Vox (perisian blog)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Vox
Logo Vox
Vox.jpg
Tampilan laman lalai Vox
Pemaju Six Apart Ltd's VOX Service
Versi beta {{{versi_beta}}}
Tarikh pelancaran
versi beta
{{{tarikh_versi_beta}}}
Sistem operasi platform-bersilang
Genre Platform blog percuma
Lesen GPL
Laman web http://www.vox.com/

Vox merupakan servis perisian blog percuma atas talian yang dimajukan oleh syarikat blog Six Apart. Ia dilancarkan pada 26 Oktober 2006, yang pada asalnya dikodnamakan sebagai'Projek Comet'.

Fokus[sunting | sunting sumber]

Servis ini disediakan dengan tujuan menyeragamkan, dengan ciri yang lebih mudah dari alat dan perisian blog lain seperti LiveJournal (juga dimiliki oleh Six Apart), Blogger dan WordPress. Rekaan weblognya sering dikaitkan dengan ciri Web 2.0; kritikan dan pujian terhadap Web 2.0 akan turut berpautan secara tidak langsung dengan Vox. Vox ditulis dalam Rangka Katalis MVC.

Vox lebih memfokuskan kepada ciri jaringan sosial berbanding platform blog yang lain, seperti WordPress dan Blogger. Ciri-ciri tersebut termasuk kemampuan untuk memberi kebenaran kepada seseorang yang boleh membaca setiap rencana dan juga senarai sahabat di bar tepi blog. Blog adalah fungsi utama yang diketengahkan oleh Vox berbanding servis jaringan sosial yang lain seperti MySpace, Friendster dan Bebo yang turut menyediakan perkhidmatan blog sebagai ciri tambahan sahaja.

Sebaran[sunting | sunting sumber]

Sebelum perasmian Vox, versi beta perisian ini dinamakan sempena koresponden rancangan The Daily Show; sebaran 15 haribulan dinamakan Stewart, manakala sebaran bertarikh 14,13,12,11,10 dan 9 telah dinamakan sebagai Colbert, Corddry, Bee, Carell, Littleford dan Rocca, masing-masing.

Dalam sebaran bertarikh 10 November, Vox telah memperbaiki sedikit pepijat yang dilaporkan dalam servisnya. Sebaran itu juga memberi peluang kepada penguji Beta menggunapakai Vox. Satu tema khas iaitu banner telah direka khas pada profil pengguna yang menyertai Vox sebelum 26 Oktober 2006 sebagai penguji Beta, sebagai penghargaan.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Antara ciri-ciri Vox termasuk:
-Kemampuan memilih reka laman yang sudah sedia ada.
-Memuat naik video
-Mengawal rencana yang boleh dibaca oleh umum
-Kemudahan integrasi daripada laman servis yang lain seperti YouTube, Flickr, iStockPhoto dan Photobucket.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Vox -Laman rasmi Vox

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]