Wikipedia:Permohonan memadam laman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laman ini memuatkan senarai perbincangan mengenai permohonan penghapusan rencana. Bagi melihat senarai laman yang diusulkan untuk dihapuskan sila ke; KAT:PDM.

Isi kandungan

[sunting] Prosedur

  • Letakkan tag {{Hapus}}, {{Padam}}, atau {{Delete}} pada rencana yang dipohon untuk dipadamkan terlebih dahulu. Letakkan salah satu dari tag-tag tersebut dibahagian paling atas dari keseluruhan teks-teks dalam rencana.
  • Cipta satu laman khas mengenai permohonan itu. Sebagai contoh; Wikipedia:Permohonan memadam laman/tajuk rencana yang dipohon. Ini untuk membolehkan pengguna lain memberikan pendapat ke atas permohonan itu.

Penting: Hanya Penyelia Wikipedia yang sah SAHAJA yang dibenarkan untuk menggugurkan templat/tag hapus yang diletakkan disesuatu laman, sekiranya penyelia tersebut mendapati bahawa laman tersebut sesuai untuk dikekalkan dan dibebaskan kan dari dicalonkan untuk dihapuskan.

Walaubagaimanapun, penyelia harus mempertimbangkan terlebih dahulu tentang perkara-perkara yang menyebabkan templat/tag hapus itu diletakkan oleh sesuatu pihak, yang merasakan sesuatu rencana itu harus dicalonkan untuk dihapuskan. Sekiranya tiada sebarang maklum balas dikemukakan oleh mana-mana pihak berkenaan perletakkan templat/tag hapus disesuatu laman yang dicalonkan untuk dihapuskan dalam tempoh 7 hari dari tarikh usul dikeluarkan, maka Penyelia Wikipedia boleh bertindak terus menghapuskan laman tersebut sekiranya ia mendapati laman tersebut sesuai untuk dihapuskan. Wikipedia:Menghapuskan laman mesti dijadikan sandaran dalam sebarang tindakan berkaitan.

Sekiranya terdapat maklumbalas terhadap usul/cadangan penghapusan laman yang dicalonkan perkara-perkara yang diperbicangkan dan pengundian perlu dijadikan keutamaan. Rujukilah dasar rasmi Wikipedia:Menghapuskan laman sebagai pedoman.

[sunting] Istilah asas bagi syor memadamkan sesuatu rencana

Pada kebiasaan, terdapat beberapa istilah yang diguna pakai oleh Wikipedist untuk memulakan langkah-langkah pemadaman rencana, istilah-istilah ringkas yang diguna pakai bertujuan untuk menerangkan secara kasar mengapa sesuatu rencana itu disyorkan untuk dipadam selain itu ia bagi memastikan para pencipta rencana baru dapat lebih peka terhadap bentuk rencana bagaimana yang akan dihapuskan didalam Wikipedia.

Istilah-istilah kecil ini akan diletakkan dalam tag namun ia dipisahkan dengan simbol "|". Sebagai contoh:{{Hapus|Vandalisme}}. Hasilnya, skrin akan memaparkan kotak tag seperti ini:

Contoh istilah umum yang digunapakai dan ertinya:

  • Vandalisme: Istilah ini diletakkan dalam tag untuk menggambarkan rencana itu bukannya rencana tetapi pernyataan yang berunsur fitnah, laku musnah, kekarutan, tidak ilmiah, istilah mini, pernyataan peribadi, keluhan hati dan perasaan, istilah ganas, kejam, kesat, seram, seks atau lain-lain penyataan yang boleh dianggap cemar atau vandal.
  • Kurang/Tak Ensiklopedik: Istilah yang diletakkan dalam tag bagi menggambarkan rencana itu terlalu ringkas atau ringkas atau hampir ringkas serta tidak ensiklopedik, hampir tak ensiklopedik atau langsung tidak ensiklopedik walaupun panjang akan penyataan atau rencananya. Istilah ini turut digunapakai bagi penghapusan jika rencana yang dicipta berbentuk cerita, kamus, kosa kata, berita atau apa-apa rencana yang bukan berusur ensiklopedia.
  • Berbahaya/Sangat antagonis: Istilah penghapusan yang digunakan dalam tag bagi menggambarkan rencana itu sangat berbahaya, antagonis, penyataan atau rencana yang boleh atau dikhuatiri mampu menyebabkan pergaduhan besar, peperangan, keruntuhan sosio-ekonomi dan moral yang tidak dapat dikawal. Vandalisme tinggi, hal berkaitan keselamatan negara, rahsia keselamatan yang begitu sulit yang langsung tidak boleh didedahkan pada umum, jika atau cuba didedahkan di Wikipedia, para Wikipedist perlu memadamkan rencana tersebut mengikut lunas undang-undang antarabangsa berkaitan rencana/penyataan yang tidak boleh didedahkan tanpa permit sah.
  • Tiada makna/Sukar difaham: Merujuk kepada sesuatu rencana atau pernyataan tidak kira panjang atau pendek yang bersifat merapu atau sengaja diperbuat-buatkan atau penggunaan istilah bahasa yang begitu sukar difahami atau hampir tidak mampu difahami atau langsung tidak mampu difahami selain maknanya yang begitu teruk, tiada kepentingan sehinggakan pernyataan akan atau telah berubah menjadi tidak bermakna. Maka haruslah diletakkan istilah ini jika merasakan rencana atau pernyataan yang dimaksudkan adalah seperti diatas. Perlu diingatkan, jika sesebuah rencana itu hanya mengandungi satu bahagian atau perenggan yang tiada mempunyai makna atau sukar difahami maka hanya bahagian itu sahajalah perlu dibuang.

[sunting] Senarai permohonan memadam laman mengikut tarikh

[sunting] Sejarah permohonan memadam laman

Berikut adalah senarai laman-laman yang telah dimohon untuk dihapuskan menerusi kaedah undian umum, keputusan pemadaman atau dikekalkan ada ditayangkan pada kotak status. Sekiranya anda bercadang untuk memohon pihak kami menjalankan undian umum bagi sesuatu laman agar laman tersebut dihapuskan, silalah ke Wikipedia:Kedai kopi dan nyatakan hasrat anda disana atau hubungi kami.

[sunting] 21 Oktober 2008

Status

Yes check.svglaman dikekalkan. Tarikh ketetapan 6 November 2008

[sunting] 10 September 2008

Status

Yes check.svglaman dikekalkan. Tarikh ketetapan 8 Oktober 2008

[sunting] 7 September 2008

Status

Yes check.svglaman dikekalkan. Tarikh ketetapan 22 September 2008

[sunting] 29 Ogos 2008

Status

X mark.svglaman dihapuskan. Tarikh ketetapan 14 September 2008

[sunting] 9 Februari 2008

Status

Yes check.svglaman dikekalkan. Tarikh ketetapan 24 Februari 2008

[sunting] 7 Februari 2008

Status

X mark.svglaman dihapuskan. Tarikh ketetapan 24 Februari 2008

[sunting] Bantahan pemadaman laman

Jika anda mempunyai bantahan terhadap apa-apa laman yang telah diusulkan untuk dihapuskan oleh mana-mana pihak, sila kemukan dibawah. Bantahan mesti dimaklumkan dalam 7 hari dari tarikh usul dikeluarkan. Harap maklum.

Alatan peribadi

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain