Wikipedia bahasa Cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Favicon of Wikipedia Wikipedia Bahasa Cina
Wikipedia-logo-zh.png
URL http://zh.wikipedia.org/
Komersial? Tidak
Jenis tapak web Projek ensiklopedia internet
Pendaftaran Tidak wajib
Bahasa yang disediakan Bahasa Cina
Pemilik Yayasan Wikimedia
Dicipta oleh Komuniti Wikipedia

Wikipedia Bahasa Cina (中文維基百科/中文维基百科) merupakan edisi Bahasa Cina Wikipedia, diusahakan oleh Yayasan Wikimedia. Wikipedia Bahasa Cina mempunyai lebih daripada 150,000 buah rencana pada Oktober 23, 2007.

Tapak web ini pernah disekat oleh Republik Rakyat China pada beberap waktu tertentu.Wikipedia bahsa cina juga adalah ensiklopedia ketiga terbesar dalam ensiklopedia atas talian dalam bahasa cina.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Wikipedia Bahasa Cina diasaskan bersama dengan 12 Wikipedia yang lain pada Mei 2001. Namun pada asalnya, Wikipedia Bahasa Cina ini tidak menyokong tulisan Cina, oleh itu tiada kandungan ensiklopedik.

Adalah pada Oktober 2002 barulah laman Bahasa Cina yang pertama ditulis, iaitu Laman Utamanya. Pengguna berdaftar yang pertama ialah Mountain. Satu pembaharuan perisian pada Oktober 27 2002 membenarkan input Bahasa Cina. Domain ditentukan sebagai zh.wikipedia.org. Pada 17 November 2002, Mountain menterjamahkan rencana Computer science kepada 计算机科学, sebagai rencana ensiklopedik benar yang pertama.

Pada zaman awalnya, kebanyakan rencana di Wikipedia Bahasa Cina adalah diterjemahkan daripada versi Bahasa Inggeris. Lima penyelia yang pertama: zh:User:Samuel, zh:User:Menchi, zh:User:Lorenzarius, zh:User:Formulax, dan zh:User:Shizhao, dilantik pada 14 Jun 2003. Selepas itu, Shizhao melaksanakan banyak kerja penyenggaraan, dan juga berjasa dalam menghilangkan sekatan terhadap Wikipedia di Tanah Besar China pertama pada Jun 2004.

Wikipedia mula diperkenalkan oleh media Tanah Besar China dalam surat khabar China Computer Education (中国电脑教育报) pada Oktober 20 2003, dalam rencana, "Saya juga mari menulis ensiklopedia" (我也来写百科全书). Pada 16 Mei 2004, Wikipedia mulai dilaporkan oleh media Taiwan dalam surat khabar China Times. Selepas itu banyak suratkhabar melaporkan tentang Wikipedia, dan beberapa orang penyelia diwawancara oleh wartawan.

Pesaing[sunting | sunting sumber]

Pada 20 April 2006, syarikat enjin gelintar atas talian Baidu mencipta Baidu Baike, sebuah ensiklopedia atas talian yang pengguna berdaftar boleh menyunting, dengan ulasan penyelia. Kandungan ensiklopedia adalah ditapis sendiri mengikut peraturan kerajaan China. Dalam beberapa minggu, bilangan rencana di Baidu Baike melebihi Wikipedia Bahasa Cina.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]