Kamus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Muka surat dalam sebuah kamus

Kamus (dari bahasa Arab: قاموس, qamus) ialah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata serta berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru. Selain menerangkan maksud kata, kamus juga mungkin mempunyai panduan sebutan, asal(etimologi) sesuatu perkataan dan juga contoh pengunaan bagi sesuatu berkataan. Bagi menguatkan pemahaman pelajar, kadang kala terdapat juga ilustrasi di dalam kamus.


Jenis-jenis kamus[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan penggunaan bahasa[sunting | sunting sumber]

Kamus boleh ditulis dalam satu atau lebih daripada satu bahasa. Dengan itu kamus boleh dibahagikan dengan beberapa jenis iaitu:

  • Kamus Ekabahasa
    Kamus ini hanya menggunakan satu bahasa.Kata-kata(entri) yang dijelaskan dan penjelasannya adalah terdiri daripada bahasa yang sama.Kamus ini mempunyai perbezaan yang jelas dengan kamus dwibahasa kerana penyusunan dibuat berasaskan pembuktian data korpus. Ini bermaksud takrifan makna ke atas kata-kata adalah berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat yang mengandungi kata-kata berkenaan.Contoh bagi kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan.
  • Kamus Dwibahasa
    Kamus ini menggunakan dua bahasa, yakni kata masukan daripada bahasa yang dikamuskan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa yang lain. Contohnya: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu;Melayu-Inggeris)
  • Kamus Aneka Bahasa
    Kamus ini sekurang-kurangnya menggunakan tiga bahasa atau lebih.Misalnya, Kata Bahasa Melayu Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina secara serentak. Contoh bagi kamus aneka bahasa ialah Kamus Melayu-Cina-Inggeris Pelangi susunan Yuen Boon Chan pada tahun 2004.

Berdasarkan saiz[sunting | sunting sumber]

Kamus Dewan

Kamus boleh muncul dalam pelbagai saiz. Ini adalah kerana kamus diterbitkan dengan tujuan memenuhi keperluan gologan tertnetu. Contohnya, golongan pelajar sekolah memerlukan kamus bersaiz kecil untuk memudahkan mereka mambawa kamus ke sekolah. Secara umumnya kamus boleh dibahagi kepada 3 jenis saiz:

  • Kamus Mini
    Pada zaman sekarang sebenarnya susah untuk menjumpai kamus ini.Ia juga dikenali sebagai kamus saku kerana ia sekecil-kecil dapat simpan dalam saku. Tebalnya kurang daripada 2 cm.
  • Kamus Kecil
    Kamus bersaiz kecil yang biasa dijumpai. Ia merupakan kamus yang mudah dibawa.Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu;Melayu-Inggeris)
  • Kamus Besar
    Kamus ini memuatkan segala leksikal yang terdapat dalam satu bahsa. Setiap perkataannya dijelaskan maksud secara lengkap.Biasanya saiznya adalah besar dan tidak sesuai untuk dibawa ke sana sini. Contohnya Kamus Dewan.

Kamus istimewa[sunting | sunting sumber]

Kamus istimewa merujuk kepada kamus yang mempunyai fungsi yang khusus. Contohnya:

  • Kamus istilah
    Entri dalam kamus ini adalah terdiri daripada istilah khusus bagi bidang tertentu. Fungsinya adalah untuk kegunaan ilmiah. Contohnya ialah Kamus Istilah Fiqh
  • Kamus Etimologi
    Kamus yang menerangkan asal usul sesuatu perkataan dan maksud asalnya.
  • Kamus tesaurus (perkataan seerti)
    Kamus yang menerangkan maksud sesuatu perkataan dengan memberikan kata-kata seerti sahaja. Kamus ini adalah untuk membantu para penulis bagi mempelbagaikan penggunaan diksi. Contohnya, Kamus Seerti Bahasa Melayu PTS
  • Kamus peribahasa/simpulan bahasa
    Kamus yang menerangkan maksud sesuatu peribahasa/simpulan bahasa. Selain daripada digunakan sebagai rujukan, kamus ini juga sesuai untuk dibaca dengan tujuan keseronokan.
  • Kamus Kata Nama Khas
    Kamus yang hanya menyimpan kata nama khas seperti nama tempat, nama tokoh, dan juga nama bagi institusi. Tujuannya adalah untuk menyediakan rujukan bagi nama-nama ini.
  • Kamus Terjemahan
    Kamus yang menyedia kata seerti bahasa asing untuk satu bahasa sasaran. Kegunaannya adalah untuk membantu para penterjemah.

Cara untuk menyusun kamus[sunting | sunting sumber]

Penyusunan kamus merupakan satu kerja yang berat. Biasanya ia dilakukan secara berpasukan. Secara umumnya penyusunan kamus akan melalui prosedur seperti di bawah.

  1. Perancangan
  2. Pembinaan Data Korpus
  3. Pengisihan dan Pengabjadan Data
  4. Pengolahan Data
  5. Pemerian Makna

Perancangan[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat ini, penyusun kamus harus menentukan pekara seperti di bawah:

  • Tujuan Penyusunan Kamus
  • Pendekatan Kerja

Selepas itu, penyusun kamus akan mula mengumpul bahan-bahan yang diperlukan seperti pasukan penyusunnya, modal, komputer dan peralatan yang lain.

Pembinaan data korpus[sunting | sunting sumber]

Hanya kata-kata yang pernah digunakan oleh masyarakat akan dimasukkan ke dalam kamus. Maka dengan itu, pasukan penyusun kamus akan membaca sejumlah karya untuk mendapatkan kata-kata kutipan yang akan dimasukkan ke dalam kamus nanti. Kata-kata ini akan dirakamkan ke dalam kad, satu kata satu kad, dan kad-kad ini disusun mengikut urutan abjad. Semua kata-kata yang pernah muncul dan terbaca dalam akan dirakam. Perkejaan ini merupakan pekerjaan yang berat, tetapi pada zaman sekarang ia banyak di bantu oleh komputer.

Pengisihan dan pengabjadan data[sunting | sunting sumber]

Prosedur ini merupakan satu kemestian. Setiap kata yang telah dirakam akan disusun menurut abjad. Sekiranya tidak, maka data-data adalah sesuatu yang tidak berguna kerana untuk mencari sesuatu perkataan dalam keadaan ini adalah tidak mungkin. Secara manual, kerja ini boleh dilakukan dengan merakamkan kata-kata kutipan di dalam kad, satu kata satu kad, supaya kata-kata ini boleh dialih dan disusun dalam urutan. Selepas itu kad-kad ini akan disimpan dalam katalog.

Pengolahan data[sunting | sunting sumber]

Setelah kata-kata sudah dikumpul dan siap diabjadkan, maka data ini harus dianalisis. Pada peringkat ini penyusun kamus akan mengklasifikasikan kata-kata ini kepada:

  • Kata-kata yang lewah
  • Kata-kata baru
  • Kata-kata neologisme(Kata-kata baru yang jarang diguna)
  • Kata-kata yang mengalami perubahan makna

Selepas itu, penyusun kamus akan membuangkan kata-kata yang lewah, mendokumentasikan kata-kata neologisme, dan seterusnya mengambil kata-kata baru dan kata-kata yang mengalami perubahan makna ke peringkat "pemerian makna"

Pemberian makna[sunting | sunting sumber]

Pemberian makna bermaksud menjelaskan makna sesuatu perkataan. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan ilmu semantik dan pragmatik. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti kamus yang sedia ada, daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu perkataan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tradisi perkamusan merupakan satu tradisi yang lama dalam sejarah umat manusia. Usaha menyusun kamus seawal-awal boleh dikesan pada abab ke-7 SM di Mesopotamia. Pada abad ke-2M, kamus yang lengkap sudahpun diterbitkan oleh manusia. Contohnya, di Negara China pada zaman Dinasti Han, telah muncul sebuah kamus besar yang berjudul 说文解字(Perbincangan Kata-kata). Kamus ini merupakan sebuah kamus yang lengkap dan masih berfungsi sehingga hari ini. Huraian mengenai sejarah perkamusan bahasa Melayu adalah seperti di bawah:

Petikan

Peringkat awal (1403-1800)[sunting | sunting sumber]

Tradisi Perkamusan Melayu boleh dikesan seawal-awal pada zaman Kesultanan Melaka. Kamus Melayu yang terawal merupakan sebuah kamus yang berupa daftar kata Melayu-Tionghua. Secara umumnya, perkamusan Melayu pada peringkat ini mempunyai ciri-ciri seperti dibawah:

  • Penyusun yang terdiri daripada orang bukan Melayu.
  • Kamus yang dihasilkan berupa Daftar Kata dan Dwibahasa.
  • Disiplin Leksikrografi yang longgar.

Keadaan ini berlaku kerana orang bukan Melayu didesak oleh keperluan komunikasi dengan orang tempatan dalam perdagangan. Maka dengan itu orang bukan Melayu telah mengusahakan "Kamus Melayu-Asing" bagi memenuhi keperluan diri mereka. Selain daripada keperluan perdangangan, penyusunan kamus ini juga didorong oleh pendakwahan agama Kristian. Contoh-contoh kamus(daftar kata) yang dapat dikesan pada zaman ini adalah seperti di bawah:

  • Spraeck ende woordboek, Inde Malaeysche ende Madagaskarsche Talen met vele Arabishe ende Turesche woorden(Kamus Melayu-Madagascar; Arab-Turki) susunan Frederick de Houtman tahun 1603.
  • Ductch Malay-Malay Dictionary susunan Peter Floris tahun 1604.
  • ''Vocabularium ofte woortboeknaer order vanden Alphapet in`t Duystsch-Maleysch ende Maleysche Duytsch(Buku Perbendaharaan Kata-kata Melayu-Belanda dan Belanda-Melayu) susunan Caspar Wilt ens dan Sebastianus Danckaerts tahun 1623. Kamus Melayu – Itali oleh Antonio Pigafetta pada suku pertama abad ke-16. [1]

Selain contoh-contoh di atas, terdapat banyak lagi Kamus dwibahasa yang dihasilkan pada zaman itu.

Peringkat perkembangan (1800-1950)[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat ini terdapat banyak kemajuan dalam perkamusan Melayu. Ini adalah disebabkan oleh munculnya beberapa penyusun Kamus yang bersungguh-sungguh dan profesional sama ada daripada golongan Inggeris dan juga tempatan. Tokoh-tokoh perkamusan pada zaman ini adalah seperti dibawah:

  • Kamus Melayu – Inggeris oleh Thomas Bowry pada awal abad ke-18
  • Masrden
    Pertama kali menggunakan kaedah sainstifik untuk menyusun kamus. Hasilnya ialah A Dictionary of Malay Langguge pada tahun 1812
  • R.J. Wilkinson (1901, 1908, 1932) [2]
  • W.G. Shellabear (1902, 1916)
  • R.O Winstedt
    Seorang sarjana Inggeris yang produktif yang telah menyusun banyak kamus. (1913)
  • Muhammad Idris Abdul Raof Al-Marbawi
    Seorang penyusun kamus yang menyusun Kamus Idris al-Marbawi: Arab-Melayu pada tahun 1931. Kamus ini telah berjaya memenuhi keperluan Masyarakat Melayu dalam bidang agama. Ia telah mendapat sambutan yang hangat dan telah diulang cetak sebanyak 24 kali.

Peringkat kematangan (1950~)[sunting | sunting sumber]

Selepas tahun 1950, telah muncul beberapa kamus besar dan juga institusi-institusi formal yang berusaha menyusun kamus seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Pusat Bahasa Indonesia. Era ini ditandai dengan kemunculun Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J.S Poerwadaminta pada tahun 1951 yang telah menyimpan 20 ribu entri. Selain itu, terdapat juga beberap Kamus Besar muncul pada zaman yang sama. Perkamusan pada peringkat ini telah diterap dengan tujuan yang baru iaitu pembentukan kamus normatif yang menengahkan penggunaan bahasa yang "betul".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ibrahim bin Ahmad. 2002. Perkamusan Melayu:Suatu Pengenalan. Kuala Lumupur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Bibliotheca marsdeniana philologica et orientalis: A catalogue of books and ... By William Marsden, King's College (University of London). Library
  2. Hasil digital Wilkinson, R. J. (Richard James), 1867-1941. A Malay-English dictionary [electronic resource. by R. J. Wilkinson.]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]