Vinil asetat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Vinil asetat
Vinil asetat
Maklumat
Nama sistematik etenil asetat
1-asetoksietilena
Nama am Vinil asetat
Nama lain Ester vinil asid asetat,
asetoksietena, VyAc,
VAM, zeset T
Rumus molekul C4H6O2
Jisim molar 86.09 g/mol
Ketumpatan dan Fasa 0.934 g/cm3, cecair
Takat lebur -93 °C
Takat didih 72.7 °C
Keadaan Cecair tidak berwarna

Vinil asetat, atau VAM (vinyl acetate monomer) adalah sebatian kimia dengan rumus kimia CH3COOCH=CH2, dan merupakan monomer bagi polivinil asetat. Sebatian ini merupakan cecair tidak berwarna dengan rasa manis. Nama sistematik bagi sebatian ini adalah 1-asetoksietilena atau etenil asetat.

Sebatian ini biasanya diperbuat melalui tindakbalas antara etilena dan asid asetat dengan mangkin oksigen dan paladium.[1] Sebatian ini dapat dipolimerkan sendiri membentuk polivinil asetat (PVA), atau bersama monomer lain untuk membentuk kopolimer, seperti etilen-vinil asetat. Usaha untuk mengawal pempolimeran ini merupakan suatu perkara yang sukar kerana ketidakstabilan radikal yang dapat diturunkan vinil asetat. Namun, pempolimeran RAFT (atau lebih tepat lagi, MADIX) adalah salah satu kaedah yang tepat untuk mengawal sintesis PVA dengan penambahan agen pemindahan rantaian.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]