Wikipedia:Polisi perlindungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penyelia mempunyai keupayaan untuk "melindungi" laman sehinggakan ia tidak dapat disunting kecuali oleh penyelia lain (perlindungan penuh). Penyelia juga dapat melindungi laman daripada dipindahkan sahaja. Selain itu, sesuatu laman juga dapat dilindungi dari suntingan pengguna tidak berdaftar atau pengguna baru (perlindungan separa).

Keupayaan ini hanya boleh digunakan dalam keadaan tertentu sahaja kerana halaman dilindungi dianggap memudaratkan.

Penyelia tidak boleh melindungi laman yang disuntingnya secara aktif, melainkan ada kes laku musnah (vandalisme).

Jika laman itu dilindungi kerana perang sunting, versi yang dilindungi adalah versi terkini, bukan versi lampau. Kemudian, cubalah menyelesaikan masalah tersebut di laman perbincangannya.

Jika sesuatu laman yang dilindungi dipindahkan, rencana baru akan turut dilindungi, tetapi alihan di laman asal tidak dilindungi secara automatik.

Kegunaan

Perlindungan penuh dan separa boleh digunakan untuk:

  • Melindungi Laman Utama dan logo Wikipedia daripada laku musnah.
  • Memastikan keutuhan laman hak cipta dan lesen (tujuan perundangan).
  • Memastikan keutuhan kenyataan media lampau.
  • Melindungi sesetengah laman "pentadbiran sistem", termasuklah templat.
  • Melindungi teks yang selalu digunakan di ruangnama MediaWiki.
  • Melindungi laman pengguna atau perbualan yang dilaku musnah berulang kali.

Perlindungan sementara juga boleh dilakukan untuk:

  • Memaksa tempoh "menyejukkan hati" untuk memberhentikan perang sunting, jika diminta.
  • Melindungi laman atau gambar yang telah dilaku musnah berulang kali.
  • Mengelakkan suntingan ketika menyiasat kemungkinan terdapat pepijat pada perisian MediaWiki.

Perlindungan sesuatu laman pada mana-mana versi bukan bermaksud versi itu dipersetujui oleh penyelia tersebut, jadi janganlah membuat permintaan untuk menukar versi rencana yang dilindungi.

Laman perbualan rencana dan laman perbincangan pengguna biasanya tidak akan dilindungi.

Nota penting: Jika sesuatu laman menjadi popular, sama ada kerana ia dipautkan dari Laman Utama atau laman web lain, ia mungkin akan menjadi sasaran laku musnah. Dalam kes ini, laman tersebut tidak sesuai dilindungi, sebaliknya, buangkanlah laku musnah tersebut sendiri.

Cara

  1. Jangan sunting atau kembalikan laman yang dilindungi sementara, kecuali untuk menambahkan templat yang sesuai.
  2. Jangan lindungi laman yang anda turut terlibat dalam perselisihan faham mengenainya.
  3. Tambahkan templat {{Dilindungi}} di bahagian atas rencana yang anda lindungi sementara dan nyatakan sebabnya dalam ringkasan suntingan. Sebagai pilihan, templat tersebut boleh diletakkan di laman perbualan.
  4. Senaraikan laman yang anda lindungi di Wikipedia:Laman dilindungi.
  5. Jika anda menyahlindungi sesuatu laman, buangkan juga templat dan nyatakan sebabnya dalam ringkasan suntingan.

Penyelia tidak boleh melindungi laman yang mereka terlibat. Terlibat di sini bermaksud menyunting isi (membuang laku musnah tidak dikira) atau memberikan pendapat di laman perbualan. Kuasa penyelia bukan hak istimewa penyunting — penyelia bertanggungjawab melaksanakan kemahuan dan persetujuan para penyunting. Jika anda merupakan seorang penyelia dan anda mahu sesuatu laman yang anda terlibat dilindungi, mintalah penyelia lain melindunginya. Ini lebih beretika dan mengelakkan anda dituduh menyalahgunakan kuasa.

Selain itu, penyelia tidak boleh memilih versi untuk dilindungi. Lindungi versi terkini, melainkan versi tersebut ada laku musnah yang jelas.

Umumnya, perlindungan tidak patut dibiarkan terlalu lama, dan laman perbincangan haruslah tidak dilindungi.

Menyunting laman dilindungi

Penyelia haruslah berhati-hati dalam menyunting laman yang dilindungi, dan mengikut panduan yang diberikan. Dalam semua kes, sebabnya mestilah dinyatakan di laman perbincangan.

Suntingan-suntingan di bawah dibolehkan:

Disebabkan kesannya meluas dan boleh menjejaskan semua orang, ruang nama MediaWiki dilindungi dan penyelia yang tidak memahami penggunaannya dinasihatkan tidak menyentuhnya.

Melindungi dari dialih

Laman juga boleh dilindungi dari dialih sahaja. Contohnya ialah apabila berlaku:

  • laku musnah pengalihan laman
  • kontroversi penamaan rencana, bila diminta.

Laman perbualan pengguna yang disekat

Pengguna yang disekat dari menyunting masih boleh menyunting laman perbualannya sendiri. Jika dia masih menimbulkan masalah seperti serangan peribadi, maka laman perbualannya boleh dilindungi.

Lindung dan nyahlindung

Jika anda melindungi sesuatu laman, ataupun menjumpainya, silalah senaraikannya di Wikipedia:Laman dilindungi. Nyatakan juga secara ringkas mengapa anda melindungi laman tersebut.

Mana-mana penyelia boleh menyahlindungi mana-mana laman selepas beberapa lama, terutamanya jika laman perbincangan tersebut juga telah "senyap". Jika anda ingin menyahlindungi laman yang baru dilindungi, bincanglah dahulu dengan penyelia yang melindungi laman tersebut.

Lihat juga