X-Men: Days of Future Past

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
X-Men: Days of Future Past
PengarahBryan Singer
Lakon layarSimon Kinberg
Cerita oleh
Berdasarkan"Days of Future Past" oleh
Chris Claremont
John Byrne
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiNewton Thomas Sigel
Disunting olehJohn Ottman
Muzik olehJohn Ottman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh20th Century Fox
Tarikh tayangan
  • 10 Mei 2014 (2014-05-10) (Javits Center)
  • 23 Mei 2014 (2014-05-23) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
131 minit[3]
NegaraAmerika Syarikat[1][2]
BahasaEnglish
Vietnam
Bajet$200 juta[4][5]
Pecah panggung$747.9 juta[4]

X-Men: Days of Future Past ialah filem superhero Amerika Syarikat 2014 berdasarkan karakter fiksyen X-Men yang muncul dalam Marvel Comics. Diarahkan oleh Bryan Singer, ia merupakan filem ketujuh dalam siri filem X-Men dan merupakan sekuel kepada kedua-dua X-Men: The Last Stand dan X-Men: First Class. Filem ini dibintangi Hugh Jackman, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Halle Berry, Anna Paquin, Ellen Page, Peter Dinklage, Ian McKellen dan Patrick Stewart.

X-Men: Days of Future Past menjadi filem yang mendapat ulasan paling baik dalam siri filem X-Men. Ia dipuji untuk jalan ceritanya, kesan visual dan babak aksi, lakonan dan elemen tematik. Ia juga merupakan filem dengan pendapatan tertinggi dalam siri filem ini, mengutip lebih $747 juta di seluruh dunia, menjadikannya filem ke-6 dengan pendapatan tertinggi pada tahun 2014. Filem ini menerima satu pencalonan Anugerah Akademi untuk Kesan Visual Terbaik, menjadikannya filem X-Men pertama mendapat pencalonan untuk mana-mana kategori Anugerah Akademi.

Sebuah sekuel, X-Men: Apocalypse dijadual ditayangkan pada Mei 27, 2016 dengan Singer mengarah dan McAvoy, Fassbender serta Lawrence menyambung watak mereka.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2023, robot yang dikenali sebagai Sentinels, pada asalnya dicipta untuk membunuh mutan, kini memburu kesemua manusia untuk kemusnahan dunia serta seluruh umat manusia yang berada di ambang kepupusan. Baki mangsa yang terselamat, juga tidak dapat menahan serangan tersebut kerana terlalu ramai. Dalam usaha demi menyelamatkan masa hadapan, Wolverine telah dihantar ke masa lampau tahun 1973, bagi menghalang pembunuhan pencipta senjata perang Sentinel iaitu Dr. Bolivar Trask, yang dilakukan oleh Mystique, mutan yang berkebolehan mengubah menjadi sesiapa saja, untuk mengubah sejarah daripada tercetusnya peperangan yang membawa kepada kehancuran mutan dan manusia sejagat.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • James McAvoy sebagai Patrick Stewart dan Charles Xavier / Professor X

Tambahan, Famke Janssen dan James Marsden menyambung watak mereka sebagai Jean Grey dan Scott Summers / Cyclops dalam penampilan kameo. Lucas Till menyambung wataknya sebagai Alex Summers / Havok. Evan Jonigkeit melakonkan watak Toad. Penulis komik X-Men, Len Wein dan Chris Claremont muncul sebagai ahli kongres Amerika Syarikat. Michael Lerner melakonkan watak Senator Brickman. Gregg Lowe melakonkan watak Ink. Mark Camacho melakonkan watak Presiden A.S. Richard Nixon. Singer membuat penampilan kameo sebagai seorang lelaki dengan kamera filem ketika Magneto berjalan keluar selepas Mystique melepaskan diri di Paris. Dalam babak pasca-kredit, Brendan Pedder melakonkan watak En Sabah Nur.[6]

Sekuel[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Disember 2013, Singer mengumumkan X-Men: Apocalypse, sebuah filem X-Men akan datang akan menjadi sekuel kepada X-Men: Days of Future Past.[7] Singer dilampirkan untuk mengarah dari skrip oleh Simon Kinberg, Dan Harris dan Michael Dougherty.[8] Menurut Singer, filem seterusnya akan mengfokuskan asal usul mutan.[9] Kinberg berkata ia akan mengambil tempat pada tahun 1983 dan akan melengkapkan trilogi yang dimulakan dengan X-Men: First Class.[10][11] James McAvoy, Michael Fassbender, Nicholas Hoult, Jennifer Lawrence, Evan Peters, Rose Byrne dan Lucas Till akan menyambung watak mereka dengan Oscar Isaac, Tye Sheridan, Sophie Turner, Alexandra Shipp, Kodi Smit-McPhee, Ben Hardy, Lana Condor dan Olivia Munn akan menyertai barisan pelakon.[12][13][14][15] Pengambaran bermula pada bulan April 2015 di Montreal, Quebec untuk tayangan pada Mei 27, 2016.[7][16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://lumiere.obs.coe.int/web/film_info/?id=46814
  2. ^ http://www.tcm.com/tcmdb/title/980166/X-Men-Days-of-Future-Past/
  3. ^ "X-Men: Days of Future Past (12A)". British Board of Film Classification. May 9, 2014. Dicapai pada May 9, 2014.
  4. ^ a b "X-Men: Days of Future Past (2014)". Box Office Mojo. Dicapai pada October 6, 2014.
  5. ^ Kelly, Brendan (November 17, 2013). "X-Men returns to Montreal for reshoots". Calgary Herald. Canada: Postmedia News. Diarkibkan daripada yang asal pada December 6, 2013. ...the second-most expensive movie ever produced by Hollywood studio 20th Century Fox, behind only Avatar.
  6. ^ "Actor revealed from X-MEN: DAYS OF FUTURE PAST end credits teaser". May 27, 2014. Dicapai pada May 28, 2014.
  7. ^ a b Lesnick, Silas (December 5, 2013). "X-Men: Apocalypse Set for May 27, 2016". Dicapai pada December 6, 2013.
  8. ^ Lesnick, Silas (September 22, 2014). "Bryan Singer Confirmed to Direct X-Men: Apocalypse". Dicapai pada September 23, 2014.
  9. ^ "X-Men: Apocalypse: Bryan Singer teases new film 'will address mutant origins' — EXCLUSIVE".
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Psylocke tidak disediakan
  11. ^ "The Q&A with Jeff Goldsmith: X-Men: Days of Future Past Q&A". The Q & A Podcast. June 13, 2014. Dicapai pada June 13, 2014.
  12. ^ Perry, Spencer (March 25, 2015). "X-Men: Apocalypse Recruits Newcomer Lana Condor as Jubilee". Dicapai pada March 26, 2015.
  13. ^ Krawczak, JoLene (February 9, 2015). "Patrick Stewart raves about Portland while discussing his new film 'Match'". Oregon Live.
  14. ^ Lesnick, Silas (February 24, 2015). "Ben Hardy Joins X-Men: Apocalypse in Significant Comic Book Role". Dicapai pada February 25, 2015.
  15. ^ Singer, Bryan (April 13, 2015). "Bryan Singer on Instagram: "Excited to welcome @oliviamunn as Betsy Braddock! #Psylocke #XmenApocalypse #XMEN"". Instagram. Dicapai pada April 13, 2015.
  16. ^ "X-Men returning to Montreal". CJad. September 4, 2014. Dicapai pada September 4, 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]