Wormadam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nombor: 413 Jenis: Serangga/Rumput (Mantel Tumbuhan), Serangga/Tanah (Mantel Berpasir), atau Serangga/Keluli (Mantel Sampah) Berevolusi daripada: Burmy Berevolusi menjadi: Tiada

Wormadam (Jepun: ミノマダム, Hepburn: Minomadamu, Minomadam) ialah spesies Pokémon ulat bungkus. Ia berevolusi daripada Burmy betina pada tahap 20.

Ia mempunyai tiga jenis kedua yang berlainan: Keluli, Rumput, dan Tanah, ditentukan oleh mantel Burmy semasa kali terakhir berlawan. Dalam Plant Cloak (Mantel Tumbuhan), ia adalah Serangga/Rumput, dalam Sandy Cloak(Mantel Berpasir), ia adalah Serangga/Tanah, dan dalam Trash Cloak (Mantel Sampah) ia adalah Serangga/Keluli. Tidak seperti Burmy, mantelnya adalah kekal.

Wormadam adalah berdasarkan ulat bungkus betina dewasa, yang tidak akan tumbuh sayap.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.