Wikipedia:Ahli Wikipedia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Statistik Wikipedia

Ahli Wikipedia, orang yang menulis dan menyunting rencana untuk Wikipedia. Sesetengah orang mungkin mengatakan bahawa Wikipedist merupakan nama yang lebih sesuai, sama seperti seorang ensiklopedist iaitu penyumbang daripada sesuatu ensiklopedia. Kemudiannya, istilah Ahli Wikipedia digunakan yang lebih bersesuaian dengan peranan sebagai ahli kepada suatu kumpulan atau komuniti. Jadi, ahli Wikipedia merupakan orang-orang yang membentuk Komuniti Wikipedia.

Jumlah ahli Wikipedia di Wikipedia bahasa Melayu kini telah mencapai 136,371 - jumlah pengguna berdaftar, di samping jumlah penyumbang yang tidak berdaftar yang agak banyak. Informasi statistik yang lebih mendalam tentang Wikipedia dapat dilihat pada Wikipedia:Statistik.

Kepelbagaian ahli Wikipedia tidak memungkinkan untuk menyatakan kepastian mengenai ahli Wikipedia secara am. Profil tentang para ahli Wikipedia boleh didapati pada laman pengguna masing-masing. Walau bagaimanapun, pengguna tidak diharuskan untuk menulis dan memaparkan profil mereka pada laman tersebut.

Ada segelintir pihak yang mungkin beranggapan bahawa para ahli Wikipedia dilihat seperti koloni tentera dunia tanpa dipimpin oleh seorang ketua. Oleh itu, pengguna berhak menentukan peranan yang ingin mereka lakukan di Wikipedia. Terdapat ahli Wikipedia yang gemar memberikan ucapan selamat datang kepada pengguna baru di samping segelintir yang memberikan penghargaan kepada mereka yang layak. Ada yang memuat naik fail-fail, ada yang menulis tentang sejarah, ada yang menyemak tatabahasa, dan ada juga yang berusaha memerangi vandalisme. Jadi, terdapat banyak yang mengambil peranan bagi mengerjakannya sekaligus. Walau apapun peranan yang Anda pilih, setiap ahli Wikipedia amat menghargainya.

Kotak pengguna[sunting | sunting sumber]

Trend antara para ahli Wikipedia adalah membuat dan meletakkan kotak pengguna pada laman pengguna masing-masing. Kotak pengguna adalah templat perseorangan kecil yang menggambarkan sifat dan minat seseorang pengguna.

Ahli Wikipedia menggunakan kotak-kotak pengguna kecil tersebut dengan alasan-alasan tertentu. Ada yang menggunakannya untuk memaparkannya kepada orang lain yang memiliki tujuan dan/atau minat yang sama; ada yang menggunakannya disebabkan statistik, dan segelintir lagi menggunakannya bagi menghilangkan kebosanan.

Terdapat segelintir pengguna yang membuat laman penggunanya sendiri yang hanya mengandungi kotak pengguna, dan tidak pernah kembali; sedangkan selainnya tampil menyumbang dengan sumbangan yang baik dan membantu dalam membangunkan ensiklopedia bebas ini. Kotak pengguna sudah terbukti merupakan sesuatu konsep yang menyenangkan yang menyediakan banyak pilihan dan menjadi sebuah cara yang efektif untuk mengumpulkan para ahli Wikipedia.

Senarai pengguna[sunting | sunting sumber]

Wikipedia bahasa Melayu mempunyai senarai yang mengandungi nama-nama pengguna Wikipedia mengikut minat, lokasi, dan hari ulang tahun masing-masing. Pendaftaran pengguna ini telah dibuat atas usaha penyelia dan beberapa pengguna lain. Sesiapa ahli Wikipedia jika mahu, dapat menambahkan nama masing-masing ke senarai yang berkenaan tanpa sebarang paksaan. Letakkan nama Anda di setiap senarai yang bersesuaian mengikut abjad yang tersedia.

Senarai pengkategorian (pengelompokan) bagi ahli Wikipedia:

Semua senarai pengkategorian di atas bersifat sukarela. Selamat menyumbang!

Lihat juga[sunting | sunting sumber]