Wikipedia:WikiProjek Muzik/MUSTARD

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Garis panduan ini disediakan demi meningkatkan mutu rencana-rencana berkenaan muzik di Wikipedia. Kini, terdapat banyak rencana berkenaan muzik yang amat perlu diperkemaskan atau dipertingkatkan mutunya; MUSTARD (MUsic STAndaRDs) ialah projek pengembangan garis panduan untuk mencapai mutu tinggi dalam rencana-rencana berkenaan muzik. Garis panduan ini merupakan piawaian yang digunakan oleh WikiProjek Muzik sebagai penanda aras jaminan mutu, dan banyak berasaskan dasar dan garis panduan Wikipedia.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  1. Laman artis, kumpulan atau karya sewajarnya disediakan bahagian Diskografi yang dibahagi kepada album dan single, rakaman audio dan video, atau bahan-bahan lain yang perlu.
  2. Jika diskografi artis, kumpulan atau karya menjadi terlalu besar, maka ia sewajarnya dipecahkan kepada laman baru (berjudul "Diskografi <Nama>").
  3. Jangan gunakan kulit album, rekod atau DVD dalam diskografi, kerana penggunaan imej sebegini tidak perlu dan tidak mematuhi dasar Kegunaan wajar Wikipedia.

Huruf besar[sunting | sunting sumber]

  1. Kebanyakan besar genre muzik bukan kata nama khas, oleh itu tidak patut dihurufbesarkan.
  2. Huruf pertama dalam perkataan pertama dan akhir dalam judul lagu atau album dalam bahasa Melayu dan Inggeris sewajarnya huruf besar. Huruf pertama dalam perkataan lain juga dihurufbesarkan, kecuali kata penghubung setara (dan, atau, tapi/and, or, but), kata sendi (dalam, di/in, on, of) dan kata sandang (a, an, the) yang kurang lima huruf, di samping perkataan untuk/to dalam infinitif.

Nama artis[sunting | sunting sumber]

Ramai artis mempunyai lebih daripada satu nama atau bentuk nama, tetapi nama mana yang wajar digunakan sebagai tajuk rencana ialah nama yang paling dikenali umum, cth: Mawi (bukan Asmawi Ani). Jika nama artis tidak cukup unik atau sudah wujudnya rencana yang memakai namanya untuk rencana lain, gunakan nyahkekaburan, cth: Adam (penyanyi). Jangan sertakan gelaran kehormat dalam tajuk rencana artis, cth: Sheila Majid (bukan Datuk Sheila Majid).

Untuk nama berbahasa Inggeris, sila semak sumber berwibawa untuk memastikan sama ada kata sandang the adalah sebahagian nama artis atau sebaliknya, cth: The Beatles (bukan Beatles sahaja); Lefthanded (bukan the Lefthanded). Untuk kedua-dua hal ini, lawannya seharusnya dilencongkan ke rencana betul (atau dinyahkekaburkan) untuk mengelakkan rencana berulang. Sentiasa hurufbesarkan kata sandang the, a atau an sebagai perkataan terawal nama artis, cth: "Saya gemar The Beatles, begitu juga Search."

Bahasa asing[sunting | sunting sumber]

Huruf, tanda aksen dan diakritik dalam bahasa asal harus dikekalkan apabila merujuk kepada karya-karya dengan judul bahasa asalnya (asalkan abjadnya ialah rumi), crh. Schöpfungsmesse bukan Schopfungsmesse atau Schoepfungsmesse, Prélude à l'après-midi d'un faune bukan Prelude a l'apres-midi d'un faune.

Nama karya dan istilah lain harus ditandai dengan templat {{lang}} beserta kod bahasa dua huruf yang sesuai; cth: {{lang|de|Deutschlandlied}}.

Kepentingan[sunting | sunting sumber]

  1. Rencana-rencana bertopik berkenaan muzik mesti ada ciri-ciri berikut:
    1. kandungan—maklumat yang penting dan berguna;
    2. nada ensiklopedia—dikarang secara bermaklumat, tepat dan tersusun kemas;
    3. kesedaran sejarah—memaklumkan pembaca mengenai konteks sejarah dan kebudayaan topik;
    4. ketermukaan—memperlihatkan, mencatatkan dan menerangkan kepentingan bernada ensiklopedia;
    5. keobjektifan—berkecuali dari segi kedalaman dan keluasan liputan, pilihan kandungan, dan pembentangan dan penggunaan kata.
  2. Rencana pemuzik dalam zaman moden harus memenuhi kriteria di WP:MUSIC.
    1. Album dan lagu yang tiada kriteria tertentu yang diterima umum, tetapi ini tidak bermakna semua album dan lagu sama-sama penting, sebaliknya setiap rencana ini wajar diteliti satu demi satu.

Singkatan[sunting | sunting sumber]

Sesentegah singkatan sentiasa digunakan dalam rencana muzik. Singkatan-singkatan berikut adalah piawai:

  • Op.<jarak><nombor> untuk opus (cth. Op. 31)
  • No.<jarak><nombor> untuk nombor (cth. Op. 31, No. 2)
  • Opp.<jarak><nombor dipisahkan oleh tanda koma dan jarak> untuk Opus jamak (cth. Opp. 51, 82 dan 93)
  • Op. posth.<space>, atau Op. posth.<space><number> untuk opus posthumous
  • Perhatian: Tanda , dan tidak patut digunakan dalam tajuk atau pengepala rencana.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]