Isaac Asimov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Isaac Asimov
Satu gambar Asimov diambil oleh Jay Kay Klein
Info kelahiran 2 Januari, 1921
Petrovichi, SFSR Rusia
Kematian 6 April, 1992
New York, New York, Amerika Syarikat
Nama pena Paul French, George E. Dale
Pekerjaan Novelis, pengarang cerita pendek, ahli esei, sejarawan, biochemis, penulis buku teks, humoris
Genre Fiksyen sains (SF keras), popular science, fiksyen misteri, esei, criticisme kesusasteraan
Pergerakan sastera Zaman Keemasan Fiksyen Sains



Tandatangan

Dr. Isaac Asimov (k.k. 2 Januari 19206 April 1992), asalnya Исаак Озимов tetapi kini ditranskripsikan ke dalam Rusia sebagai Айзек Азимов), ialah seorang penulis dan profesor Amerika Syarikat yang berasal dari Rusia. Beliau adalah penulis yang amat prolifik dan amat berjaya, dan paling dikenali kerana karya-karya fiksyen sains dan buku-buku sains popularnya.

Asimov menulis atau mengedit melebihi lima ratus buah buku serta lebih kurang sembilan ribu pucuk surat dan poskad, dan telah menulis karya-karya dalam setiap kategori Sistem Perpuluhan Dewey yang utama kecuali falsafah. [1] Beliau dianggap secara meluas sebagai pakar dalam genre fiksyen sains dan, bersama-sama dengan Robert A. Heinlein dan Arthur C. Clarke, telah dianggap sebagai salah satu daripada penulis fiksyen sains "Tiga Yang Besar" semasa hidupnya. [2] Karya Asimov yang termasyhur ialah Siri Asas; karya utamanya yang lain ialah siri Empayar Galaksi dan siri Robot yang kedua-duanya, beliau kemudian mengaitkan kepada alam semesta fiksyen yang sama dengan Siri Asas. Beliau menulis banyak cerpen, antaranya "Waktu Senja" ("Nightfall") yang telah dipilih oleh Penulis-penulis Fikysen Sains Amerika sebagai karya yang terbaik dalam genrenya sehingga tahun 1964. Asimov juga menulis karya-karya misteri dan khayalan, serta amat banyak buku bukan fiksyen. Beliau juga menulis siri Lucky Starr yang terdiri daripada novel-novel kanak-kanak melalui nama pena Paul French.

Kebanyakan buku sains popular Asimov menerangkan konsep-konsep sains melalui cara sejarah, dan kembali sejauh yang mungkin ke masa ketika sains tersebut berada dalam peringkat yang paling mudah. Beliau sering memberi maklumat kerakyatan, tarikh lahir, dan tarikh kematian untuk ahli-ahli sains yang disebutnya, serta etimologi dan panduan sebutan bagi istilah-istilah teknikal. Contoh-contoh ini termasuk Panduan Sains, set tiga jilid untuk Memahami Fizik, serta Kronologi Sains dan Penemuan Asimov.

Asimov ialah ahli lama dan Naib Presiden Mensa Antarabangsa, walaupun dengan keberatan, dan memerihalkan ahli-ahli pertubuhan itu sebagai "suka berdebat secara intelektual". Beliau lebih gembira menjadi Presiden Persatuan Penyokong Humanisme Amerika.

Asteroid 5020 Asimov, majalah Fiksyen Sains Asimov, dan dua Anugerah Isaac Asimov yang berbeza telah dinamai sempena namanya sebagai penghormatan kepadanya.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Soalan Lazim Asimov: Tahukan anda bahawa Asimov ialah satu-satunya penulis yang pernah menerbitkan buku-buku dalam kesemua sepuluh kategori Sistem Perpuluhan Dewey?
  2. Freedman, Carl. Critical Theory and Science Fiction. Percetakan Universiti Wesleyan. Mac 2000. m.s. 71

Media bercetak[sunting | sunting sumber]

In Joy Still Felt (1980, ISBN 0-380-53025-2).
I. Asimov: A Memoir (1994). ISBN 0-385-41701-2 (hc), ISBN 0-553-56997-X (pb).
Yours, Isaac Asimov (1996), disunting oleh Stanley Asimov. ISBN 0-385-47624-8.
It's Been a Good Life (2002), disunting oleh Janet Asimov. ISBN 1-57392-968-9.
  • Goldman, Stephen H., "Isaac Asimov", dalam Dictionary of Literary Biography, Jilid 8, edisi Cowart dan Wymer, (Penyelidikan Gale, 1981), m.s. 15-29.
  • Gunn, James. "On Variations on a Robot", IASFM, Julai 1980, m.s. 56-81. Dicetak kembali dalam buku 1982.
Isaac Asimov: The Foundations of Science Fiction (1982). ISBN 0-19-503060-5.
The Science of Science-Fiction Writing (2000). ISBN 1-57886-011-3.

Dalam talian[sunting | sunting sumber]

Pautan-pautan yang berikut telah ditentusahkan akhir sekali pada 4 Februari 2006.

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Media bercetak[sunting | sunting sumber]

Dalam talian[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Pautan-pautan yang berikut telah ditentusahkan akhir sekali pada 15 Mac 2006.



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.