Wilayah Hatay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lokasi Wilayah Hatay

Wilayah Hatay adalah sebuah wilayah Turki dan terletak di sebelah selatan Turki di bahagian tengah. Hatay terletak di pesisir Laut Tengah dan bersempadan dengan Syria. Bahkan sehingga tahun 1938 Hatay merupakan sebuah wilayah Syria dan dikenali sebagai Wilayah Iskandarun. Daerah tersebut telah diambil oleh Turki, namun perkara tersebut telah menjadi bahan ketegangan di antara kedua-dua negara tersebut, akhirnya sehinggalah pada saat ini, masalah tersebut telah dilepaskan oleh pemerintahan Syria. Beberapa peta Syria masih menggambarkan wilayah ini sebagai wilayah Syria.

Ibu kota Hatay ialah Antakya, atau disebut sebagai Antioch dalam bahasa Yunani. Kota Alexandretta juga terletak di wilayah ini, namun sekarang disebut dengan suatu nama dalam Turkinya, iaitu İskenderun.

Wilayah ini memiliki wilayah seluas 5,545 km² dan penduduk seramai 1,253,726 orang (menurut bancian penduduk pada tahun 2000).

Filem Indiana Jones dan The Last Crusade juga menggambarkan wilayah ini.