Windows Movie Maker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Windows Movie Maker

Komponen daripada Microsoft Windows
Versi terkini Movie Maker ditunjukkan pada Windows Vista
Maklumat
Disertakan denganWindows Me, Windows XP, Windows Vista
Digantikan denganWindows Live Movie Maker

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Windows Movie Maker adalah perisian menyunting video, yang disertakan dengan Microsoft Windows Me, XP dan Vista. Ia mengandungi ciri-ciri seperti kesan, peralihan, tajuk/kredit, runut audio, pengisahan garis masa, dan Auto Movie. Kesan dan peralihan baru boleh dibuat dan diubah dengan mengubah kod XML. Windows Movie Maker juga adalah program menyunting runut audio yang asas. Ia boleh mengenakan kesan asas kepada runut audio seperti resap jelma dan resap lenyap. Runut audio tersebut kemudiannya boleh dieksport dalam bentuk fail bunyi sebagai ganti kepada fail video.

Versi pertama perisian ini terdapat dalam Windows Me pada 2000, diikuti Windows XP pada 2001, termasuk versi lain Windows XP.

Pembangunan untuk Windows Movie Maker telah dihentikan selepas keluarnya Windows Vista; sebagai gantinya, Windows Live Movie Maker, disertakan dengan Windows Live Essentials, suatu muat turun percuma dari Windows Live;[1], namun pun begitu, Windows Live Movie Maker tidak mempunyai ciri-ciri kemudahan yang sama dengan Windows Movie Maker.[2].

Versi[sunting | sunting sumber]

Windows Me[sunting | sunting sumber]

Versi pertama dikeluarkan berserta Windows Me pada 2000. Namun ia tidak didapati dengan Windows 2000, yang telah dikeluarkan pada tahun yang sama dengan windows me iaitu tahun (2000). Versi 1.1 telah disertakan dengan XP pada 2001.

Windows 2000[sunting | sunting sumber]

Sementara Windows 2000 tidak disertakan dengan Windows Movie Maker,ia masih boleh menjalankan Movie Maker versi Windos me.Jika fail program Movie Maker disalin dari windows me ke windows 2000,aplikasi tersebut boleh dijalankan dengan sempurna.Ia juga boleh dilakukan pada versi 1.1.

Windows XP[sunting | sunting sumber]

Version 1.1 was included in Windows XP a year later, and included support for creating DV AVI and WMV 8 files. Version 2.0 was released as a free update in November 2002, and added a number of new features. Version 2.1, a minor update, is included in Windows XP Service Pack 2. Windows XP Media Center Edition 2005 introduced a new version of Windows Movie Maker, 2.5, with more transitions and support for DVD burning.

Windows Vista[sunting | sunting sumber]

Versi WPF telah disertakan dalam pembangunan windows "Longhorn" (sekarangnya Windows Vista),namun telah dibuang dalam pembangunan. [3]

Versi 6.0 Windows Movie Maker dalam Windows Vista termasuk efek dan transisyen baru dan sokongan untuk fail format DVR-MS.Versi HD dalam edisi Premium dan Ultimate Windows Vista menambah sokongan untuk mengambil video dari kamkorder HDV.Wizard penangkap akan mencipta fail jenis DVR-MS dari tap HDV. Namun,Windows Movie Maker versi Windows Vista tidak dapt menyokong untuk mengimport video dari webcam.[4]

Sesetengah sistem mungkin tidak dapat menjalanakan versi baru Windows Movie Maker.Oleh kerana itu , Microsoft telah mengeluarkan kemaskini untuk versi 2.6 untuk Windows Vista di Microsoft Download Center. Versi ini disertakan dengan efek dan trasnsisyen lama, dan asasnya sama seperti Windows Movie Maker 2.1,tetapi tidak dengan keupayaan untuk menangkap video.

Windows 7[sunting | sunting sumber]

Di dalam Windows 7,iaitu versi Windows yang terkini, Windows Movie Maker tidak akan disertakan kerana pengantinya Windows Live Movie Maker,yang mana adalah berdasarkan pada kod yang berbeza dan mempunyai kemudahan yang berbeza.Tetapi fail Windows Movie Maker boleh disalin dan boleh dipasang pada Windows 7.[5] Cara ini berfungsi untuk semua versi Windows Movie Maker termasuk versi DirectX jika perkakasan komputer menyokongnya. Windows Movie Maker 2.6 juga dapat dijalankan di Windows 7.[6].

Susunan[sunting | sunting sumber]

Susunan perisian ini terdiri daripada storyboard view dan timeline view,bahagian himpunan untuk mengelola video yang dimport, dan sebuah kotak pratonton. Ketika berada di dalam Storyboard view,projek video terpapang sebagai jalur video dan menonjolkan setiap babak dalam klip. Bahagian storyboard/timeline terdiri dari satu bar 'Video' , satu bar 'Music/Audio' , dan satu bar 'Titles/Credits'.Dalam setiap bar, klip boleh ditambah untuk menyunting e.g., a .WAV music file will belong on the 'Music/Audio' bar).Selain video imej juga dapat diimport ke timeline dan "dilanjurkan" untuk bilangan bingkai.

Penerimaan dan kritikan[sunting | sunting sumber]

Movie Maker 1.0,yang diperkenalkan bersama Windows Me,telah dikritik secara luas dan dianggap sebagai "tulang gondol"[7] dan mengalami "kekurangan ciri-ciri yang banyak";[8] serta hanya mampu menyimpan video dalam format fail ASF Microsoft sahaja.[9] Tetapi, penerimaan versions 2.0 dan 2.6 dilihat lebih baik. [8]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

2000 Windows Movie Maker 1.0 untuk Windows Me
2001 Windows Movie Maker 1.1 untuk Windows XP
2002 Windows Movie Maker 2.0 untuk Windows XP
2004 Windows Movie Maker 2.1 untuk Windows XP SP2
2004 Windows Movie Maker 2.5 untuk Windows XP Media Center Edition 2005
2006 Windows Movie Maker 2.6 untuk Windows Vista
2006 Windows Movie Maker 6.0 untuk Windows Vista

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "LiveSide.net: Getting ready for Windows Live Wave 3". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-29. Dicapai pada 2010-04-24.
  2. ^ "Miss the Old Movie Maker? Get it Back on Windows 7: Channel 10". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-27. Dicapai pada 2010-04-24.
  3. ^ ""Longhorn" Professional Build 4093". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-29. Dicapai pada 2010-04-24.
  4. ^ Windows Movie Maker no longer supports analog capture or webcam capture
  5. ^ http://www.betaarchive.co.uk/forum/viewtopic.php?t=11125
  6. ^ http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?FamilyID=d6ba5972-328e-4df7-8f9d-068fc0f80cfc&displaylang=en
  7. ^ The 20 Worst Windows Features of All Time Diarkibkan 2008-05-18 di Wayback Machine, PC World
  8. ^ a b Microsoft Windows Movie Maker HD review, TechRadar
  9. ^ Windows Millennium Edition Diarkibkan 2013-06-30 di archive.today, PC World

Pautan luar[sunting | sunting sumber]