Wali mujbir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wali mujbir ialah wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin gadis itu terlebih dahulu.

Menurut Mazhab Syafii, wali mujbir itu terdiri daripada bapa kandung, datuk sebelah bapa dan seterusnya sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan berkahwin.

Hadis:

“Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan perawan atau dara dikahwinkan oleh bapanya”. (Riwayat Darul-Qutni)

Bagaimanapun, Syeikh Abdul Kadir bin Muhammad Al-Makkawi dalam bukunya Mohamed Law Of Inheritance, Marriage And Right Of Women menyatakan beberapa syarat:[1]

  1. Janganlah hendaknya terdapat antara anak dara itu dengan bapanya atau datuknya itu apa-apa sifat permusuhan yang nyata dan tidak pula terlindung daripada pengetahuan orang-orang di tempat anak dara itu berada.
  2. Si suami itu hendaklah sama tarafnya (sekufu) dengan anak dara itu.
  3. Si suami itu hendaklah mampu membayar mas kahwin.
  4. Janganlah hendaknya terdapat sifat permusuhan baik di luar mahupun di dalam antara anak dara itu dengan si suami.
  5. Bapa atau datuk itu tidak boleh mengahwinkan anak daranya dengan mas kahwin yang terkurang menurut nilai mata wang negara itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ghafani Awang Teh. Bidang Kuasa Wali Dalam Pernikahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia