Wikipedia Bahasa Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wikipedia Bahasa Melayu
ويكيڤيديا بهاس ملايو
Logo Wikipedia bahasa Melayu
URL ms.wikipedia.org
Komersial? Tiada
Jenis tapak web Projek ensiklopedia internet
Pendaftaran Pilihan
Bahasa yang disediakan Bahasa Melayu
Pemilik Wikimedia
Wikipedia
Bahasa Melayu

ويكيڤيديا بهاس ملايو
Wikipedia-logo-v2-ms.png
Logo Wikipedia Bahasa Melayu
Bermula pada Mei 2003
Jumlah rencana 268,567 *
Jumlah laman 697,930 *
Jumlah fail 17,099 *
Pengguna berdaftar 139,320 *
Penyelia 14 *

ms.wikipedia.org
* per 14 September 2014

Wikipedia Bahasa Melayu (ويكيڤيديا بهاس ملايو), sering kali disingkatkan sebagai mswiki, versi bahasa Melayu ensiklopedia bebas dalam talian, Wikipedia. Penciptaannya dipohon oleh Imran William Smith[1] dan sistem diaktifkan pada 26 Oktober 2002[2] oleh pentadbir Wikipedia, Brion VIBBER.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Februari 2003, pengguna Sharuzzaman telah muncul dan menjadi pengguna tempatan berdaftar pertama yang menyunting Wikipedia ini. Pada peringkat awal, laman Wikipedia Bahasa Melayu terbiar disebabkan tiada penutur Melayu yang aktif. Laman Utama Wikipedia Bahasa Melayu menjadi tempat persinggahan untuk meletakkan pautan "antara-wiki" yang lain.

Laman pertama yang wujud (selain laman utama) adalah laman Main Page to yang dicipta pada 28 Januari 2003. Kemudian, muncul pula laman Bahasa Melayu pada 30 Mei 2003,[4] Air pada 5 Julai tahun sama[5] dan laman Wikipedia pada 3 Jun 2003[6] sebagai perintis kepada kemunculan laman-laman rencana baru yang lain. Sehingga September 2014 Wikipedia versi bahasa Melayu ini telah mencapai 268,567 rencana.

Daftar laman rencana terawal (bukan laman pentadbiran) mula dicipta bermula pada 16 September 2003, boleh dilihat di pautan laman silam.

Perkembangan Wikipedia Bahasa Melayu sejak dari awal diaktifkan hinggalah Disember 2008

Statistik laman bahasa Melayu boleh dilhat di sini.

Perubahan Laman Utama[sunting | sunting sumber]

Laman Utama Wikipedia Bahasa Melayu yang asal semasa baru dibuka hanya mengandungi tiga baris teks polos. Laman tersebut hanya direka bentuk supaya menggunakan unsur-unsur HTML dan penggayaan menggunakan CSS pada 14 Oktober 2003 oleh Yosri.[7] Warna-warna yang digunakan oleh Yosri pada ketika itu sehingga kini menjadi asas kepada warna kotak-kotak di Laman Utama.

Semenjak itu telah beberapa kali ditukar reka bentuk melalui perbincangan, dan laman paling terkini ialah laman yang telah diputuskan pada 14 Januari 2011 dan telah dipakai pada 20 Januari 2011.[8]. Terdapat beberapa permohonan dibuat untuk menukar reka bentuk laman utama, namun permohonan-permohonan tersebut ditolak kerana tidak disetujui oleh Wikipediawan lain. Pada awal Julai 2010 pula, kulit lalai Wikipedia ditukar daripada Monobook kepada Vector.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Open content encyclopedia ... Wikipedia ... in Malay Permohonan Wikipedia Bahasa Melayu Oleh Imran William Smith
  2. Laman Utama ketika ia diaktifkan
  3. Sumbangan Brion VIBBER
  4. Suntingan terawal rencana Bahasa Melayu oleh pengguna tak berdaftar.
  5. Suntingan terawal rencana Air, oleh Piolifax
  6. Suntingan terawal rencana Wikipedia oleh pengguna tak berdaftar.
  7. Semakan ketika Laman Utama mula menggunakan HTML dan CSS.
  8. Laman perbincangan Laman Utama, "Perubahan dan cadangan perubahan". 14 Januari 2011. Dicapai pada 2011-10-20.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.