Warren Buffett

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Warren Buffett
Kelahiran
(1930-08-30) 30 Ogos 1930 (umur 93)
Omaha, Nebraska
WarganegaraAmerika Syarikat
PendidikanUniversity of Pennsylvania
University of Nebraska–Lincoln (BS)
Columbia University (MS)
PekerjaanPengerusi & CEO, Berkshire Hathaway
Nilai bersih US$104.4 bilion (Ogos 2021)[1]
PasanganSusan Buffett (1952–2004) (kematian),
Astrid Menks (2006–)[2]
Anak-anakSusie Buffett,
Howard Graham Buffett,
Peter Buffett
Laman web rasmiwww.berkshirehathaway.com

Warren Edward Buffett (lahir 30 Ogos 1930 di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat) ialah seorang pelabur, ahli perniagaan dan dermawan berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan salah seorang pelabur paling berjaya di dunia serta pemegang saham terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway.[3] Beliau dinamakan orang terkaya di dunia oleh majalah Forbes pada separuh pertama tahun 2008, iaitu nilai bersihnya kira-kira $62.0 bilion[4], tetapi menjunam ke $37 bilion pada awal tahun 2009, sekaligus jatuh satu anak tangga ke #2 dalam senarai Forbes Billionaire List, iaitu $9 bilion di belakang Bill Gates. Dengan diberi gelaran "Dewata Omaha" (Oracle of Omaha)[5] atau "Pendeta Omaha" (Sage of Omaha),[6]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Buffett terkenal kerana berpegang teguh pada falsafah pelaburan nilai dan sikap berjimat cermat walaupun kaya-raya.[7] Gaji tahunannya pada tahun 2006 berjumlah kira-kira $100,000, iaitu agak sedikit berbanding gaji eksekutif kanan di syarikat-syarikat yang sebesar syarikat beliau.[8]

Ketika Buffett membelanjakan $9.7 juta[9] dana Berkshire untuk membeli pesawat persendirian pada tahun 1989, beliau memberikan nama julukan "The Indefensible" kerana sebelum ini beliau pernah membidas tindakan CEO lain melakukan pembelian sedemikian.[10] Beliau mendiami rumah yang sama di kawasan perumahan pusat Dundee di bandar Omaha yang dibelinya pada tahun 1958 pada harga $31,500, yang kini bernilai kira-kira $700,000.[11] Buffett juga merupakan seorang dermawan yang disegani.

Pada tahun 2007, nama beliau dimasukkan dalam senarai 100 Tokoh Paling Berpengaruh di Dunia oleh majalah TIME.[12] Beliau juga merupakan ahli lembaga amanah di Kolej Grinnell.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bloomberg Billionaires Index: Warren Buffett". Bloomberg. Dicapai pada August 26, 2021.
  2. ^ "How Does Warren Buffett Get Married? Frugally, It Turns Out". New York Times. 2006-09-01. Dicapai pada 2008-05-20.
  3. ^ "The Greatest Investors: Warren Buffett". Investopedia.com. Dicapai pada 2009-03-06.
  4. ^ "#1 Warren Buffett". Forbes.com. 2008-02-11. Dicapai pada 2009-02-23.
  5. ^ Markels, Alex (2007-07-29). "How to Make Money the Buffett Way". U.S. News & World Report.
  6. ^ Sullivan, Aline (1997-12-20). "Buffett, the Sage of Omaha, Makes Value Strategy Seem Simple: Secrets of a High Plains Investor". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-30. Dicapai pada 2009-03-13.
  7. ^ Gogoi, Pallavi (2007-05-08). "What Warren Buffett might buy". MSNBC. Dicapai pada 2007-05-09.
  8. ^ Smith, Rich (2005-06-29). "Stupid CEO Tricks". Motley Fool. Dicapai pada 2008-05-20.
  9. ^ Canzano, John (2007-06-22). "CWS". Omaha.com. Dicapai pada 2009-02-23.
  10. ^ "Chairman's Letter 1989". Berkshire Hathaway. Dicapai pada 2008-05-20.
  11. ^ "Warren Buffett". Forbes. Dicapai pada 2008-05-20.
  12. ^ Jramer, James J. "Warren Buffett". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai pada 2008-05-20.
  13. ^ "Warren E. Buffett 1968; Life Trustee 1987". Grinnell College. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-29. Dicapai pada 2008-05-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]