Wattpad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wattpad
JenisSwasta
Ibu pejabatToronto, Kanada
Kawasan yang dipasarkanSeluruh dunia
PengasasAllen Lau
Ivan Yuen
PemilikWP Technology, Inc.[1]
Pekerja96
Laman webwattpad.com
Kedudukan Alexa 641 (January 2017)[2]
Status terkiniAktif

Wattpad merupakan komuniti bercerita dalam talian di mana pengguna boleh menghantar tulisan seperti artikel, cerita, fiksyen, dan sajak, sama ada melalui laman web atau aplikasi mudah alih. Ia boleh dihantar oleh sesiapa sahaja dan memberi peluang yang setara untuk menulis karya popular. Pengguna juga boleh memberi komen dan menyukai cerita yang dibaca, serta menyertai kumpulan yang berkaitan dengan laman web ini. Separuh daripada pengguna Wattpad adalah dari Amerika Syarikat; manakala sebahagian lagi dari UK, Kanada, Filipina, Australia, Rusia, Libya, Jamaica, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia, India dan lain-lain. [3]

Wattpad ditubuhkan pada tahun 2006 hasil kolaborasi antara Allen Lau dan Ivan Yuen.[4]

Pada Februari 2007, Wattpad mengumumkan penambahan lebih 17,000 e-buku dari Projek Gutenberg untuk pengguna mereka.[5] Merujuk kepada kenyataan akhbar Wattpad pada Jun 2009, aplikasi mudah alih Wattpadd telah mencapai 5 juta kali muatturun. [6] Pada Mac 2009, versi iPhone dilancarkan dan diikuti pelancaran di BlackBerry App World pada April 2009, Google Android pada Jun 2009 dan Apple iPad pada April 2010. Pada Disember 2015, versi Windows Phone 8.1 dan Windows 10 Mobile pula dilancarkan. Kini, Wattpad telah mempunyai lebih dari 45 juta pengguna.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Home", Wattpad, dicapai pada 2013-11-26
  2. ^ "Wattpad.com Site lInfo". Alexa Internet. Dicapai pada 2017-01-30.
  3. ^ Bello, Grace (2012-12-21). "Wattpad Revolutionizes Online Storytelling". Publishers Weekly.
  4. ^ "Wattpad: Building the world's biggest reader and writer community - The Literary Platform". The Literary Platform (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2016-11-02.
  5. ^ "Wattpad Gutenberg Press Release".
  6. ^ "Wattpad heralds 3.1m ebook downloads".