Wikipedia bahasa Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Favicon of Wikipedia Wikipedia Bahasa Jerman
Logo Wikipedia Bahasa Jerman
Laman Utama Wikipedia Bahasa Jerman
URL http://de.wikipedia.org/
Komersial? Tidak
Jenis tapak web Projek ensiklopedia internet
Pendaftaran Tidak wajib
Bahasa yang disediakan Bahasa Jerman
Pemilik Yayasan Wikimedia

Wikipedia Bahasa Jerman (Deutschsprachige Wikipedia) merupakan edisi Bahasa Jerman Wikipedia. Ini merupakan Wikipedia ynag kedua terbesar selepas Wikipedia Bahasa Inggeris, dan merupakan salah satu Wikipedia pertama yang dicipta.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Wikipedia bukan Bahasa Inggeris yang pertama ialah edisi Bahasa Jerman ini ; diumumkan oleh Jimbo Wales pada 16 Mac 2001.[1] Penciptaan rencana di Wikipedia Bahasa Jerman dimulakan pada Mei 2001,[2] selepas Wikipedia Bahasa Catalonia.

Bahasa dan dialek[sunting | sunting sumber]

Bilangan ahli

Wikipedia Bahasa Jerman ini ditulis dalam Bahasa Jerman yang disyorkan oleh Duden. Bahasa Jerman Switzerland dan Bahasa Jerman Austria hanya diterima dalam rencana-rencana skop tempatan. Perbezaan ini adalah lebih kecil daripada perbezaan antara Bahasa Inggeris Amerika dan Bahasa Inggeris British; misalnya, Bahasa Jerman Switzerland tidak menggunakan S tajam (ß) dan menggunakan ss.

Loghat-loghat Jerman seperti Bahasa Jerman Switzerland tidak digunakan dalam Wikipedia Bahasa Jerman. Wikipedia yang berlainan dicipta untuk loghat-loghat ini, termasuk Bahasa Jerman Alemannik (als:), Bahasa Jerman Rendah (nds:), (lb:), Bahasa Jerman Pennsylvania (pdc:), Bahasa Ripuaria (dahulu Bahasa Kölsch; ksh:), dan Bahasa Austro-Bavaria (bar:).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jimmy Wales: [Wikipedia-l] Alternative language wikipedias, 16 March 2001
  2. First article was apparently Polymerase-Kettenreaktion

Pautan luar dan sumber[sunting | sunting sumber]