Wulfenit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wulfenit
Wulfenite mexique.jpg
Wulfenit dari Mexico
Maklumat am
Kategori Mineral molibdat
Formula kimia PbMoO4
Pengecaman
Warna Kuning jingga, kuning, kuning madu, jingga kemerah-merahan, jarang tanpa warna, kelabu, perang, hijau zaitun dan juga hitam
Tabii hablur Berjadual nipis hingga berbentuk piramid
Sistem hablur Segi empat
Pengembaran Kembar pada [001] am
Pembelahan Pada {011}, jelas; pada {001}, {013}, kabur
Fraktur Tidak nalar terhadap sub-konkoidal
Kekerasan skala Mohs 2.75 - 3
Kilau Adamantin, berdamar
Indeks biasan nω = 2.405 nε = 2.283
Sifat-sifat optik Ekapaksi (-), mungkin dwipaksi secara beranomali
Dwibiasan δ = 0.122
Pleokroisme Lemah; jingga dan kuning
Pendarfluor ultraunggu Tiada
Guris Putih
Graviti tentu 6.5-7.0
Diafaneiti Lutsinar hingga legap
Ciri-ciri lain Spesimen mungkin piezoelektrik

Wulfenit (Jawi: وولفنيت) ialah sejenis mineral molibdat plumbum dengan formula PbMoO4. Mineral ini boleh paling kerap dijumapi sebagai hablur berjadual nipis dengan warna dewangga cerah hingga jingga kuning, kadang-kadang perang, tetapi warnaya boleh agak berubah-ubah. Dalam bentuk kuningnya mineral ini kadang-kadang dipanggil "bijih plumbum kuning."

Wulfenit menghablur dalam sistem segi empat, kerap terjadi sebagai hablur piramid atau berjadual yang kontot. Mineral ini juga terjadi sebagai jisim kebumian dan berbutir. Mineral ini juga dijumpai dalam banyak ketempatan, berhubung kait dengan bijih plumbum sebagai mineral sekunder berhubung kait dengan zon teroksida mendapan plumbum. Wulfenit juga merupakan bijih sekunder molibdenum, dan dicari-cari oleh pemungut.

Penemuan dan keterjadian[sunting | sunting sumber]

Wulfenit pertama kali digambarkan pada 1845 kerana satu keterjadian di Bad Bleiberg, Carinthia, Austria.[1] Wulfenit dinamai sempena Franz Xavier von Wulfen (1728–1805), seorang ahli mineralogi Austria.[2]

Wulfenit terjadi sebagai mineral sekunder di dalam mendapan plumbum hidroterma teroksida. Mineral ini terjadi dengan serusit, anglesit, smitsonit, hemimorfit, vanadinit, piromorfit, mimetit, deskloizit, platnerit dan pelbagai besi dan mangan oksida.[2]

Satu ketempatan ketara kerana wulfenit ialah Lombong Red Cloud di Arizona. Hablur berwarna merah dalam dan biasanya terbentuk dengan sangat baik. Ketempatan Los Lamentos di Mexico menghasilkan hablur jingga berjadual sangat tebal.

Satu lagi ketempatan ialah Gunung Peca di Slovenia. Hanlurnya kuning, kerap dengan piramid dan dwipiramid terbina dengan baik. Pada 1997, hablurnya digambarkan pada sekeping setem oleh Pošta Slovenije.[3]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Mindat tidak disediakan
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Handbook tidak disediakan
  3. Gašperšič, Primož. "Rudnik svinca in cinka v Mežici". In Šmid Hribar, Mateja. Torkar, Gregor. Golež, Mateja. Podjed, Dan. Drago Kladnik, Drago. Erhartič, Bojan. Pavlin, Primož. Jerele, Ines. (dalam bahasa Slovenia). Enciklopedija naravne in kulturne dediščine na Slovenskem – DEDI. http://www.dedi.si/dediscina/105-rudnik-cinka-in-svinca-v-mezici. Capaian 12 Mac 2012.