Wade-Giles

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wade-Giles, kadang-kala disingkatkan kepada Wade, merupakan penulisan rumi (notasi fonetik dan sistem transliterasi) untuk bahasa Cina berasaskan bahasa Mandarin. Ia dimajukan dari sistem yang dihasilkan oleh Thomas Wade pada pertengahan abad ke 19, dan mencapai bentuk kekal oleh kamus Herbert Giles bahasa Cina-bahasa Inggeris pada tahun 1912. Ia merupakan sistem transliterasi utama dalam dunia bahasa Inggeris pada sebahagian besar abad ke 20.