Wayland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wayland
Wayland Logo.svg
Wayland demo 2.png
Pertunjukan Wayland
Pengarang asal Kristian Høgsberg
Keluaran pertama 0.85 / 9 Februari 2012; 2 tahun yang lalu (2012-02-09)
Keluaran stabil 1.2.1 / 22 Ogos 2013; 10 bulan yang lalu (2013-08-22)[1]
Status pembangunan Aktif
Ditulis dalam C
Sistem pengendalian Linux
Jenis Pelayan paparan
Lesen MIT
Tapak web wayland.freedesktop.org

Wayland ialah protokol yang menentukan komunikasi antara pelayan paparan dan para pelanggannya.[2] Ia pada asalnya direka oleh Kristian Høgsberg sebagai pengganti X Window System. Berbeza dengan X Window System, Wayland menentukan bahawa kerja-kerja melukis sempadan (border) dan hiasan tetingkap dilakukan oleh pelanggannya dan dilukis terus ke penimbalnya yang terletak dalam ingatan grafik, menerusi penggunaan EGL dengan sedikit sambungan khusus Wayland ke EGL. Pengurus paparannya bertanggujawab keatas penggubahan, maka ia akan menyertakan sekali sejumlah besar kefungsian pengurus tetingkap perencaman masa kini. Ia akan merencam penimbal-penimbal untuk membentuk paparan atas skrin sesebuah tetingkap aplikasi. Protokol Wayland pada asasnya hanya berkenaan pengendalian input dan pengurusan penimbal. Pengendalian perkakasan input bergantung kepada evdev dalam Linux, dan komponen serupa dalam sistem pengedalian lain.

Pelaksanaan-pelaksanaan awalnya, terutamanya libwayland-server, libwayland-client, libwayland-EGL dan pelaksanaan rujukan Weston ditulis dalam C. Weston ditulis untuk inti Linux, dan sedang diusahakan untuk dilabuhkan di FreeBSD.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Wayland and Weston 1.2.1 releases are out". http://lists.freedesktop.org/archives/wayland-devel/2013-August/010698.html. Capaian 2013-08-23. 
  2. "Wayland". http://wayland.freedesktop.org. "Wayland is a protocol for a compositor to talk to its clients as well as a C library implementation of that protocol." 
  3. Larabel, Michael (16 February 2013). "Wayland Begins Porting Process To FreeBSD". Phoronix. http://www.phoronix.com/scan.php?page=news_item&px=MTMwMzE. Capaian 13 Januari 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]