Vik2ria Secret

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vik2ria Secret
PengarahA. R. Badul
PenulisRosni Yat Aedil Mohd
Dihasilkan olehAnnie Arifin
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Sheunik
Tarikh tayangan
15 Jun 2023 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.05 juta
Pecah panggungRM5,058.90

Vik2ria Secret ialah sebuah filem drama komedi Malaysia 2023 arahan A. R. Badul dengan idea asal oleh Badul dan pelakon utamanya, Annie Arifin dengan skrip oleh Rosni Yat Aedil Mohd. Cerita filem adalah berkenaan yatim piatu, Viki, yang mengasaskan suatu butik pakaian dalaman wanita yang seterusnya mendapat perhatian warga kampung. Dibintangi oleh Annie, Ropie Cecupak, Badul, Man Raja Lawak, Farez Adnan, Fiza Halim, Wan Gegau dan Keena Mentor, filem ini ditayangkan pada 15 Jun 2023.[1][2]

Walau bagaimanapun, kutipan filem yang teruk serta kandungan filem yang mempunyai rujukan eksplisit mencetuskan kontroversi, terutamanya bagi pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), pemberi dana utama penggambaran filem.

Premis[sunting | sunting sumber]

Viki, seorang anak yatim piatu yang menuju ke Kampung Honi dengan penuh gembira, namun diuji dengan dugaan. Dia bertemu dengan Ria dan mereka menjadi rakan karib, sekaligus membuka butik pakaian dalam wanita yang diberi nama "Vik2ria Secret".

Tok KK, ketua kampung, kini rancak bertanding bagi jawatan wakil tempatan, menentang seteru mereka Zamri. Peluang cerah muncul buat Zamri dengan kehadiran Viki dan pembukaan butik tersebut. Tok KK bertindak secara tidak rasional dan menimbulkan kemarahan Viki yang kurang senang dengan dia, dan butiknya menjadi sasaran Tok KK atas konspirasi tindakan mereka mempunyai agenda merosakkan akhlak penduduk kampung.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Vik2ria Secret diarahkan oleh A.R. Badul dengan idea asal oleh beliau sendiri bersama pelakon utama filem ini, Annie Arifin yang turut berkhidmat sebagai penerbit. Menurut Badul, jalan cerita asal filem ini memaparkan kisah rahsia wanita atau cerita "dalam kain", malah beliau mengakui terpaksa akur apabila beberapa babak yang sedikit berani dalam filem ini terpaksa diubah mengikut kesesuaian penonton tempatan.[1]

Penerbit Vik2ria Secret, Richard Ung berkata tajuk asal filem ini ialah Bra Merah kerana idea itu diperoleh daripada salah seorang rakan karibnya yang juga bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).[3] Namun, ia ditukar kepada Vik2ria Secret kerana menurut Ung, ia dianggap "kurang sesuai dengan penerimaan penonton selain kedengaran kurang sopan".[1]

Tajuk filem ini ialah parodi kepada jenama pakaian wanita Amerika, Victoria's Secret.[4]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini pada asalnya diterbitkan untuk tayangan di platform perkhidmatan media Over-The-Top (OTT), My Wayang.[5] Ia juga pernah bertukar tarikh tayangan sebanyak 2 kali.[6] Bagaimanapun, ia menerima keluaran tayangan pawagam apabila ia ditayangkan secara rasmi pada 15 Jun 2023 di pawagam seluruh Malaysia.[4]

Filem ini tidak memperoleh kutipan memberangsangkan – hanya sekitar RM5 ribu – dengan catatan lebih kurang 300 orang penonton sahaja dalam tempoh tayangan selama dua minggu.[7][8]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Berita kutipan buruk di atas mencetuskan isu dalam bidang perfileman tempatan, khususnya pihak Finas yang menjadi pendana utama penggambaran filem, berkenaan ketelusan pemberian dana terhadap para pembikin filem; pendanaan Finas bertanggungjawab kepada kira-kira separuh bajet filem (RM550 ribu).[7] Menjawab isu tersebut, pihak kerajaan berkata bahawa pihaknya akan berbincang tentang Finas tentang masalah tersebut.[9] Selain itu, gaya serta poster filem yang dihiasi bahan-bahan serba eksplisit juga diberi kritikan awam.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Ramlah Zainal (15 Jun 2023). "Badul dedah cerita 'dalam kain'". Harian Metro. Dicapai pada 18 Jun 2023.
  2. ^ Syazana Sukapeli (14 Jun 2023). "Vik2ria Secret rezeki A.R. Badul". Sumberkini. Dicapai pada 18 Jun 2023.
  3. ^ Khairil Khusyairi (16 Jun 2023). "Cerita 'Dalam Kain' & Gosip Kahwin Sebagai Promosi Filem? AR Badul Tampil Perjelas – "Judul Asal Filem Adalah Bra Merah"". XTRA. Dicapai pada 18 Jun 2023.
  4. ^ a b "'VIK2RIA SECRET' FILEM TERBAHARU ARAHAN A.R. BADUL KINI DI PAWAGAM. SASAR KUTIPAN RM1 JUTA!". Fariza Saidin. 15 Jun 2023. Dicapai pada 18 Jun 2023.
  5. ^ "Dilihat Kurang Sopan, Tajuk Filem Bra Merah Terpaksa Diubah Kepada Vik2ria Secret". Kopiplanet. 16 Jun 2023. Dicapai pada 18 Jun 2023.
  6. ^ Affan Rostam (4 April 2023). "Dua kali tukar tarikh, filem arahan AR Badul masuk pawagam Jun depan". Berita Harian. Dicapai pada 18 Jun 2023.
  7. ^ a b c Adeline Leong (16 Julai 2023). "Malaysians Question How Local Film "Vik2Ria Secret" Secured RM550k From Finas" (dalam bahasa Inggeris). The Rakyat Post. Dicapai pada 16 Julai 2023.
  8. ^ "Tayangan filem cereka di bawah Skim Wajib Tayang bagi tahun 2023". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Dicapai pada 16 Julai 2023.
  9. ^ "Finas to study all production aspects for films funded by digital content fund" (dalam bahasa Inggeris). Bernama. 16 Julai 2023. Dicapai pada 16 Julai 2023.