), lahir 7 April 1949 di RSS Ukraine), adalah seorang ahli politik Rusia. Beliau kini merupakan wanita paling berkuasa di Rusia, apabila menjadi pengerusi Majlis Persekutuan Rusia pada 2011. Sebelum ini beliau merupakan Gabenor Saint Petersburg sejak 2003.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Matviyenko memulakan kerjaya politiknya pada 1980-an di Saint Petersburg (ketika itu Leningrad). Pada 1990-an beliau menjadi duta Rusia ke Malta (1991–1995) dan Greece (1997–1998).[2]

Pada 2003, Matviyenko menjadi gabenor wanita pertama Saint Petersburg, serta gabenor wanita pertama dalam sejarah Rusia.[3] Pada 22 Ogos 2011, tidak lama selepas siapnya Empangan Saint Petersburg, Matviyenko meletak jawatan. Sebagai anggota parti Rusia Bersatu, pada 21 September beliau dilantik menjadi Pengerusi Majlis Persekutuan Rusia,[4] jawatan ketiga tertinggi di Rusia, dan jawatan politik tertinggi yang dicapai wanita di Rssia sejak zaman Maharani Yekaterina II Velikaya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]