Wikipedia:Dasar dan garis panduan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Laman ini merupakan dasar rasmi di Wikipedia Bahasa Melayu. Ramai penyunting telah menyetujui dasar ini dan ia dianggap sebagai piawai yang harus diikuti semua pengguna. Sebelum mengubah laman ini, pastikan sama ada orang lain berpendapat dengan cadangan anda. Sila gunakan laman perbincangan jika anda tidak pasti ataupun ingin mencadangkan perubahan pada laman ini. |
Wikipedia telah membangunkan set dasar dan garis panduan untuk mencapai matlamat penubuhan ensiklopedia bebas ini.
Dasar dan garis panduan menggamparkan kepiawaian yang dipersetujui oleh pihak komuniti. Dasar menekankan piawaian yang harus dituruti oleh semua penyunting, manakala garis panduan pula bersifat nasihat mengenai persekitaran Wikipedia.
Isi kandungan |
[sunting] Dasar
- Lihat juga: Wikipedia:Senarai dasar
| Polisi Wikipedia |
|---|
| Piawaian rencana |
| Pandangan berkecuali Pengesahan Tiada penyelidikan asli Biografi kehidupan individu |
| Bekerja dengan orang lain |
| Bertamadun Sepersetujuan Larangan serangan peribadi Penyelesaian pertikaian Tiada ancaman undang-undang |
| Prinsip-prinsip global |
| Apa yang bukan Wikipedia Polisi lanjutan |
Anda tidak perlu membaca semua polisi Wikipedia sebelum mula menyumbang! Bagaimanapun, polisi berikut adalah yang paling mustahak. Pengguna wikipedia sebaik-baiknya memahami polisi yang berikut demi perkembangan wikipedia yang lebih sihat.
- Jauhi berat sebelah. Rencana perlu ditulis dari sudut pandangan berkecuali, yang bererti rencana patut mewakili pandangan dari sudut berbeza secara adil dan bersimpati.
- Jangan melanggar hakcipta. Wikipedia merupakan ensiklopedia bebas dilesenkan di bawah syarat Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Menghantar kerja tanpa kebenaran pemegang hakcipta mengancam objektif kami untuk membina ensiklopedia bebas yang boleh disebarkan secara bebas, dan boleh mengakibatkan masalah undang-undang kepada projek. Lihat Hakcipta Wikipedia untuk maklumat lanjut.
- Wikipedia merupakan ensiklopedia. Tapak ini khusus untuk perkembangan ensiklopedia. Secara khusus, perbincangan di laman perbualan perlu kearah memperelok rencana. Lihat Wikipedia bukanlah.
- Hormati penyumbang lain. Penyumbang datang daripada pelbagai negara dan kebudayaan, dan mempunyai pandangan yang berbeza. Dengan menghormati mereka kita dapat bekerjasama dengan efektif dalam membina ensiklopedia. Untuk garis panduan, lihat etika Wikipedia.
- Ikuti kebiasaan. Dengan mengikuti kebiasaan kita dapat menghasilkan ensiklopedia yang konsisten dan mudah digunakan:
- Polisi menyunting (Bagaimana menyunting rencana)
- Kelaziman penamaan tajuk rencana (Bagaimana memberi tajuk rencana)
- Pengesahan (Bagaimana mengesahkan kandungan rencana)
- Nyahkekaburan (Bagaimana menyelesaikan masalah tajuk)
- Larangan penyelidikan asli (Jangan gunakan selidikan asli)
- Polisi penggunaan imej (Menangani pindah hantar)
- Polisi penghapusan (Bila dan bagaimana memadam)
- Polisi perlindungan (Bila dan kenapa melindungi sesuatu laman)
- Polisi sekatan (Bila dan mengapa menyekat pengguna)
- Polisi lanjutan (Bila polisi atau garis panduan tempatan tidak wujud, maka polisi dan garis panduan Wikipedia Inggeris, tertakluk kepada beberapa penghadan, boleh dirujuk)
- Cara menyelesaikan pertikaian (Bagaimana menyeselaikan sebarang pertikaian)
Untuk polisi menggunakan ciri terhad, lihat Penyelia.
Lihat juga faux pas Wikipedia paling biasa untuk maklumat berguna bagi pendatang baru.
[sunting] Bagaimana dasar-dasar ini dikuatkuasakan?
Anda merupakan penyunting Wikipedia. Wikipedia tiada editor-in-chief atau pusat, mekanisma atas-kebawah di mana kemajuan hari ke hari pada ensiklopedia dipantau dan diluluskan. Sebaliknya, peserta aktif memantau Perubahan terkini dan membuat suntingan salinan dan pembetulan kepada kandungan dan masalah format yang mereka lihat. Jadi peserta merupakan penulis dan penyunting.
Dalam kes terlampau dan tertentu, Jimbo Wales telah bertindak untuk menegah pengguna yang terbukti amat merosakkan. Jimbo juga telah mengistiharkan sesetengan polisi sebagai, secara asasnya, polisi rasmi Wikipedia; lihat Wikien-l post dan kenyataan prinsip Jimbo.
[sunting] Pembentukan dasar
Polisi Wikipedia dibentuk kebanyakan oleh tabiat dan persetujuan. Oleh itu, kenyataan pada laman ini dan laman bersebelahan adalah pada asasnya untuk menerangkan kebiasaan komuniti yang terbentuk.
Jika anda berminat membentuk dasar atau garis panduan, sila usulkannya di bahagian dasar Kedai Kopi. Sebelum anda membentuk dasar atau garis panduan, fikirkan hal-hal yang berikut.
- Sama ada dasar atau garis panduan itu memang amat perlu.
- Jika mahu menterjemah pula, jangan sewenang-wenangnya menterjemah, seperti dari Wikipedia Inggeris dan sebagainya, kerana dasar dan garis panduan adalah hak mutlak masyarakat tempatan Wikipedia Melayu, dan masyarakat ini tidak menerima kesemua dasar dan garis panduan asing, jadi sila dapatkan pendapat di Kedai Kopi terlebih dahulu.
- Kebanyakan dasar dan garis panduan beraplikasi secara automatik daripada Wikipedia Inggeris terus ke Wikipedia Melayu melalui dasar lanjutan. Jadi anda tidak perlu tergesa-gesa hendak terjemahkan kesemua dasar Wikipedia asing dan silalah buat sedemikian mengikut keperluan semasa sahaja.
Kemudian, anda boleh terus usulkan di Wikipedia:Kedai Kopi/Jadual usul. Untuk keterangan lanjut sila lihat Wikipedia:Bagaimana membentuk dasar.
NOTA: Sekiranya usul dasar atau garis panduan anda berjaya, sila senaraikannya di laman ini dan laman senarai dasar atau laman senarai garis panduan untuk memudahkan simpanan.
[sunting] Garis Panduan
- Lihat juga: Wikipedia:Senarai garis panduan
| Garis panduan Wikipedia |
|---|
| Umum |
| Kandungan |
| Perbincangan |
| Perlakuan |
| Gaya penulisan |
| Manual Gaya Penulisan |
Garis panduan merupakan "penjelasan yang rapi mengenai apa yang harus anda lakukan". Sebagai lanjutan daripada polisi dasar di atas, komuniti wikipedia juga mengadaptasikan sejumlah garis panduan yang anda harus timbangkan untuk berakitivi di wikipedia. Garis panduan ini dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti di bawah:
[sunting] Garis Panduan Umum
- Menyumbang apa-apa yang anda tahu atau sanggup belajar mengenainya
- Berani dalam mengemaskini laman
- Membina web
- Menjauhi penggunaan bot
- Gunakanlah jalan pintas sebagai kemudahan tersedia untuk anda
[sunting] Panduan kelakuan
- Anggaplah niat baik
- Tandatangani segala pesanan dalam halaman perbincangan
- Elakkan mencarut
- Jangan mencemuh secara peribadi (dan pindah perdebatan peribadi kepada surat elektronik "email")
- Log masuk sebelum membuat suntingan mengejut kepada rencana sedia ada
- Elakkan nama pengguna yang menjelikkan
- Jangan serang pengguna baru
- Jangan mencipta laman mengenai diri anda
- Bagaimana menukar laman balik asal
- Jangan rencatkan Wikipedia untuk memberikan pendapat
[sunting] Panduan kandungan
- Gunakan bahasa piawai
- Jelaskan jargon
- Dirikan konteks (Elakkan daripada menanggap pengetahuan terlalu banyak pada pengguna lain)
- Definisi harus disertai dengan penjelasan
- Nyatakan sumber rujukan dan gunakan sumber yang sesuai
- Pembongkaran plot harus disertai amaran
- Menulis dengan mengambil kira kepentingan pembaca
- Sentiasa menyemak fakta
- Menutup tulisan anda dengan kesimpulan
- Letak pautan yang releven sahaja
- Pautan luar harus diberi penjelasan
- Jangan membesar-besarkan sesuatu perkara
- Elakkan pengucapan yang samar-samar
- Jangan menciplak rencana wikipedia Indonesia
- Jangan menciplak rencana Wikipedia Inggeris
[sunting] Panduan gaya penulisan
- Manual gaya penulisan
- Garis panduan penulisan yang lebih baik
- Ambil perhatian terhadap ejaan anda
- Jangan masukkan salinan sumber asli
- Elakkan rencana anda menjadi rencana yatim
- Elakkan penggunaan perkataan bahasa asing secara berlebihan
- Elakkan maklumat yang cepat lapuk
- Ringkasan suntingan
- Elakkan penggunaan warna secara berlebihan
- Jangan wujudkan terlalu banyak tajuk kecil
- Gunakan ayat yang ringkas
- Kurangkan penggunaan tanda sengkang
- Elakkan pewujudan perenggan satu-ayat
- Jangan gunakan subhalaman
[sunting] Lihat juga
- Laman Meta-Wiki mempunyai banyak rencana tentang Wikipedia dan topik-topik yang berkaitan.
- Menulis rencana "how-to" dalam Wikipedia.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||